Punat automatik pintu pagar ibu aku tekan . Setelah terbuka, kereta Honda Accord aku, aku parkirkan dibawah garaj bersebelah dengan kereta mewah milik ayah. Ayrin cepat - cepat turun dari kereta setelah melihat ibu di pintu masuk rumah. Haih, cucu nenek betul Ayrin ni. Mia masih diam disebelah, aku kerling. Dah kenapa bini aku ni?
"Mia okey? " wajah Mia yang pucat aku pandang.
"O...Okey. " gagap - gagap Mia membalas. Masa akad nikah, aku tak ada masa nak rapat dan berkenalan dengan ibu si Mikael. That way, rasa macam nervous dan janggal semacam.
"Kenapa ni? Cuba cakap dengan abang. " tapak tangan Mia aku ambil dan usap. Apa yang Mia takut sangat ni? Berpeluh betul tangan dia.
"Errr..." nak cakap apa ni? Mia menggaru kepalanya.
"Tell me. Apa yang Mia takut ni? " nada suara ditegaskan.
"Takut nak jumpa ibu. " Mia menutup mukanya dengan tapak tangan.
Mikael tergelak kecil. Ini je yang dia takutkan. Macamla dia nak pergi jumpa bakal mertua, ni bukan bakal. Memang dah mertua. Haih, Mia.. Mia.
"Kenapa gelak? Tak lawak la. " ujar Mia bengang. Hilang sedikit gementarnya melayan kerenah Mikael yang pelik ni.
"Come turun. Ibu tak makan orang. Mesti ibu tunggu kita ni. Trust me. Ibu will like you. " Mikael turun dan terus membukakan pintu untuk isteri tercintanya. Tercinta ke? Entah.
"Awakkk.. " rengek Mia. Tak ready lagi nak jumpa ibu.
"Bukan awak la. Abang. "
"Yelah . " ujar Mia lemah. Mia mengikut langkah Mikael dengan perlahan.
"Tak apa abang ada. Entah - entah bila dah serasi dengan ibu nanti, abang pun Mia lupa. " usik Mikael. Lengan Mia ditarik untuk menyamakan langkah.
"Haih, lama betul pengantin baru kita ni turun bang. " usik Puan Aqilah. Encik Megat hanya tergelak kecil.
Mia terus merapati kedua - dua ibu bapa Mikael. Tangan mereka disalam.
"Alah ibu, menantu ibu ni malu - malu. " usikan Mikael menambahkan lagi malu segan Mia. Mia hanya tersenyum kekok.
"Aih Mika tak payah usik - usik menantu ibu lagi. Jom - jom kita masuk. " pelawa Puan Aqilah. Lengan Mia ditariknya untuk masuk bersama - samanya.
"Ibuuuuuu... ." rengek Mikael. Mogok. Tak nak masuk !
"Iya ,kenapa?"
"Ibu dengan ayah tinggal Mika sorang - sorang . Mentang - mentang dah ada anak baru . Dah lupakan kita ya !" bibir Mikael cebirkan.
Mia tergelak . Comel betul ! Laki sapa ni?
Puan Aqilah tergeleng - geleng . Haih ,dah bapak orang pun , still manja macam budak kecik ! .
"Mana ada ibu lupa. Ibu ni nak kenal - kenal dengan Mia . Ibu tak sempat lagi nak interview menantu ibu. Dah - dah tak usah merajuk . Ibu dah masakkan makanan favourite Mika . Jom ! " pujuk Puan Aqilah . Lengan Mikael turut ditariknya .
Mia tersenyum mengejek Mikael tatkala Mikael memandangnya . Mikael mengerakkan mulutnya tanpa suara ' siap Mia kejap lagi ! "
******
"Nenek , inilah mama yang pujuk Ayrin masa dekat tadika " cerita Ayrin setelah menghabiskan nasi didalam pinggannya.
"Iya ? " Puan Aqilah cuba mengorek rahsia . Takkan la Mikael mengahwini Mia yang sama ?
"Betul nenek ! " jawab Ayrin bersungguh . Mikael menelan nasinya dengan payah . Habislah aku kena siasat dengan ibu lepasni ! Mikael mengerling Mia yang berada dihadapannya .
"Ayrin dah tak sekolah nenek ." cerita Ayrin lagi .
"Kenapa ? "
"Mama cakap , Ay tak payah pergi sekolah sebab mama ada untuk jaga Ayrin . " terang Ayrin . Lagak bercakapnya seperti orang yang sudah dewasa sahaja .
"Baguslah . Kan Mikael kan ? " perli Puan Aqilah .
"Err.. Haaa betul laa " perlahan sahaja Mikael menjawab . Aku tak boleh lari dari ibu dah lepasni !
"Ayrin pergi main ipad dulu . Bye bye. " ujar Ayrin . Tangannya dilambaikan .
Isy, anak papa nak kena ni ! , getus Mikael didalam hati . Suka betul buat papa macam ni .
********
Buaian diayun perlahan. Angin malam - malam memang damai je . Kalau hari biasa agaknya memang tak pernah dapat rasa angin malam - malam macam ni . Selalu pergi pagi - pagi , pukul 11 or 12 malam baru balik .
Fuh,lepas makan tadi memang kena tanya habis - habisan dengan ibu . Agaknya dulu ibu ada ambil course untuk jadi pendakwa . Tak miss satu soalan pun dia tanya . Si Ayrin boleh pulak dia gelak masa aku kena soal tadi . Nasib baik tak ada Mia pada waktu tu. Kalau tak, hari - hari kena usik.
Aku tergelak kecil. Lengkap hidup aku sekarang. Alhamdulillah.
Kata - kata Ayrin yang mahukan adik banyak - banyak masih berlegar - legar diminda aku. Benarkah Mia mahu ada anak bersamanya? Cintakah Mia kepada aku? Bersediakah aku untuk menghadapi jika perkara tersebut ber.....
"Abang. "
________
Keep vote for next update .
692wrds√
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomanceFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...