[9]

8.9K 281 1
                                    

"So, Ay dah puas jalan-jalan tak? " tanya Mia sambil menarik tangan Ayrin untuk duduk dibangku panjang yang agak jauh dari tasik.

"Puas mama. Thank you. " jawab Ayrin, lengan Mia dipeluk. Happy sangat!

"Welcome honey. Dah malam sangat ni. Esok sekolah kan? Jom balik. " kepala Ayrin diusap. Dahi budak itu, dikucup sekilas.

"Alaa.. " rengek Ayrin. Tak nak balik lagi. Nanti tak boleh jumpa mama.

"Ayrin, jom balik sayang. Esok papa ada meeting. Nanti Ay tidur dalam kelas macam mana? " Mikael memujuk Ayrin. Anaknya semakin manja sejak Mia menjadi mamanya. Makin susah pula papa nak faham anak papa ni.

"Jom, nanti mama bawa Ay jalan-jalan lagi ye? " kali ini, Mia pula cuba memujuk. Makin manja anak mama ni ye. Tak apa mama suka. Haha.

"Promise? " kata Ayrin setelah lama berdiam diri. Merajuk. Tak nak balik!

"Promise sayang. " balas Mia lalu mencium bertalu-lalu pipi tembam Ayrin. Suka sangat. Gebu.

Mikael tersengih sendiri melihat anaknya yang digomol oleh Mia. Terpacar sifat keibuan dalam diri Mia.

"Eee.. Mama janganla. " rengek Ayrin. Suka sangat main pipi Ayrin.

"Tak nak, nak cium jugak. " makin galak Mia mencium pipi Ayrin. Geram nak gigit pipi budak ni.

"Kalau geram sangat, jadilah truely mama Ayrin. Tiap-tiap hari awak boleh gomol pipi dia. Bukan tu je, pipi saya pun awak boleh buat macam tu juga. " ujar Mikael selamba. Tak tahula apa yang merasuk dirinya, sehingga berani berkata begitu.

Terhenti terus Mia dari gomol pipi Ayrin. Apa yang Mikael cakap? Truely mama? Boleh gomol pipi dia juga? Blushing pipi Mia. Nasib baik malam, tak adalah nampak sangat yang pipinya memerah itu.

"Errr..."

" jom balik " Mia terus mendukung Ayrin ke parking kereta. Tak boleh lama-lama kat situ. Nak merah satu muka, bila ingat balik.

"Haha, saya gurau je la. Baru gurau sikit dah kecut. Apa la Mia ni. " Mikael menekan punat unlock kereta.

Mia buat-buat tak dengar. Terus sahaja dia meletakkan Ayrin dikerusi sebelah pemandu kereta milik Mikael. Makin galak pula dengar Mikael gelakkan aku.

Setahu aku, papa Ayrin ni serius je memanjang. Kenapa kali ini, tak macam tu pun? Mungkin sebab aku manjakan anak dia kot , takkan dia nak buat tak tahu je kan? Tanpa Mia sedar, dia terangguk-angguk sendiri.

"Sibuk buat andaian sendiri ke Cik Mia oi? Dari tadi terangguk-angguk je saya tengok. " kata Mikael sambil tersengih. Comel jugak mama Ayrin ni. 'Eh,kau jangan jatuh cinta pulak, ingat sikit janji kau dengan Datin Aisyah 'bisik hati Mikael.

Terus mati sengihan Mikael tadi. Nafas dihembus kasar.

"Encik Mikael ok? " pelik Mia dengan Mikael ni, tadi siap gelakkan aku lagi. Sekarang ni, tunjuk wajah dia yang tak berperasaan ni. Suka hati dia la.

"Err , ok. Mia balikla. Esok mesti ada class kan? Lagipun esok saya ada meeting yang penting , so saya balik dulu ya? " balas Mikael. Serabut otak dia sekarang ini, bila teringat kembali janjinya dengan Datin Aisyah. Tak apalah, korbankan masa depan aku untuk balas jasa orang yang baik dengan aku tak salah kan?

"Oke. Bye Ayrin ! Goodnight darling. " dahi dan pipi Ayrin dicium sebelum menutup pintu sebelah pemandu itu. Muka Mikael dipandang sekilas sebelum dia ke kereta Audinya.

"Bye mama! I will miss you! Muah! " lambai Ayrin kepada Mia yang berada dikereta sebelah papanya.

Mia hanya tersenyum dan melambai kembali sebelum mengundur keretanya dan terus memandu pulang ke rumah.

" MIA " panggil Datin Aisyah setelah melihat kelibat anaknya yang baru pulang itu.

"Ya ma? " Mia terus duduk disofa hadapan mamanya. Selalunya waktu ini, mesti mama sudah masuk tidur. Kenapa ya? Mybe ada perkara penting kot, yang dia nak cakap .

"About your husband to be. "

"Why? Mama dah ada ke calon yang sesuai untuk Mia? " tanya Mia . Kening diangkat sebelah.

"Dah. Minggu depan diorang datang merisik sekaligus bertunang. So, bersedialah. Jangan buat hal pula. " lancar Datin Aisyah berkata. Dia juga tidak sabar ni, nak dapat menantu!

"Hah? " cepatnya mama cari! Betul ke apa yang aku dengar ni?.

"Tak payah hah sangat. Bersedia ya untuk jadi tunang orang. Ini semua bukan mama yang nak , tapi anak mama yang decide nak kahwin awal kan? " Datin Aisyah memerli Mia. Bagus juga Mia kahwin awal. Boleh dapat cucu awal.

"Err. Okey. Mia naik atas dulu. " ujar Mia lalu mengatur langkah menuju ke tangga rumahnya. Tak percaya dek akal, seawal ni aku nak jadi tunang orang!.

"Tak nak tahu ke bakal tunang Mia macam mana? "

"Tak nak! " laung Mia dari tingkat atas. Biarlah rahsia bakal suaminya nanti. Tapi dia hensem tak? Putih tak? Pandai masak tak? Entah-entah muka macam katak!

'Mama, Mia tak nak kahwin dengan putera katak! ' jerit Mia didalam hati.

MIKAEL memicit kepalanya yang agak pening. Baru beberapa hari lepas dia berjumpa Datin Aisyah untuk memberi tahu keputusannya.

Ya, dia menerima pinangan Datin Aisyah untuk menjadi menantunya. Walaupun hatinya mengata tidak mahu, tapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati mama angkatnya. Datin Aisyah banyak menolongnya dulu.

Moga-moga Ayrin boleh menerima bakal mamanya nanti. Ayrin akan membuat perangai jika dia tidak sukakan seseorang. Yang peliknya , Ayrin menjadi anak yang baik ketika bersama dengan Mia, malah menganggap Mia mama kandungnya.

Pandai Mia mengambil hati anaknya. Hatinya turut terusik jika berada bersama Mia. Tetapi dia tidak melayan perasaan yang hadir tersebut kerana dia perlu menyayangi bakal isterinya nanti. Lagipun mesti Mia mempunyai boyfriend, takkan gadis secantik Mia tidak diminati kan?

Tanpa Mikael sedar, dia sudah terlelap disebelah Ayrin. Mungkin terlalu penat untuk memikirkan semua ini.

____

888wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now