💮 Bab 48 💮

4.8K 546 19
                                    

Hyera mengaul kobis segar yang sudah dipotong kepada sebahagian yang kecil bersama cuka dan gula di dapur sambil memerhatikan gerak-geri tubuh Hyerin yang baring di atas sofa. Sesekali hidungnya yang berair dilapkan dengan tisu. Tidak sihat. Ya, inilah keadaan dia sekarang. Rasa tak sedap badan dan pening kepala. Kalau bukan kerana dia memikirkan Sehun akan pulang tidak lama lagi, sudah lama dia tidur di bilik. Entahlah, jarang dia rasa malas macam ni. Mungkin dia penat dan kurang berehat sejak dua menjak ini.

"Mama! Hahahahaha!"

"Amboi besarnya gelak." Hyera sengih. Terhibur melihat anaknya yang menekan-nekan perut sambil menonton TV.

" Cerita ni lawaklah! Mama!"

"Ya, sayang. Tengok dulu okey. Mama nak masak sekejap. Nanti papa balik." Kata Hyera dengan lembut. Tidak mahu anaknya akan rasa kecewa apabila dia menjawab secara kasar.

"Papa balik awal ke hari ni?" Membulat mata Hyerin memandang Hyera. Menyoalkan sesuatu yang dia tidak sangkakan.

"Ya. Hari ni kan papa tak masuk office."

"Oh ya lupa." Hyerin kembali fokus pada skrin TV. Sekejap aje gangguannya. Lepas tu fokus balik. Bertuah punya anak dara.

Setelah selesai memerap kobis, dia mula membuat pes kimchi. Sambil itu, fikirannya mula melayang-layang ke tempat lain. Sebenarnya, sudah lama dia terfikirkan hal ini. Cuma dia belum sempat fikir lebih dalam.

Kelmarin, Na Jung ada memberitahu bahawa pelanggan yang akan menggunakan resortnya sebagai tempat perkahwinan berasal daripada luar negara. Tetapi, Hyera tidak pun menyangka bahawa pelanggan itu adalah seseorang yang pernah cuba untuk menghancurkan rumah tangganya. Tetapi sejak Na Jung memberitahu akan hal ini tidak lama hari itu, dia jadi terkejut. Fikirannya berkecamuk.

Kenapa Ella? Gabriella Edward akan berkahwin? Dengan siapa?

Soalan itu sentiasa berlegar-legar di benaknya. Rasa kurang senang. Banyak lagi tempat yang menarik. Tetapi kenapa resort tu juga? Bila difikirkan semula, rasa tidak sepatutnya dia menyangka buruk. Mungkin Ella dah mula bergerak ke depan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Sejak konflik yang berlaku itu mula reda beberapa bulan yang lepas, baru hari ini dia menyentuh soal Ella lagi. Mustahil Ella akan terus menganggu hidupnya setelah berbulan dia melihat kesengsaraan.

Lamunan Hyera terhenti apabila telinganya terdengar bunyi enjin kereta Sehun memenuhi ruangan yang ada di rumah ini. Sesaat kemudian, enjin dimatikan. Selepas itu, Hyera terlihat pintu rumahnya ini terbuka dan bayangan tubuh Sehun mula masuk ke dalam.

"Welcome home papa!" Sapaan Hyerin menyengihkan bibir Hyera dan Sehun. Kemudian tidak lama selepas itu senyuman Hyera mati. Matanya jatuh pada tangan yang sedang mengaul pes kimchi. Kan seronok kalau ada anak lelaki...

"Hei, nampak apa dalam mangkuk tu?" Tegur Sehun sambil meletakkan beg plastik hitam di atas meja. Lelaki itu mendekati Hyera dan mencium tepi dahi Hyera seperti selalu. Kemudiannya dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan isterinya.

"Nampak masa depan."

"Amboi."

Mereka ketawa serentak. Hyera memandang Sehun dengan mata dikecilkan.

"Beli tak?" Soal Hyera. Kening Sehun bercantum.

"Beli? Beli apa?"

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now