[10]

9.7K 270 1
                                    

Kereta di'lock' sebelum kaki diatur masuk ke dalam rumah ibu , Puan Aqilah. Lepas aku parking terus je Ayrin keluar. Excited jumpa nenek dia. Dah lama aku tak bawa Ayrin datang sini.

"Nenek! Ayrin datang ni. " jerit Ayrin setelah dia penat mencari keberadaan Puan Aqilah. Mana nenek ni? Huh.

"Nenek dekat taman sayang! " balas Puan Aqilah. Kesian cucu aku.

Terus sahaja Ayrin dan Mikael ke taman yang berada di halaman rumah. Ayrin memeluk kaki Puan Aqilah. Manja sungguh dengan nenek dia. Selama ini, Puan Aqilah yang selalu dengannya sebelum dia dihantar ke tadika. Mikael pula sibuk dengan bisnesnya.

"Ay , nenek busuk ni. " Puan Aqilah mendukung Ayrin. Pipi Ayrin dicium. Rindu sungguh dengan cucu tunggalnya ini.

"Mana ada. Wangi je Ay bau. Ay rindu nenek sangat-sangat. " Ayrin memeluk batang leher Puan Aqilah erat.

Puan Aqilah berjalan menuju ke kerusi kayu yang diduduki oleh Mikael. Makin berat pula Ayrin ni. Lupa pula yang cucunya ini sudah empat tahun.

"Nenek , semalam papa bawa Ay jumpa mama. " ujar Ayrin .

"Cantik tak mama Ay? " tanya Puan Aqilah. Sejak bila pula Ayrin ada mama? Nampaknya Mikael mengambil serius dengan permintaannya .

"Cantik. " balas Ayrin bersungguh.

"Ay, pergi main dengan baby kat dalam. Mesti baby rindu dengan Ay. " kata Mikael . Mesti ibu fikir pelik-pelik dengan Ayrin cakap tadi.

"So, ada nak explain apa-apa ke? Ibu macam ada bau nasi minyak ni. " ujar Puan Aqilah sambil berpeluk tubuh. Lega Puan Aqilah jika Mikael benar-benar mahu kahwin.

"Err. Actually yang Ay cakap tadi tu, budak kolej. Nama dia Mia. Ayrin menangis kat tadika, then kebetulan masa tu, Mia hantar adik kawan dia. Mia la yang tolong pujukkan. Tak tahu pula yang Ay anggap Mia tu mama dia. " terang Mikael. Lega kejap rasa.

"Jadi? Yang ibu cakap bau nasi minyak tu tak jadila? Ibu la yang terlalu berharap ni? " ujar Puan Aqilah sayu. Tak dapat lagi merasa makan nasi minyak anak sendiri la ni?

"Apa yang tak jadinya? " Mikael senyum.

"So jadilah ni? " kata Puan Aqilah bersungguh. Alhamdulillah.

"Ye ibu. Tapi bukan dengan Mia. Mikael balik ni pun nak mintak tolong ibu dengan ayah la ni. " ujar Mikael. Gembira hatinya melihat ibunya .

"Mintak tolong apa? " tanya Puan Aqilah, jarang Mikael meminta tolong darinya. Bisnesnya pun dia bangunkan sendiri. Semua perkara yang Mikael inginkan pun, dia usahakan sendiri.

"Tolong masuk meminang Mia Adreena. " jawab Mikael. Mesti ibu pelik. Aku pun tak tahu kebetulan atau sengaja ,nama depan bakal tunang aku sama dengan orang yang Ayrin anggap mama dia.

"Tadi kata tak nikah dengan Mia. "

"Betul lah. Nama sama. Orang berbeza ibu. "

"Kut iya la, gilakan Mia. Jangan sampai cari orang nama Mia juga. " Puan Aqilah ketawa.

"Mana ada. Kebetulan la ibu. " ucap Mikael serius.

"Yelah-yelah. Jom masuk dalam. "

SEGALA persiapan untuk hari pertunangannya 90% hampir siap. Mamalah orang yang paling teruja. Mia hanya goyang kaki dalam bilik. Malas ambil tahu, lagipun mama tak kasi tolong. Katanya suruh aku get ready nak jadi tunang orang. Alah, belum lagi jadi bini orang, dah macam tu.

Nasreen sorang je yang tahu aku bertunang esok. Aku harap yang Hakimi tak tahu aku bertunang, takut dia kacau majlis ni nanti macam mana? Tak ke malu? Semua ni jadi pun sebab dia. Kalau dia tak kacau aku, mungkin sekarang, aku still enjoy masa dewasa aku.

Mama ada juga bagi hint kat aku tentang bakal tunang aku. Tapi aku still juga tak nak ambil tahu. Entah. Aku pun tak tahu kenapa, yang aku masih tak boleh terima yang aku akan jadi tunang orang esok. Padahal, aku yang minta semua ni.

Student lain, masa ni sibuk prepare nak exam last sem, tapi aku? Sibuk dengan majlis pertunangan aku. Tak apalah, lepas je esok, aku nak focus betul-betul. Study balik apa yang aku tak faham. Aku tetap nak teruskan cita-cita aku nak jadi lawyer walaupun aku ada anak.

"Jauh termenung anak mama ni. Fikir apa?" tanya Datin Aisyah sambil melabuhkan punggung hujung katil king milik Mia.

Terus terbang segala angan-angan Mia selepas ditegur oleh Datin Aisyah. Bila mama masuk?

"Err... Tak ada apalah mama. " ujar Mia sambil berjalan menuju ke katil. Dia turut melabuhkan punggung dihujung katil miliknya.

"So, dah ready? "

"Dah ma. "

"Good. That my girl " kepala Mia diusap. Dah besar anaknya. Esok dah jadi tunang orang. Rasanya seperti baru sahaja dia melahirkan Mia, cepat membesar anak mama.

"Maaaa.." rengek Mia. Dah besar pun, still manja.

"Yes honey. "

"Abang balik tak? "

"Tak rasanya. Dia final sem. Nanti hari Mia kahwin baru dia balik ." manja sungguh Mia dengan abang tunggalnya. Mia tidak tidur malam selepas abangnya berangkat ke UK. Rindu sehingga demam.

"Alaaaa... "

"Mia ni patutnya, belajar bermanja dengan bakal suami pula tau. Asyik nak bermanja dengan abang je " usik Datin Aisyah.

"Tak nak! " ish, main-main pula mama ni! Mati hidup semula pun, dia tak akan manja-manja dengan bakal suaminya nanti!

____

799wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now