💮 Bab 49 💮

4.6K 554 39
                                    

Hanbyul jalan ke belakang dan ke depan tanpa henti. Dia masih tidak dapat melelapkan mata walaupun jam menayangkan angka 2 pagi sekarang ini. Chanyeol pula sudah lama tertidur selepas menidurkan Hana di bilik tadi. Mungkin penat. Sekarang Hanbyul gelisah sendiri. Telefon bimbit yang sebelum ini digunakan untuk berkomunikasi telah dibuang jauh. Tidak mahu menghidupkannya. Dia takut. Takut dengan pelbagai ugutan yang bakal membebankan tubuh badannya.

Penat berjalan, Hanbyul duduk. Penat duduk, dia berdiri. Penat berdiri, dia baring. Satu jam juga berlalu. Tetapi tiada hasil. Sehinggalah dia tersedar akan kehadiran seorang lelaki dari tingkat atas dengan wajah separa sedar.

"What are you doing here?" Soalan Chanyeol menyapa gegendang telinganya. Hanbyul menggeleng perlahan. Dia memeluk tubuh dan mendekati Chanyeol yang berada di tangga. Bibirnya dipaksa untuk senyum sambil memegang lengan sasa lelaki itu.

"Naiklah tidur. Kejap lagi saya naik."

"Ada sesuatu yang saya tak tahu ke?" Soal Chanyeol lagi. Dia menurunkan tangan Hanbyul yang bersentuhan pada lengannya ke bawah. Anak mata isterinya dipandang dalam.

Kepala Hanbyul tergeleng lemah. Tipu. Dia menipu Chanyeol. Tak tahu buat kali yang keberapa.

"Betul? Kenapa ni, sayang? Saya dah lama tengok awak tak tidur lena. Asyik sedar je. Sakit ke?"

"Taklah, bi. Mana ada."

"Habis tu?"

Hanbyul menggeleng lagi. Dia tersenyum lagi dan kali ini tangan Chanyeol ditarik dan dipaut untuk naik ke tingkat atas. Dia belum bersedia untuk memberitahu Chanyeol hal yang sebenar. Biarlah dia diam sahaja. Tidak mahu hal ini menyebabkan Chanyeol tak senang duduk dan keadaan akan bertambah rumit nanti.

"Saya tak suka kalau awak simpan rahsia. Bagitahu. Dah janjikan yang..."

"Ya... dah janji yang tak akan ada rahsia antara kita."

"Ha habis tu kenapa berahsia?"

"Siapa berahsia? Saya tak simpan rahsia pun." Kata Hanbyul. Hidung Chanyeol dicuit lembut sebelum mereka masuk ke dalam bilik. Chanyeol mengeluh. Susah. Dia dah faham Hanbyul. Tindak tanduk wanita itu menyesakkan dadanya. Tetapi tidak mahu Hanbyul menyangka dia hilang percaya, dia diam sahaja. Sampai masa nanti, mungkin Hanbyul akan beritahu. Dia tidak suka memaksa. Cukuplah dahulu dia memaksa sehingga Hanbyul benci. Sekarang, apabila wanita itu mula lembut hati, dia tidak mahu perkara sama terjadi. Biarlah.. biarlah takdir yang menentukan.

*****

"Mama!"

"Ya?"

"Tahu tak hari ni hari apa?" Soal Hyerin sambil berbisik lembut pada telinga ibunya yang sedang menggosok baju kemeja Sehun. Sehun di dalam bilik air. Mandi.

Hyera tersenyum lebar. Dia mengangguk sambil memandang wajah comel anak perempuannya itu. Sanggup berlari dari bilik sendiri ke bilik Hyera dan Sehun semata-mata untuk memberitahu sesuatu kepada ibunya.

"Ya, mama tahu. Nanti kita keluar. Okey?"

"Alah.. emm baby ingatkan, baby nak buat kat resort. Kita boleh hias-hias, main-main air. Kan?!" Cadang Hyerin. Hyera berhenti gosok baju. Dia termenung seketika.

"Haahkan. Kebetulan mama memang nak jumpa dengan Aunty Na Jung. Okey, nanti mama bagitahu papa."

"Bagitahu apa?" Sehun tiba-tiba bersuara. Mata Hyera dan Hyerin beralih kepada Sehun. Lelaki itu berdiri di hadapan pintu tandas dengan wajah yang ingin tahu. Tetapi Hyerin cepat-cepat menggeleng.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now