[17]

10.4K 297 0
                                    

Tangan Mikael yang erat memeluk pinggang Mia, membuatkan Mia tersedar dari tidurnya yang lena.

"Beratnya. Tangan ke besi ni? "Bisik Mia perlahan. Risau jikalau suaranya yang kuat akan menganggu tidur Mikael. Tangan tersebut dialihkan ketepi. Erat betul dia peluk, mesti dia ingat aku ni mama betul si Ayrin tu. Wajah Mikael yang tenang ketika tidur ditenung.

Mata dia, sedikit sepet. Hidungnya mancung macam..macam.... Haaa Lee Jongsuk. Bibir dia, agak seksi. Mia menggigit bibirnya. Hensem betul laki aku ni bila tidur. Kulit dia, putih betul. Kalah aku. Huh.

"Mika tahu, Mika hensem. Jangan tenung macam nak makan. Mika tak kuat. " kata Mikael dengan nada nakal. Matanya dibuka sedikit.

Hah? Dia tak tidur? Err... Malunya! Kantoi, tenung anak teruna orang! Eh, teruna lagi ke? Ayrin tu anak dia, so, tang mana terunanya tu?

"Err, mana ada Mia tenung. " jam di atas meja kecil sebelah katil dicapai. Nak cover malu. Dah pukul 6.10pagi.

"Tak apa. Halal. Tapi jangan tenung kuat sangat sebab Mika ni lelaki. Fahamkan? " usik Mikael. Wajah Mia ditenung. Tak sangka pulak, kalau dah kahwin boleh tengok bidadari cantik lepas bangun tidur. Hehe. Gatalnya kau Mika.

"Saya pergi mandi dulu. Nanti nak solat subuh sekali pulak. " terus Mia bangun menuju ke almari. Tuala diambil. Terus di menghilangkan diri didalam tandas. Mama, malunya!

Mikael tergelak kecil. Comel, macam Ayrin. Dia menyambung tidurnya sementara menunggu Mia selesai mandi.

***

"Amboi , awalnya pengantin baru bangun. " sapa Datin Aisyah sambil tangannya lincah menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.

"Macam tak biasa dengan Mia pulak mama ni. " dia juga sibuk menolong mamanya didapur. Tak nak duduk dalam bilik, malu!

"Mikael tidur lagi? " soal Datin Aisyah setelah menyedari menantunya tiada bersama anaknya.

"A'ah. Letih yang semalam tak habis lagi. "

"Amboi. Letih buat apa semalam? " usik Datin Aisyah.

"Mama! Semalamkan majlis kahwin kitaorang. Mestilah letih sebab layan tetamu. Apalah mama ni. " memerah muka Mia.Duduk dalam bilik, Mikael usik. Kat dapur dengan mama pulak!

"Mama cakap je. Mia fikir apa sampai merah muka? " sakat Datin Aisyah lagi.

"Tak nak layan mama. Huh. " kata Mia dengan nada merajuk.

"Alololo. Okey okey. Tak usik dah. Pergu naik atas panggil Mikael. Turun makan sekali. " kepala Mia digosok. Manja betul anak bongsu mama ni.

"Ok. " biliknya ditingkat atas dituju. Nak panggil pakcik turun makan.

Tombol pintu dipulas. Pintu dikuak sedikit. Matanya melihat Mikael yang sedang fokus dengan dunia gadjetnya.

'Ingatkan tidur. ' desis Mia. Langkah diatur perlahan menuju ke sofa. Matanya turut memandang skrin telefon Mikael.

Pening kepala aku tengok. Mata digosok. Menyakitkan mata aku je. Menyesal tengok.

"Sakit mata ke? " ujar Mikael. Matanya tetap fokus membaca dokumen yang dihantar oleh PA nya.

"Eh. Tak. " Mia menggaru kepala. Bukan gatal. Cuma tabiatnya dari kecil. Dirinya lupa tujuan dia naik ke bilik.

"Kenapa tadi tenung telefon saya macam nak telan? " soal Mikael. Ya, dia sedar kewujudan Mia dibelakangnya. Cuma saja tak nak menegur.

"Tak faham langsung apa benda yang panjang berjela-jela dalam telefon awak. Pening kepala tengok. " Mia tersengih. Entah apa la yang menarik sangat sampai Mikael terlalu fokus tadi.

"Oh, dokumen client je. Memang Mia tak faham sebab Mia bukan ambil jurusan bisnes kan? " Mikael mematikan skrin Iphone X nya selepas selesai check dokumen yang dihantar oleh PA nya.

"A'ah. "

"Haaaa. Jum turun sarapan. Lupa nak kasitau tadi. Mesti mama membebel ni sebab turun lambat. " kata Mia lagi setelah menggingati tujuannya naik ke bilik.

"Okey jom. "

Mereka bersama - sama turun ke dapur.

"Amboi, lambatnya turun. Ingatkan tak nak makan tadi. " perli Mursyid setelah melihat Mia dan Mikael memasuki dapur. Mereka hanya tersengih.

"Duduk Mikael. Makan-makan. Mama masak sikit je ni. Tak apa kan? " mesra Datin Aisyah melayan Mikael.

"Tak apa. Mika tak biasa makan banyak-banyak pagi-pagi. " kerusi disebelah Mia ditarik dan terus duduk .

"Mama, lusa Mika kena pindah balik rumah Mika. Ada banyak urusan yang kena selesai sebelum majlis resepsi lagi dua minggu tu. " ujar Mikael .

"Mama okey je. Lagipun Mia dah jadi isteri Mika. Mika berhak. " balas Datin Aisyah

"Err, Mia tak ikut boleh? " jampuk Mia. Alaaaa. Nak duduk sini.

"Mia, tempat seorang isteri kat mana? " soal Datin Aisyah.

"Disisi suami. " jawab Mia perlahan.

"Good. So, ikut Mika ye? Nanti rindu, datang la sini. " pujuk Datin Aisyah.

"Ok "

Mikael tersenyum. Manja betul bini aku ni. Agak-agak lepasni, Mia manja tak dengan aku?

"Yeay mama ikut papa balik rumah. " teriakkan Ayrin mengejutkan Mikael yang sedang mengelamun.

Mia hanya tersenyum melihat Ayrin sedang bersorak. Kemain happy dia. Mungkin aku kena bagi perhatian yang lebih nanti dekat Ayrin, dia perlukan aku.

_______

740wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now