💮 Bab 45 💮

5.8K 602 146
                                    

Hyera dan Sehun selesai membuat pengakuan. Menghadap Ella yang menangis kecewa di hadapan rumah.

"Sampai hati you, Sehun. Tergamak you tipu I."

"Ella, I dah bagitahu awal-awalkan? I tak boleh terima you."

"So inilah sebabnya?"

Sehun mengangguk. Hyera memicit pelipis. Sakit. Sakit tadi masih belum reda, dia sakit lagi untuk kali yang kedua.

"You remukkan hati I. I tak pernah rasa kecewa macam ni. Tapi kenapa you kecewakan I?! You, Hyera! You pun sama! Tipu I! Konon tak kenal. Tapi dah beranak dah! Dasar penipu!" Hambur Ella geram. Tangannya digenggam memandang Sehun dan Hyera yang ada di depan mata.

Anak mata Hyera mula kabur kerana bertakung dengan air mata. Bagaikan segala kesalahan tertanggung di atas bahunya sekarang ini. Rasa sakit yang tidak terhingga. Suami sendiri tidak mempertahankan nilai seorang isteri. Lagilah dia sakit hati.

"Baliklah, Ella. Saya tak nak awak datang rumah saya. Awak dah tahukan pasal semuanya? Awak dah tahu siapa saya, siapa Sehun. Dan terima kasihlah sebab cintakan Sehun. Tapi dia suami saya. Awak silap." Mata Hyera memandang Sehun. Minta sokongan. Tetapi lelaki itu diam tidak berkutik. Menjadikan dia seperti dalam kondisi syok sendiri.

"Sehun, I cintakan you."

"Baliklah, Ella. I serabut. Pergi balik."

"I tak nak balik. You kena kahwin dengan I!" Jerit Ella sehingga ada dua tiga orang yang lalu lalang melihat ke rumah mereka.

"Hei, you dah gila ke? I sayangkan isteri I dan I tak akan kahwin dengan you! Jangan nak cuba buat perkara gila." Kata Sehun. Kembang kempis hidungnya menahan amarah. Semakin menggunung rasa marahnya yang masih belum reda.

"You dah buat I jatuh cinta, you tinggalkan I. You buang I! Perempuan mandul ni, you ceraikan je! Dah tak boleh bagi you puas! Buat apa nak simpan lagi?!"

PANG!

Tangan Sehun kini melekat pula pada pipi Ella. Hyera tergamam. Dia terkedu melihat tamparan yang maha kuat itu. Tidak sangka Sehun bertindak begitu.

"Jangan sampai pecah pipi kau aku lempang."

"Sehun, dah..." Hyera cuba menyentuh tangan Sehun tetapi ditepis kuat. Hyera pula terkedu.

"Jangan campur urusan aku dengan Ella. Masuk." Arah Sehun. Kasar.

"Awa..."

"Masuk aku kata!" Hyera laju menapak masuk ke dalam. Pintu dikatup rapat. Tetapi dia masih dapat mendengar perang mulut di luar rumah.

"Dah berapa banyak kali aku tolak kau. Tapi kau tetap juga nak kat aku. Kau paksa aku. Aku tak nak!"

"You tak sepatutnya tipu I tentang status you! You dah sakitkan hati I, lepas tu you suruh I pergi? Ingat I boleh ke, Sehun?!"

"Aku tak pernah minta kau jatuh cinta dengan aku pun, Ella."

"I jatuh cinta dengan you, sejak kita belajar dulu. Tapi I dibutakan dengan cinta Chanyeol! Sayang, mama I setuju kalau kita kahwin. Kita kahw... argh! Sakit, Sehun!" Hyera pejamkan matanya apabila terdengar seakan tubuh Ella terhumban ke lantai. Kemudian bunyi jeritan Ella. Bunyi seretan dan jeritan itu sehingga ke pintu pagar rumah.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now