[3]

10.3K 297 1
                                    

                  "You're my happiness"

"Mikael " Panggil Puan Aqilah. Ralit benar anaknya bermain telefon.

"Yes mom? " jawab Mikael perlahan sebelum meletakkan telefon bimbitnya di atas paha. Ingin memberi ruang kepada ibunya untuk bercakap dengannya.

" Ibu nak tanya pendapat Mikael ni, " kata Puan Aqilah dengan nada serius.

"Okey. Ibu cakaplah, mana tahukan kot - kot Mikael boleh pendapat yang bijak ke?, " guraunya . Gugup pula bila berhadapan dengan ibu yang serius semacam ni .

" Mikael rasa kan, bila agaknya ibu dapat menantu dari Mikael? " Tanya Puan Aqilah dengan satu nada , tiada senyuman dibibir tua itu . Bermakna memang betul-betul serius.

Zuppp ! Mikael mati akal untuk menjawab. Soalan cepumas weh !

'Aduh kenapa soalan ni juga yang ibu tanya ? Ibu tak tahu ke tu soalan yang paling susah diabad ini ? Soalan maut kot. ' monolog Mikael sendiri, kepalanya yang tidak gatal digaru . Nak jawab apa ni ?

"Ibu tanya ni, jawablah. Jangan buat ibu tertunggu- tunggu dengan jawapan Mika , " kata Puan Aqilah setelah lama anaknya membisu. Baginya bukan susah untuk anaknya menjawab soalan itu.

"Err Mika.. " sejak bila pula ni, aku jadi gagap ?

"Hm , Mika ape? " Puan Aqilah masih setia menunggu jawapan dari anak terunanya.

" Okey. Mika straight to the point terus eh ," Aku kena juga terus terang ,ibu mesti faham yang aku ni workhalic . Tak kan ibu nak paksa aku kahwin , calon pun tak ada.

"Go on Mika. " matanya tajam merenung Mikael yang takut - takut untuk menjawab.

"Mika tak ada calon, cinta hati, girlfriend ape tu semua. Tak ada ibu. " Aku menundukkan muka. Tak berani tengok reaksi ibu , comfirm menyinga punya !

"What? Mika guraukan? , " soal Puan Aqilah , tidak percaya dengan pengakuan anak terunanya .

"Tak , ibu Mika tak gurau pun " jawab Mikael , wajah ibunya dipandang .

"Okey. Look, Mika . Ibu tak nak paksa - paksa Mika untuk cari menantu untuk ibu tapi Mika tak teringin ke, nak bagi Ayrin seorang mama ? Ayrin perlukan seorang ibu , Mika . " kata Puan Aqilah. Sayu sahaja suaranya .

"Ibu, niat tu ada , bu. Tapi Mika tak ada girlfriend, makwe ape tu semua " balas Mikael , polos . Serba salah pula buat ibu macam ni. Tapi dia betul-betul tiada calon lagi untuk dibuat isteri.

"Mika kena usaha cari, bukan suruh dia yang cari Mika sayang. Jodoh tak datang bergolek Mika , " Risau Puan Aqilah dengan anaknya ini. Tidak pernah mengambil serius tentang jodoh.

"Ya . Mika cuba eh , ibu. "

"Ibu tak nak Mika cuba. Tapi Mika kena cari juga. Cari cinta yang Mika perlu bila dah dewasa dan kasih sayang yang Ayrin dari kecil perlukan. Fikir-fikirkan la apa yang ibu cakap ni . Dalam hal ni , ibu tak rasa yang Mika kena pentingkan diri sendiri . Fikirkan masa depan Ayrin juga ," ujar Puan Aqilah sebelum berlalu pergi ke dapur. Ingin memberi ruang kepada Mikael untuk memikirkan masa depannya. Lagipun suaminya akan pulang nanti. Lebih baik dia memasak.

KATA-KATA Puan Aqilah masih terngiang-ngiang di telingannya. Keluhan terbit dibibirnya. Pening betul fikir hal ni . Pelipisnya diurut - urut.

"Tak baik mengeluh " ujar seseorang , membuatkan Mikael terkejut.

"Ish, kau ni buat aku terkejut je , kau tahu ke tak apa fungsi aku pasang pintu dekat bilik aku ni? " Kata Mikael sedikit bengang.

"Aku dah ketuk banyak kali dah. Kau je yang termenung sampai ke London sana , sampai tak perasan pun aku ketuk ," balas Rizqi sambil tersengih.

"Kau dah tak ada kerja ke sampai datang lepak kat bilik aku ni? " Mikael memandang tepat ke arah muka Rizqi. Serius .

" Alaa. Baru datang nak menempel dengan kau. " Rizqi tersengih nakal. Garang betul bos kita ni.

"Sorry. Aku bukan gay. Aku still lurus walaupun aku tak kahwin lagi. Nafsu aku nakkan perempuan je. " bidas Mikael , selamba. Gila ke ape si Rizqi ni?

"Amboi. Aku ingat kau ni hati keras sampai tak ada perasaan. Rupanya aku silap . So, wanna share ape yang kau menung sampai london tadi? " Rizqi cuba mengorek rahsia.

"Kau. Tak busybody sehari memang bukan kau kan? " Mikael membuat muka jengkel. Tak padan dengan lelaki , ada hati nak jadi mak cik - mak cik yang selalu jaga tepi kain orang .

"Ala. Bagus la kalau kau tahu. " balas Rizqi selamba , sebelum ketawa .

"Ibu aku .." keluh Mikael.

Pakkk!

"Aduh ! " kepalanya digosok , geram pulak aku dengan mamat tiga suku ni !

"Kau kenapa pukul kepala aku tiba - tiba ni ? " soal Mikael bengang. Tiba-tiba je pukul . Gila ke ape mamat ni? .

"Kan aku dah cakap tadi, tak baik mengeluh, kau mengeluh pehal? " Kata Rizqi bersahaja. Wajah Mikael dipandang tanpa rasa bersalah.

"Tak payah la pukul-pukul bagai " marah Mikael. Ei, memang pantang mak nenek aku betul la , main-main kepala ni .

"Ala sorry la, okey continue balik apa yang kau cakap tadi " kata Rizqi bersungguh.

"Bersungguh betul kau kan bab-bab busybody ni? "

"Cerita je la, bising ah kau "

Mikael story apa yang jadi kelmarin. Tak mampu nak mengeluh nanti kena ketuk lagi kepala dengan mamat tak cukup suku ni !

"Biar betul? " kata Rizqi setelah Mikael habis bercerita.

"Betul " balas Mikael acuh tidak acuh . Ini salah satu sebab aku malas cerita dekat mamat ni ! Bukan nak percaya pun apa yang aku cakap.

"Lagipun bagus juga ibu kau, suruh kau kahwin , umur kau bukan 15 tahun tapi dah 26 tahun tau " Rizqi turut bersetuju dengan ibu Mikael. Dah ada anak satu pun , malas lagi nak kahwin . Apalah bos ni .

"Kau ni tak membantu langsung la. Ingatkan kalau aku bagitahu kau, kau bagi solution ke, apa ke" Mikael menjeling tajam Rizqi.

"Ala solution dia. Kau kahwin la! "

"Bapak kau! " pen yang berada dihadapannya , diambil dan dilempar ke arah Rizqi .

"Ape main bapak-bapak aku ni? "

"Whatever! Now , get out ! Pergi sambung kerja kau balik. Aku ada tander yang perlu siapkan ni. " ucap Mikael dengan nada serius. Makin menjadi-jadi kalau dilayan perangai si Rizqi ni. Esok pun belum tentu habis . Perangai macam mak cik - mak cik !

"Alaaaaa , " Rizqi mencebir . Suka tau halau - halau kita !

"Kau tak keluar, aku potong gaji kau " ugut Mikael .

"Ye ye. Tak payahlah sabitkan gaji. Sis tak kuat tau ! Kirim salam rindu aku dekat Ayrin tau." balas Rizqi sebelum melangkah keluar . Flying kiss juga tidak lupa diberi .

Telatah Rizqi membuatkan Mikael tergelak kecil. Baru sebut pasal gaji dah kecut. Tak macho betul. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Ingin cepat-cepat siapkan kerja, lepasni nak pergi ambil anak dara aku dekat tadika pula.

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now