'Bala mai dah! ' bisik Mia sendiri setelah melihat Hakimi datang menghampirinya. Harap-harap Hakimi tak tahu apa-apa yang jadi minggu lepas.
"Sampai hati Mia kan! " Hakimi memeluk tubuh. Nak merajuk dengan Mia sepuluh minit!
"Nasib tak sampai kaki je. " balas Mia bengang. Baru je rasa aman dunia sebab lama tak bertembung dengan mamat sengal ni dekat kolej.
"Kenapa Mia bertunang? Tak apa . Kimi faham, ni mesti mama Mia paksa Mia kahwin kan? Alah macam zaman dulu-dulu. Selalu jodohkan anak sendiri tu. " ujar Hakimi panjang lebar.
"Suka hati akulah. Yang kau menyibuk tu pehal? None of your business. " jeling Mia. Tak sah, kalau tak menyibuk dalam hidup aku. Bila kau nak berambus dari hidup aku hah, Kimi?!
"Mana boleh macam tu. Mia kan jodoh Kimi. Mesti la Kimi menyibuk. Nanti Kimi cakap dekat mama eh, putuskan pertunangan Mia dengan laki tak guna tu. " cadang Kimi. Eee, tak sabarnya nak kahwin dengan Mia!
"Kau ni kan, memang tak tahu malu ke? Lepas kau cuba rogol aku, kau berani lagi tunjuk muka kau depan aku? Manusia jenis apa kau ni? Kau fikir kau ni berguna sangat ke? And my mama not yours! Dasar miang! " tengking Mia dan terus berlalu pergi. Dasar lelaki tak guna! Bila nak mampus agaknya orang macam ni? Buat berat bumi je menanggung orang menyusahkan macam dia!
Hakimi terkedu. Termangu-mangu sendiri. 'Berani kau malukan aku , Mia?! " bisik Hakimi. Sakit hati !
'Hari ini, hari kau Mia. Bila hari aku, aku tak akan lepaskan kau macam itu je. !'
MIA melangkah masuk ke dalam rumah dengan longlai. Ya allah serabutnya! Nafas dihembus kasar. Sofa diruang tamu menjadi pilihannya untuk berehat sebentar.
Bila agaknya Hakimi tidak akan mengacaunya lagi? Aku ingatkan kalau dah bertunang, tak adalah dia nak kacau lagi. Malah, dia siap tuduh mama jodohkan aku lagi!? Melampau betul.
Minggu depan fitting baju kahwin. Lagi dua bulan , dah jadi bini orang. Bersediakah aku? Rupa tunang aku pun, aku tak tahu. Mama kata, dia tak datang masa majlis pertunangan tu sebab dia ke luar negara. Ada urusan kerja. Businessman ke dia? Entah.
"Dah lama balik Mia? " tegur Datin Aisyah lalu duduk disofa yang Mia duduki.
Terus hilang lamunan aku tadi.
"Baru je ma. " balas aku perlahan. Letih punya pasal.
"Mia ada nak pergi mana-mana tak lepasni?"
"Tak ada. Why? "
"Letih sangat ke? "
"Sikit. Why? " wajah mama ku pandang. Pelik. Aku punya soalan tak nak jawab.
"Larat tak, kalau mama ajak pergi airport? " tanya Datin Aisyah lagi.
"Dari tadi Mia tanya. Why? Why? Why? " ujar aku sedikit bengang. Sikit je. Kalau banyak, dosa pula nanti. Hehe.
"Hehe. Mama nak ajak Mia pergi Airport, ambil abang. " Datin Aisyah berterus terang. Suka melihat anaknya bengang. Comel je. Menurun aku agaknya. Haha.
"Really? Abang balik? " teriak Mia. Terkejut. Abang Mursyid balik! Yeay!
"Haa betulla. "
"Jom la mama! "
"Pergi mana? "
"Ambil abang la! " tanya pulak mama ni!
"Oh. Mama lupa pulak! " tersengih Datin Aisyah. Lupa. Maklumlah usia makin lanjut.
"ABANG! " jerit aku setelah melihat Mursyid yang sedang berpeluk tubuh dipintu masuk Airport.
Mata-mata yang memandang kami, tidakku hirau. Tubuh abang Mursyid dipeluk. Rindunya!
"I miss you so bad, oppa! " bisik aku, dalam dakapan Mursyid. Dengan abang je, aku jadi gedik macam ni.
"Miss you to cengeng! " Mursyid memeluk erat satu-satunya adik manja yang dia ada.
"Ehem" deheman Datin Aisyah menyedarkan mereka. Amboi ,tak ingat dekat mama dah, kalau jumpa adik dia ni. Mursyid, mursyid. Tak pernah berubah .
"Mama. " pelukkan dileraikan dan terus tangan Datin Aisyah dicium. Dibawa tubuh mama, mendakapnya pula. Rindu bidadari ni.
"Jom balik. Sambung diwale kat rumah pulak. Malu orang tengok. " ujar Datin Aisyah sambil menarik tangan Mursyid ke parking .
"Nak drive! " kata Mursyid. Lama tak drive kat Malaysia.
"No way! It my baby. Not yours. Mia tak nak kereta kesayangan Mia rosak! Biar Mia yang drive. Nanti balik rumah baru abang boleh drive. Drive kereta papa la." bebel Mia . Tak nak kereta kesayangannya diapa-apakan. Abang ni bukan boleh buat main sangat, nanti dia racing lagi. Hei, dia ingat ni litar F1 ke?
"Alahhh. Kedekutnya. Tak apa nanti abang suruh papa beli kereta Lamborgini. Alah setakat kereta Bmw Mia ni, apelah sangat. " ujar Mursyid dengan megah. Pintu dibahagian belakang dibuka dan terus masuk.
"Eleh, sesuka hati je mengutuk baby Mia kan. Tinggal kat sini baru tahu. " Mia menghidupkan enjin dan terus memandu pulang ke rumah.
"Suka hati lah " Mursyid menjelirkan lidah.
"Ish dah dah. Tadi siap buat diwale, sekarang macam kucing dengan anjing pulak! Ish apelah nak jadi dengan korang ni. " Datin Aisyah membebel.
_____________
747wrds√
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomansFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...