💮 Bab 65 💮

7.7K 263 17
                                    

Sehun dan Hyera sudah selesai bersiap untuk menghadiri majlis tersebut. Hyera dan Sehun sedondon mengenakan pakaian berwarna biru gelap. Hyera memakai gaun paras lutut tanpa lengan. Sehun pula memakai T shirt polo dan seluar jeans skinny gelap.

"Dah siap, sayang?" Soal Sehun. Hyera diam buat seketika. Sedang mengenakan sedikit solekan tipis pada wajah. Sehun memeluk tubuh sambil sandar pada dinding.

"Jangan cantik-cantiklah. Kita nak pergi event je."

"Saya cantik, awak dapat nama juga." Kata Hyera. Senyum. Sehun cuit hidung isterinya itu.

"Pandai je dia." Sehun duduk di birai katil. Telefon bimbit yang tidak berusik dicapai. Ada beberapa mesej dari Chanyeol. Sehun buka dengan tenang.

Sehun! Sejun asyik menangis je ni. Hanbyul dah bagi susu pun dia menangis. -7.00pm-

Dia dah okey. Perut kembung,lepas tu dia kentut. Bertuah betul aku hari ni dapat cium bau kentut dia. -7.15pm-

Tergelak Sehun membaca mesej kedua itu. Dia tergeleng kecil. Hyera yang sudah siap berdandan menoleh ke belakang memandang Sehun.

"Kenapa?" Hyera terus mendapatkan Sehun. Sehun tunjuk mesej Chanyeol kepada Hyera. Hyera baca. Dan dia juga tergelak.

"Lupa nak cakap, Sejun selalu kembung. Kesian Chanyeol dengan Hanbyul." Kata Hyera. Sehun senyum. Bahu isterinya dipeluk.

"Tak ada apalah. Diorang bahagia jaga anak kita. Feeling rasa menjaga anak tiga." Kata Sehun. Hyera mencubit perlahan paha si suami.

"Suka buli diorang tau. Ini baru sehari."

"Kita ada 9 hari lagi. Nanti awak akan rindu dengan Maldives."

"Tak. Saya rindu anak-anak kita..." ujar Hyera lalu tubuh Sehun dipeluknya erat. Kadang-kala bau Sehun lebih kurang sama dengan bau anak-anak. Hilang sikit rasa rindu itu.

"Alahai sayang... janganlah macam ni." Kata Sehun. Dia membalas pelukan itu perlahan.

"Dah jom, kita keluar."

Sehun dan Hyera mula menutup lampu dan pendingin/pemanas. Kemudian mereka keluar dari bilik penginapan ini dan turun ke lantai pelabuhan. Dari jauh lagi mereka sudah dapat melihat pengunjung lain memenuhi kawasan pelabuhan cruise. Mereka jalan berpegangan tangan menuju ke tempat tersebut.

Tetapi mata Hyera dari tadi menangkap satu mata seorang gadis yang berseragam batik yang bertugas di pelabuhan tersebut. Mata gadis itu sedari tadi melihat Sehun. Dia sangat yakin, gadis itu memandang Sehun.

"Sehun,"

"Hmm?" Sehun tundukkan sedikit tubuhnya. Hyera berbisik.

"Kenapa ada orang tengok awak ni?" Soal Hyera, kurang senang. Sehun menganga kecil.

"Siapa?"

"Tu." Hyera muncungkan bibir ke arah si gadis tersebut. Sehun mencari dan sekejap sahaja dia jumpa. Dan gadis itu tiba-tiba senyum dan... angkat tangan ke arah Sehun! Hyera melopong. Dia mendongak memandang Sehun. Sehun sambut senyuman dan angkat tangan juga!

"Awak kenal dia?"

"Dia yang datang hantar breakfast pagi tadi, sayang. Yang dah tengok sexy body saya." Ayat terakhir Sehun bagaikan menyemarakkan lagi api cemburu Hyera. Hyera rasa penyakit cemburunya ini perlu diusir. Penyakit ini datang sejak dua menjak ini. Sejak Sehun makin kacak, makin segak dan makin ramai yang nak cuba cari pasal. Sedangkan Na Jung sendiri pun mengaku Sehun semakin mengancam!

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now