💮 Bab 64 💮

4.5K 196 1
                                    

Penerbangan ke Maldives mengambil masa yang cukup lama. Hyera sudah lama tidak menaiki kapal terbang, jadi kepalanya agak pusing sedikit. Sampai di lapangan terbang, mereka terus mengambil teksi dan menuju ke pulau Maldives yang menjadi kegilaan pasangan orang berkahwin untuk dijadikan lokasi tempat berbulan madu. Hyera tidak menyangka, Sehun membawanya ke sini.

"Tu.. sunset, sayang. Open your eyes." Bisikan lembut Sehun pada telinga Hyera membuatkan wanita ini membuka matanya. Kepala yang tadi terletak elok di atas bahu Sehun terangkat, memandang matahari terbenam dari dalam teksi. Jelas, kepulauan Maldives ini sangat romantik suasananya. Resort yang dihias mengikut tema pasangan bercinta memukau pandangan pada waktu petang menginjak malam ini. Senyuman terbit di bibir Hyera.

"Cantiknya..."

"Macam awak."

Hyera mendongak. Dia berdecit kecil. Mula dah ayat-ayat manis Sehun menjamah telinganya. Mahu demam dia 10 hari di sini.

Satu jam perjalanan menuju ke resort, akhirnya mereka tiba juga. Sampai sahaja di bilik penginapan yang dibina di atas lautan, Hyera terus hempaskan tubuh di atas katil. Terus berbunyi tulang-temulang dia setelah berbaring. Nampak sangat penat.

Sehun tanggalkan sweater dan letakkan pada penyandar kerusi meja solek. Dia tersenyum melihat Hyera keletihan.

"Sayang,"

"Hmm..."

"Penat eah?"

Hyera angguk. Dia duduk dan sandar pada kepala katil. Sehun berjalan mendekatinya dan duduk di birai katil. Tangan Hyera dipegang sebelum dicium perlahan.

"Sorry..." ucap Sehun. Berkerut dahi Hyera.

"Kenapa nak sorry pula?"

"Awak penat sebab saya." Hyera berdecit perlahan. Tubuh dibongkok sedikit sebelum Sehun dipeluk sekejap. Mata dipejam, menikmati kehadiran suami tercinta di sisi.

"Tak ada apalah. Normallah kalau penat."

"I love you." Tiba-tiba, Sehun bermanis bicara. Hyera sudah tersenyum. Tetapi wajahnya dilekap pada bahu lelaki ini.

"Tak ada moodlah nak beromantik bagai. Penat." Kata Hyera. Ada ketawa halus keluar dari bibir Sehun. Inilah masa mereka untuk berdua dan bersama. Sehun bangun dari duduk dan tanpa amaran tubuh Hyera yang sekali ganda kecil dari tubuhnya itu dicempung. Terjerit wanita cantik ini dibuatnya.

"Sehun! Awak buat apa ni?!"

"Nak campak awak dalam laut. Kita kat atas air sekarang." Kata Sehun sambil berjalan tenang mendekati balkoni yang ditutup dengan langsir putih sifon. Pintu slidding dibuka dengan kaki. Hyera berpaut pada leher lelaki itu dan menjengah sedikit ke luar balkoni. Sehun semakin melangkah keluar dan buat sekian kalinya Hyera ternganga.

"Oh my God... laluan Maldives..." Hyera terpegun buat seketika. Tidak difikirkan rasa gayat didukung Sehun. Sehun mula melangkah perlahan-lahan melewati jambatan atau lebih mudah disebut sebagai laluan yang dibina daripada kayu mahal. Setiap penjuru penamat laluan ini terletak cantik sebuah restoran, spa, dan tempat penginapan pengunjung. Berbumbungkan langit, dan beralaskan lautan. Betul-betul air membiru di bawah mereka sekarang ini.

"Turunkan saya..." Hyera mula merengek perlahan apabila pegangan Sehun pada kuat pada tubuhnya. Dia tidak selesa walaupun tiada sesiapa yang melihat.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now