💮 Bab 54 💮

3.9K 515 84
                                    

Hyera dan Hyerin berdiri menghadap dada laut yang terbentang luas di hadapan mata. Hyera tahu, hari ini adalah hari terakhir dia berjumpa dengan Sehun. Depan matanya sendiri tadi Sehun dan Ella sama-sama masuk ke dalam kamar kediaman mereka tanpa boleh dia menghalang. Hyerin yang tidur tadi serta-merta tersedar kerana terkejut. Lebih menyedihkan apabila Sehun diam dan tidak bersuara apabila Hyerin menegur. Menandakan lelaki itu betul-betul mengikut syarat semata-mata tidak mahu Ella mengapa-apakan isteri dan anaknya.

Kini, Hyera dan Hyerin menanti Sehun. Ingin berjumpa dengan lelaki itu buat kali yang terakhir sebelum Sehun terbang London, England bersama Ella dan hidup di sana seperti pasangan suami isteri yang lain. Sakit, perit dan pedih Hyera sendiri yang rasa. Kesengsaraannya juga turut sama dirasa oleh Chanyeol dan Hanbyul. Hanbyul dibawa ke hospital kerana tekanan darah yang rendah. Hana pula sihat setelah Ella menyerahkan kepada Chanyeol.

Yang sakit sekarang ialah Sehun dan Hyera. Mereka yang sakit menahan sengsara bahagia yang selalu mencemburui. Syarat yang diletakkan Ella juga sangat memeritkan. Bayangkan... tidak dapat melepaskan rindu. Hanya berdiri seperti manusia bodoh dan bercakap sepatah dua. Seksanya...

"Mama.. papa dah sampai!" Jeritan riang Hyerin menyebabkan Hyera kemam bibir. Ya, inilah saat-saat yang paling menyedihkan. Paling memeritkan.

Perlahan-lahan, Hyera memusingkan tubuhnya. Kelihatan Sehun sedang melangkah longlai ke arahnya. Tangan Hyerin digenggam erat. Tak akan sesekali dia melepaskan Hyerin kepada Sehun. Dia tahu akibatnya nanti.

"Hyera..." wajah Sehun sudah mula memerah. Dia berdiri di hadapan Hyera. Rapat. Hyera hanya dapat merasa hembusan nafas lelaki ini sahaja tanpa mampu memegangnya. Kelibat Ella dari jauh memerhatikan mereka sudah cukup gerun. Ditahan sahaja perasaan itu dalam-dalam.

"Sehun..." Hyera menyebut nama Sehun. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati. Melihat air mata Sehun bergenang, lagilah dia rasa sakit. Jarang Sehun menangis. Dan kali ini egonya tewas.

"Jangan nangis." Kata Sehun. Tangannya ditahan daripada terus bergerak untuk menyeka air mata itu. Matanya menyelami wajah Hyera dalam-dalam.

"Saya pergi tak lama. Sekejap je. Tunggu saya." Pesan Sehun. Kepala Hyera terangguk. Dia mengemam bibir dan apabila dia tenang, Hyera mengangguk lagi sekali.

"Saya percayakan awak. Saya percayakan suami saya."

Sehun mengangguk laju. Dia mengelap air mata sendiri.

"Jaga anak-anak kita. Jangan sakit, sayang. Saya tak nampak awak. Saya tak nampak apa yang awak buat kalau saya tak ada. Saya boleh minta tolong Chanyeol tengok-tengokkan awak... tapi mata saya dah tak ada pada awak lagi lepas ni. Jadi tolonglah... jaga kesihatan awak demi saya. I love my wife so much." Pecah empangan Sehun sekali lagi. Perpisahan tanpa rela. Di sudut hatinya ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sakitnya, peritnya luka yang ditanam oleh Ella. Dan dia akan pastikan, perkahwinan ini bakal menjadi sejarah hitam buat wanita itu.

"Sehun, janji dengan saya.. yang awak akan balik." Hyera hilang arah. Tangannya diangkat untuk menyentuh Sehun tetapi Sehun mengundur.

"Ya, saya janji. Tunggu saya."

"Awak akan balik sebelum anak kita lahir?"

Sehun diam sesaat sebelum dia tersenyum paksa. Kemudian dia mengangguk tanpa ada rasa yakin.

"Ya.. saya janji."

"Papa..." seakan-akan faham dengan situasi sayu ini, Hyerin memandang kedua-dua orang tuanya. Kini pandangan Sehun jatuh pada Hyerin. Hyera hilangkan anak mata ke arah lain. Tidak sanggup melihat Hyerin berpisah lagi dengan ayahnya.

"Yes, my baby?"

"Papa nak pergi mana?"

"Pergi jauh."

Dan mula bibir Hyerin tercebik-cebik menahan rasa sedih. Tangannya mahu didepa memeluk Sehun tetapi pantas Hyera menarik dan Sehun jauhkan diri.

"Jangan peluk papa. Jangan, sayang." Halang Sehun. Sehun sendiri yang menghalang. Dia bimbang jika ada di antara ahli keluarganya menjadi mangsa kekejaman Ella.

"Kenapa tak boleh peluk? Nanti papa nak pergi jauh. I'll miss you." Menangis lagi dan kali ini lebih hebat dari tadi. Hyera mencangkung dan memeluk Hyerin yang berdegil untuk mendapatkan ayahnya.

"Papa akan rindu baby juga. Jaga mama, sayang. Papa tak boleh tinggal sini. Papa janji, papa akan balik. Tapi baby janji juga, jaga mama. Ya?" Pesanan Sehun jauh menyapa ke telinga Hyerin.

"Bila papa nak balik?!" Soal Hyerin. Teresak-esak. Sehun menggeleng lemah.

"Tak tahu. Papa tak janji tentang tu." Sehun mengambil langkah menjauhi dua insan yang disayangi. Tubuh Hyera lemah. Hyerin berjaya lepas dari pelukan ibunya dan berlari mendapatkan si ayah yang jauh. Sehun pejam mata. Dia tidak boleh diam. Dia perlu lari.

Maka... Sehun mengatur langkah besar. Jeritan si anak memanggil dipekakkan. Air mata yang mengalir diseka kasar. Wajah Ella dipandang garang. Kelihatan wanita itu tersenyum. Wanita yang baru menggalas tanggungjawab sebaga isterinya. Dia nekad. Perkahwinan ini akan menyebabkan Ella menyesal seumur hidup. Dia tidak akan menjadi Sehun yang lemah lembut. Tetapi akan menjadi Sehun yang keras, kasar dan pendera fizikal.

Itu janjinya.

*****

Malam pertama buat Hyera dan Hyerin tidur tanpa seorang lelaki yang selalu di sisi mereka. Sudah jam 3 pagi tetapi mata Hyera masih segar. Tangan memeluk Hyerin. Hyerin meracau teruk. Walaupun tidur, tetapi mulutnya tidak putus-putus menyebut nama 'papa' sahaja. Memang perkara ini sangat serius. Sehinggakan Hyera mendapat tahu, telefon Sehun dirampas dan Sehun menggunakan telefon lain.

Hyera hanya memikirkan soal Sehun sahaja sekarang ini.

Dah makan ke dia?

Dah tidur ke dia?

Dia penat ke?

Ella layan Sehun baik ke?

Semua Hyera risau. Dia risau Sehun sakit. Hanya satu sahaja ubat yang mampu menyembuhkan penyakit Sehun. Pelukannya. Hanya pelukan hangatnya sahaja. Sekarang, mereka berjauhan. Macam mana untuk menyembuhkan Sehun kalau-kalau dia sakit?

Air mata Hyera jatuh. Dia mencium ubun-ubun Hyerin. Masih terbau-bau bekas wangian Sehun pada tubuh anaknya. Berkeras Hyerin tidak mahu mandi kerana dia dapat menghidu bau si ayah dari tubuhnya sendiri. Lemah jantung Hyera. Belum sampai 24 jam, Hyera dah rasa rindu. Inikan pula dua hari, tiga hari. Hyera yakin, Sehun lama di sana. Paling lama.. mungkin setahun?

Tidak dapat membayangkan perkara itu terjadi sekiranya Sehun terpaksa berpisah dengannya selama setahun. Baru beberapa hari dia menyambut hari lahir Sehun. Dan hari ini dia bersedih. Baru beberapa dia menerima khabar gembira tentang anaknya. Hari ini dia kembali sengsara.

Hyera memejamkan mata yang sudah membengkak garang-garang menangis. Perlahan-lahan dia membuang sisa sedih di hati untuk membiarkan mata terlelap buat sementara. Sambil menepuk-nepuk tubuh belakang Hyerin, dia akhirnya tertidur dalam keadaan yang cukup menghibakan.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now