[14]

9K 253 1
                                    

Berlari-lari anak Mia masuk ke Sogo Mall. Lambat sangat ni, omel Mia sendiri. Kelibat Mikael dan Ayrin dicari. Sogo Mall ni bukan kecil, tapi besar! Macam mana aku nak cari ni? Nak mula dari mana?

Sedang Mia leka merungut, Ayrin yang berada dibelakangnya, dia tidak sedar.

"Hai, mama! " tegur Ayrin. Kaki Mia dipeluk kemas.

"Eh, Ay. " Mia menyamakan tingginya dengan Ayrin. Fuh, nasib baik ada kat sini je. Kalau tak, meronda la aku hari ni. Omel Mia.

Badan Ayrin dipeluk kejap. Lepas rindu.

"Jom, malu orang tengok. " ujar Mikael setelah lama berdiam diri. Boleh pulak buat drama tengah-tengah Mall ni.

"Err , jom. " Mia lekas-lekas bangun. Tangan Ayrin dipimpin mengikut Mikael dari belakang.

Ayrin berlari anak, Mia menjadi turut berlari anak kerana tangannya kemas dipegang Ayrin. Ayrin menyambar tangan Mikael, dipegang kemas juga tangan tersebut.

Mia dan Mikael terkedu melihat telatah Ayrin tersebut. Macam mak, anak dan ayah, bila berpegangan tangan macam ni. Ayrin tersenyum bahagia. Tersenyum kelat Mia dan Mikael membalas senyuman Ayrin.

Perasaan yang menyinggah dihati mereka, diusir jauh-jauh , apabila mengingati status mereka, tunang orang.

Setelah penat ber'shopping' di Sogo Mall tersebut, restoran yang berhampiran dengan Mall tersebut menjadi pilihan mereka untuk mengisi perut yang lapar.

"Sorry, Mia lambat sampai tadi. Leka sangat layan adik Nasreen tadi. " Mia memecahkan kesunyian di meja mereka. Ayrin kelihatan letih. Lama sangat shopping tadi.

"Oh sokey, so, Mia bila kahwin? " soal Mikael. Iphonenya yang tadi dibeleknya, diletakkan ke tepi.

"Err minggu depan. "

"Samalah. "

"Hah? " soal Mia pelik. Apa yang sama? Takkan tarikh nikah aku sama dengan dia kot? Eh jap, dia nak kahwin? Seriusly?

"Saya kahwin minggu depan juga , Mia. " tenang Mikael menjawab. Apa yang peliknya?

"Ohh, jemput la datang nanti saya nikah. Bawa Ayrin sekali tau. Saya lupa nak bawa kad " Mia mengusap lembut kepala Ayrin. Dah nak dapat mama baru dia. Agak-agak, Ay ingat tak kat aku lepasni?

"Kalau saya datang awak punya majlis. Saya punya majlis macam mana? " perli Mikael.

"Ye tak ye jugak kan? Hehe. " Mia tergelak kecil apabila menyedari kesilapannya.

"Selamat pengantin baru, Mia. " ucap Mikael. Sedih pula rasa.

"Awak juga. Jom balik . Ayrin dah tidur ni. Letih sangat agaknya. "

" okay. " Mikael mendukung Ayrin.

"Thanks ya, luangkan masa dengan Ayrin. Nanti lepas nikah kalau rindu Ayrin , bawalah suami sekali datang rumah. " pelawa Mikael.

"Inshallah. "

Mereka berpisah untuk ke kereta masing-masing.

***

BADAN dihempas kasar ke atas tilam. Penat. Jam di dinding dipandang sekilas. Pukul 12 ,patutla letih semacam. Kalau mama tahu aku balik lambat ni, mati aku !

"Mandi, solat. Baru tidur. Remember that Mia! " laung Datin Aisyah dari luar.

"Ye , ma! " balas Mia kembali. Apa yang mama buat tengah-tengah malam ni? Mybe teman papa buat kerja kot? Entah, better aku mandi then solat, kejap lagi nak mimpi prince charming!!

Langkah mula diatur ke tandas.

Tingg.

Bunyi notification, menghentikan langkah Mia. Siapa pulak, rajin hantar chat malam-malam buta ni?

Iphone 6pluss nya dicapai. App Whatsapp ditekan.

1 message from Mikael .

3 message from mamat sengal!

Apa pulak mamat gila ni nak tengah malam hah? Tak faham betul la aku.

Mikael :
Dah sampai?

Pertanyaan itulah yang selalu ditanya oleh Mikael setelah berjumpa dengan dia dan Ayrin. Risau sungguh dia.

Mia :
Dah. Thanks belanja tadi.

Mikael :
Its okey. My pleasure.

Chat dari mamat sengal dibukanya.

Mamat sengal :
I 'am sorry for everything Mia . 🙏

Mamat sengal :
Maafkan abang kimi ya.

Abang mak kau! Gila!

Mamat sengal :
Sayang Mia!

Sah pcycho!

Nombor Hakimi terus Mia block. Jantan gila!

Iphonenya dibaling ke atas katil. Buang masa betul! Mia menyambung kembali niatnya untuk mandi.

Bila kau nak mati Hakimi? , omel Mia.

Mybe kejam tapi aku tak rela nak hadap muka kau dah ! , rungutnya pula.

_____

608wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now