💮 Bab 7 💮

5.9K 679 19
                                    

Seperti yang sudah dijanjikan oleh Sehun pagi semalam, hari ini Sehun, Hyerin dan Tuan Oh akan pergi ke majlis makan malam tersebut. Awal lagi Hyerin sudah selesai mandi dan bersiap. Sehun pula masih berlingkar di atas katil. Matanya sibuk tertumpu memandang skrin TV. Tiada tanda-tanda untuk lelaki itu bergerak ke bilik air. Hyerin mula memanjat katil.

"Papa..."

"Hmm..."

"Cepatlah mandi." Rengek si kecil itu. Sehun diam. Dia menonton TV lagi. Entah apa yang menarik.

"Papa dengar tak?!"

"Ya papa dengar. Papa tengah tengok TV ni kan?" Sehun mengusap pipi Hyerin sekilas dan dia kembali menonton TV. Hyerin berdecit kasar. Tangan ayahnya ditarik.

"Cepatlah mandi. Nanti lambat." Rengek si kecil itu geram. Sehun masih membatu. Sikit pun tubuhnya tidak berganjak. Bukan kerana dia tidak mahu melayan Hyerin, tetapi masih awal lagi! Majlis akan bermula pukul 9. Tetapi Hyerin sudah sibuk bersiap sejak pukul 6 setengah tadi. Sekarang baru pukul 6:50 petang. Masih awal untuk pergi bersiap.

"Papa..."

"Pukul 7 pun belum, sayang. Nantilah." Sehun melepaskan nafas kasar. Hyerin memuncung panjang. Dia merangkak naik ke atas riba Sehun dan memegang pipi lelaki itu menggunakan kedua-dua belah tangannya. Mata Sehun teralih ke arahnya semula. Kening Sehun terangkat.

"Sayang papa ni kenapa, hmm?"

"Baby nak ajak papa jalan-jalan."

"Dekat mana?"

"Sini."

" Bukannya ada apa-apa pun, baby."

"Alah adalah! Atuk cakapkan, kat sini banyak jual hadiah. Papa cakap papa nak beli something untuk kita balik Seoul kan?" Wajah Hyerin berseri-seri. Lancar tutur katanya walaupun ada sedikit pelat.

"Papa nak beli dekat bandar. Tak nak beli dekat sini."

"Sama je kan!" Hyerin ketap gigi. Sehun ketawa mengekek lantas tubuh itu ditarik ke dalam pelukan. Hyerin tidak membalas pelukan ayahnya. Dibiarkan tubuhnya melepek.

"Kenapa baby semangat nak keluar ni? Kalau tak, sibuk nak tengok kartun."

"Malam mana ada kartun."

Sehun senyum. Kalah. Tubuh Hyerin dibetulkan sedikit supaya kukuh di atas tubuhnya. Baju Hyerin yang terdedah di bahu kanan dibetulkan sedikit. Rambut panjang si kecil itu dibetulkan juga.

"Rambut baby dah panjang. Nak potong tak?" Soal Sehun. Hyerin mendongak seraya menggeleng.

"Tak nak. Nak panjang sampai lantai." Hyerin tersengih. Mata Sehun membulat.

"No! Tak boleh. Nanti baby demam, sakit kepala, pening. Yang dah ada sekarang pun baby rimaskan?"

"Alah... nanti kalau dah panjang sangat, baby potonglah." Butang baju Sehun dikuis-kuis dengan jari sambil kepala tersandar di dada. Sehun membiarkan. Biarlah Hyerin leka seketika untuk merengek. Jenuh juga dia hendak memujuk.

"Okey. Nanti papa bawa pergi saloon."

"Hmm..."

Drtt... drtt...

"Sayang, bangun kejap. Papa nak ambil phone." Punggung Hyerin ditepuk-tepuk perlahan. Hyerin bergalih ke katil. Sehun bangun dari katil dan bergerak ke kabinet TV. Telefonnya yang sedang dicas, terus dicabut. Panggilan yang masuk segera diangkat.

"Helo,"

*****

"Alah papa!" Jeritan Hyerin memecah suasana sunyi bilik mereka berdua. Sehun terus mendapatkan tubuh itu dan memeluknya perlahan.

"Papa minta maaf, sayang. Papa kena balik Seoul sekarang. Papa pergi sekejap je. Papa Chanyeol sorang-sorang dekat hospital. Tak ada sesiapa nak tolong dia."

"Tapi papa..."

"Baby, dengar cakap papa ya? Tinggal dengan atuk sekejap dekat sini. Papa pergi Seoul sekejap je. Nanti papa balik sini semula." Dahi Hyerin dikucup. Baru tadi dia mendapatpanggilan daripada Chanyeol. Chanyeol baru sahaja ditimpa kemalangan dan kini tiada sesiapa yang membantu dalam membela kes kemalangan tersebut. Chanyeol masih lagi dirawat tetapi sedikit parah. Hanya Sehun sebagai peguam merangkap kepada rakan baik Chanyeol sahaja yang boleh membantu dalam menjayakan kes ini. Dan kebetulan pula, resort ini tidaklah jauh dari Seoul. Tetapi memakan masa yang agak lama juga jika pergi secara mengejut. Jadi Sehun terpaksa juga bertugas malam-malam begini untuk mendapatkan keterangan dan seterusnya mengadakan sedikit perbincangan. Kemudian pada tarikh yang ditetapkan, bermulalah perbicaraan yang menentukan siapa yang salah dalam kes ini.

"Baby nak pergi dinner dengan papa..." suara Hyerin berubah serta-merta. Bergetar. Tanda hendak menangis. Tubuh Sehun dipeluk erat tidak mahu dilepaskan. Sehun terpaksa melabuhkan punggung di birai katil. Tubuhnya digerakkan ke kanan dan kiri sambil mengeratkan pelukan.

"Papa minta maaf. Papa tak boleh."

"Siapa nak temankan baby?"

"Atukkan ada?"

"Memanglah. Tapi tak best kalau papa tak ada." Baju Sehun digenggam. Sehun mengeluh pendek. Sayu pula. Dia tidak pernah bertugas mengejut begini. Ditambahkan pula Hyerin bukan main semangat untuk mengajaknya ke majlis makan malam tersebut.

"Habis tu? Baby nak ikut papa ke? Kita balik terus ke Seoul. Nak?"

"Tak nak!"

"Habis tu?"

"Baby nak papa..." pecah tangisan si kecil itu. Sehun mengeluh lagi. Belakang tubuh Hyerin diusap perlahan.

"Okey, okey, okey berhenti nangis. Tak nak nangis dah." Wajah Hyerin diseka dengan tangan. Sehun terpaksa juga berdiri sambil mendukung tubuh Hyerin. Dia mencapai kunci kereta dan telefon bimbit. Kemudian dia keluar untuk pergi ke bilik ayahnya. Sudah sampai, segera dia masuk ke dalam.

"Papa.. Hun nak kena pergi Seoul sekarang."

Tuan Oh yang sedang mengemas katil terkejut.

"Eh! Nak buat apa?!"

"Chanyeol accident. Lepas tu Hun nak kena bela dia. Dia teruk accident tu, papa. Jagakan baby ya?" Tubuh Hyerin cuba dijarakkan dari tubuhnya. Tetapi pegangan anak kecil itu semakin erat. Tangisan Hyerin juga semakin lebat.

"Sayang, jangan macam ni."

"Baby nak papa.."

"Ya, papa tahu. Atukkan ada? Papa pergi sekejap je. Nanti papa datang sini semula." Pujuk Sehun. Tangan Hyerin dipisahkan dari badannya dan segera menyerahkan kepada Tuan Oh.

"Mari sini dekat atuk, sayang." Tuan Oh menyambut Hyerin dan membiarkan Sehun untuk pergi ke Seoul. Tetapi apabila melihat air muka Hyerin yang merah padam, hati Sehun sedikit keberatan.

"Paa..."

"Nanti papa balik. Okey?" Wajah anaknya dicium. Kemudian terus dia keluar dari bilik Tuan Oh.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now