💮 Bab 34 💮

5K 567 24
                                    

"Mama, baby nak tidur." Rengekan halus Hyerin pada telinganya menyapa. Hyera mengangkat mata dan memandang Hyerin yang sudah terlentok manja di atas meja kerjanya. Hyera tertawa halus. Tadi semangat nak temankan ibu dia semak kertas kerja. Bila dah nak malam sikit, mula mengantuk.

"Nak tidur sini ke nak tidur bilik?" Soal Hyera. Dia sudah bersedia mengemas meja untuk membawa Hyerin pergi ke bilik. Tetapi apabila melihat gelengan, Hyera menjatuhkan bahu.

"Baby kat sofa je okey? Kejap lagi mama siap, kita pergi bilik." Kata Hyera. Hyerin turun dari kerusi dan melangkah terhuyung-hayang ke sofa. Budak ini.. kalau dah mengantuk, habis terpusing sana sini.

Hyera kembali menyambung kerjanya. Khusyuk dia menyusun setiap apa yang perlu disemak dari dulu sehinggalah sekarang. Sedang sibuk dia menyusun dan membuat kerja, dia dikejutkan dengan satu gangguan. Ketukan pintu pejabatnya. Hyera mengangkat mata. Melihat pintu bilik yang berkaca jernih itu.

"Masuk!"

Pintu tertolak. Menayangkan sekujur tubuh seorang gadis cantik, berwajah kacukan dan Hyera pasti gadis ini pelanggan di resortnya.

"Have a seat," pelawa Hyera. Gadis itu tersenyum manis.

"Thanks."

"Ya, cik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Hyera, tersenyum. Dalam hati sudah menyumpah seranah diri sendiri kerana tidak memakai pakaian yang sesuai. Dia pakai baju tidur! Ingatkan tak ada sesiapa yang nak jumpa. Biasanya kalau pelanggan datang ke pejabat, kes berat.

"Sorry sebab ganggu.. ermm.."

"Hyera. Park Hyera." Hyera senyum.

"Okey, Puan Hyera. Maaf ganggu puan. But I really need your help." Kata gadis itu. Dahi Hyera berkerut. Lain macam aje bunyinya. Wajah gadis ini pun nampak berkerut dan serius.

"Ada apa-apa masalah ke dengan servis? Ada apa-apa yang rosak?" Soal Hyera, risau. Mahunya ada yang tercedera. Risau juga dia.

"No! Nothing. Emm... saya nak minta tolong puan cari kawan saya."

"Kawan? Siapa ya?"

Gadis itu mengeluarkan telefon bimbit dan menghulurkannya kepada Hyera. Hyera sambut dan melihat gambar yang terpapar di atas skrin. Tergamam dia.

"I want you to find him. Oh Sehun."

Suami aku, getus Hyera.

"Sebelah ni, boyfriend saya. Saya nak bincang sesuatu dengan dia, about us. But suddenly he's gone. That's why I want to find his friend. Manalah tahu, kalau Sehun ada dengan Chanyeol sekarang ni." Kata Ella. Terdiam Hyera dibuatnya. Kenapa dalam ramai-ramai manusia kat sini, Ella mesti jumpa dia? Takkan tak terfikir, Korea ni besar.

"Emm... Korea ni besar, Cik Ella. I don't think that..."

"I just have you. Puan orang berpengaruh. Mustahil puan tak kenal." Kata Ella lagi, memintas ayat Hyera. Hyera menghulurkan semula telefon bimbit tersebut. Dia mencantumkan tangan dan letakkan bawah dagu. Ingin sahaja dia mengaku, Sehun ialah suaminya dan Chanyeol sekarang berada di London.

"Saya bukan apa, Cik Ella. Tapi betul, Korea ni besar. Kalau saya jumpa pun, tu mungkin terserempak." Kata Hyera. Cuba untuk mengelakkan diri daripada terus menjadi rumit. Ella mengeluh. Dia meraup wajah berkali-kali.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now