"You're my happiness"
Setelah siap bersiap untuk ke kolej hari ni, aku cepat - cepat mengambil beg sandang then terus turun bawah untuk breakfast. Tapi aku tak rasa yang aku sempat breakfast sebab dah lambat sangat ni . Terlajak tidur punya pasal.
"Morning honey. " sapa Datin Aisyah apabila melihat kelibat anaknya melangkah turun tangga dengan tergesa - gesa.
"Morning too mama " balas Mia sambil menuju ke mamanya . Tangan Datin Aisyah disalam, dan tidak lupa untuk mencium pipi mamanya itu.
"Mia tak breakfast dulu ke? " pelik Datin Aisyah dengan anaknya ini, tiba tiba je tangannya disalam.
"Tak ma, I already late. Terlajak tadi, sebab tu la lambat bangun hari ni, Mia pergi dulu tau, hari ni mybe Mia balik lambat sikit ma, nak jumpa kawan lepas habis class nanti , " kataku panjang lebar. Terus sahaja aku tekan punat suis kereta untuk membuka kereta yang dikunci .
"Drive carefully Mia, take care ye" Pesan mamanya.
"Okey mama" ujarnya sebelum beredar pergi .
"WEYH, kau ada nak pergi mana mana ke lepasni ? , " kata Nasreen setelah dia selesai menyimpan buku ke dalam beg.
"Ada. Why ? , " balasku kembali. Dia ni nak ajak aku pergi mana mana ke? Mintak - mintak tak ade la, kalau tak rasa menyesal je janji dengan mamat tu nak jumpa.
"Saje je tanya. By the way, kau nak pergi mana je? Sampai tak ajak aku sekali ni ? , " Nasreen mencebik bibir, nak acah merajuk lagi la tu.
"Si mamat tiga suku tu nak sangat jumpa aku , siap chat aku lagi semalam, dia nak cakap benda . And aku harap sangat yang dia dah insaf kacau aku ! " ujarku , wajah menyampah ditayang.
"Haha , kau buat lawak ke Mia ? Hei, lambat lagi la mamat tu nak lepas kau. Ape pun nanti kau story kat aku apa yang dia cakap nanti tau. Aku balik dulu ." kata Nasreen seraya masuk ke dalam keretanya .
"Okey" aku menghidupkan enjin kereta dahulu sebelum drive, nak elakkan kereta rosak. Eh jap, si Hakimi tu tak cakap pun nak meet kat mana. Hadoi . Apelah kau ni Mia, excited punya pasal sampai lupa nak tanya. Chatting yang semalam dengannya ku buka,
Mamat Sengal! :
Meet dekat kafe kolej tau. Jangan lambat sayang.Sayang? Nenek kau sayang ! Ee, geli geleman aku. Terus aku bluetick je. Padan muka !
Dengan lafaz bismillah, aku memandu dengan tenang menuju ke kafe. Harap - harap apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Amin !
" WHAT? aku tak nak, kau ingat aku ni apa sampai kau nak paksa perasaan aku ? " ujarku sedikit terkejut . Pening pun ada dengan sikap si Hakimi ni, lain yang aku minta, lain pula yang jadi. Dia paksa aku kahwin dengan dia ! Jumpa dekat kolej pun dah buat aku sakit jiwa, ni nak mengadap dia 24jam ? Nonsense ! Gila !
"Please Mia, I really love you, I nak hidup dengan you. I tak sanggup orang lain rampas you dari I , " rayu Hakimi. Dia betul - betul ikhlas ingin menikahi Mia. Kenapa susah sangat Mia untuk memahami isi hatinya ? Biarlah dia mengemis demi cinta yang dia agung - agungkan .
"Sorry aku masih belum sedia lagipun aku tak ada and tak pernah ada perasaan untuk kau. Bagi aku kau kawan je , tak pernah lebih. Kalau kau terus menerus jadi macam ni, aku mintak sangat, tolong jangan kacau aku lagi. Get it? " Mia bangun untuk terus keluar dari kafe. Stress! Tetapi Hakimi sempat memegang lengannya.
"Apa ni Hakimi ? " naik seoktaf suara Mia . Terus aku tarik tangan aku. Ee gila ke si mamat ni ? Tak tahu hukum halal haram ke? Makin berani lagak dia ni !
"Okey sorry. I takkan stop kacau you selagi you belum milik siapa siapa, and I akan buat you sampai jatuh cinta dengan I " Hakimi berlalu keluar kafe. Sedih betul kena reject ! Friendzone pulak tu !
Padan muka ! Haha .
Stressnya ! Menyesal gila aku setuju keluar dengan jantan ni. Makin menjadi jadi. So, apa yang aku perlu buat ? Buatnya dia makin berani apa - apakan aku nanti macam mana ? Takkan aku nak kahwin ? Satu habuk fasal rumah tangga pun dia tak tahu . Inikan pulak nak kahwin ! Hell no !
'TAKKAN aku nak suruh mama yang carikan? Tapi ramai yang cakap, jodoh pilihan mak sendiri selalunya yang terbaik .' bisik aku sendiri, jari digigit - gigit . Tabiat ketika sangsi .
"Hai, anak mama ni ada problem besar ke ? Sampai mama tercegat kat sini pun tak perasan ? , " sapa Datin Aisyah seraya duduk di kerusi berhampiran dengan anaknya.
"Eh , mama . Hehe sorry. Tak perasan langsung ma. Ada problem sikit. " balasku sambil tersengih. Ye lah kan dah kantoi termenung jauh sangat.
"Ada nak share apa - apa dengan mama hm? " soal Datin Aisyah , kepala anaknya diusap - usap seperti bayi yang kecil . Pejam celik pejam celik , dah besar anak perempuan tunggalnya ini . Dah boleh kahwin pulak tu !
"Tak ada apa pun ma. Problem pasal kolej je. Biasalah kan? By the way, mana papa ma? Dari pagi tadi lagi Mia tak jumpa , " tipu sunat sikit tak ape kan? Aku cuba alihkan topik . Lagipun dia juga hairan, ke mana je papa ? Dari pagi tak nampak pun.
"Papa balik lambat sikit . Dia kata ada kerja yang dia kena siapkan. " Datin Aisyah tahu, Mia menipunya. Tetapi dia biarkan sahaja kerana anaknya akan meluahkan perasaannya bila dia dah sedia.
"Oo, okey lah ma, Mia tidur dulu tau. Goodnight ma. Muah " aku mencium pipi mama dan terus masuk ke dalam untuk naik ke bilik. Nasib baik mama tak jadi polis hari ini.
"Jangan tidur lambat ma , tak elok . " sempat Mia menjerit sebelum masuk ke kamarnya . Datin Aisyah hanya menggeleng . Suka betul menjerit !
_____Tak apa hambar sikit kan? Alah, baru bab dua 😂
Keep vote & comment ya.
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomanceFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...