[5]

8.8K 241 1
                                    

Semasa aku berjalan menuju ke dewan kuliah. Aku bertembung dengan Hakimi. Tak tahu nak cakap macam mana. Memang dah muak dengan perangai dia makin menjadi-jadi sejak aku buat tak endah kat dia. Aku tak tahu pagi ni, memang kebetulan atau dia saja buat aku bertembung dengan dia.

"Hey, lajunya you jalan " tegur Hakimi setelah melihat Mia berjalan semakin laju. Nak larikan diri dari dialahtu . Laluan ke dewan kuliah memang kena lalu depan tandas .

Tiba-tiba, tangan Mia dipegang dan ditarik masuk ke tandas. Hakimi menarik sehingga masuk ke salah sebuah pintu tandas yang terbuka. Pintu tersebut dikunci.

"Apa ni Hakimi? Kau ni makin hari, makin menjadi-jadikan? Lepasla ,aku dah lambat nak masuk class ni " kata Mia dengan marah. Takut juga menyerbu diri . Kalau datang pencegah maksiat macam mana? Aku tak nak kahwin dengan dia, dalam keadaan malu macam ni. Air mata makin lebat merebes keluar . Nak lari tak boleh, Hakimi memegang tangannya kuat. Perit .

"Haha, you reject i macam tu je Mia. Bila peluang macam ni, i tak rasa ,yang i akan lepaskan you. I nak juga rasa badan you. " balas Hakimi dengan nada gatal. Dari dulu dia tergila-gilakan Mia. Tapi Mia anggapnya macam sampah. Tak guna kalau nak kesiankan Mia sekarang ni.

"Eee lepasla sial. Aku benci kau Hakimi! " Mia cuba melepaskan tangan Hakimi yang sedang memegang tangannya. Akibat takut akan perkara yang mungkin terjadi selepas ini, dia menendang ditempat 'sensitive' Hakimi.

Serta merta tangannya dilepaskan. Hakimi mengaduh sakit. Pintu yang terkunci , dibuka oleh Mia dan dia terus melarikan diri.

"Ahhh! Sial kau Mia! " tempik Hakimi didalam tandas. Dia tekad, sebelum Mia menjadi milik orang lain, dia akan buat Mia gilakannya.

"WEH Mia, kenapa mata kau merah ni? Kau baru lepas nangis ke? Siapa yang berani buat kau nangis ni? " Tanya Nasreen setelah Mia duduk di kerusi di hadapannya. Pelik. Tadi Mia tak masuk kelas, then kenapa matanya kelihatan merah macam baru lepas nangis? Mia takkan nangis benda yang remeh. Pasti ada sesuatu yang terjadi ketika masa class tadi.

"Reeeen.. " terus sahaja kerusi di angkat lalu diletakkan disebelah Nasreen. Badan Nasreen dipeluk erat. Tangis yang reda tadi, kembali lebat.

"Kenapa ni? Shuhhh, aku ada " cuba memujuk Mia. Nampak sahaja yang Mia ni hati kental, tapi sebenarnya lembut sangat.

"Aku tak tahan weh, aku tak tahan.. " jawab Mia dalam tangisan. Memang betul firasatnya pagi tadi, akan ada berlaku terhadap dirinya.

"Tak apa. Kau nangis dulu. Dah ok, kau cerita eh apa yang jadi " bahu Mia ditepuk perlahan. Lagaknya seperti memujuk anak kecil.

Setelah Mia kelihatan reda dari tangisan. Dia mula menceritakan perkara yang berlaku pagi tadi. Dia trauma untuk melihat Hakimi lagi. Jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk Hakimi tidak mengacaunya lagi.

"Biar betul weh? Hakimi buat macam tu? Ni dah lebih dah ni. Boleh masuk kes cubaan merogol ni " kata Nasreen . Geram. Berani Hakimi melakukan begitu kepada kawan baiknya. Tak tahu langit , tinggi ke rendah, gamaknya mamat ni ! .

"Aku rasa aku nak kahwin la. " ucap Mia setelah lama berdiam diri.

"Biar betul weh? Kau jangan buat keputusan sebab Hakimi gila tu " balas Nasreen. Takut juga nanti, keputusan tersebut memakan diri kawannya.

"Tak. Aku. Serius. " Mia membalas dengan nada serius. Tak bermain dengan kata-katanya.

"Tak apalah kalau kau memang betul-betul dah bersedia, jangan kahwin sebab terpaksa sudah " nasihat Nasreen. Dia ingin melihat Mia bahagia bila kahwin nanti, bukan makin stress dan sedih macam ni.

"Tak, aku tak terpaksa. Hujung tahun ni, aku kasi kau kad kahwin aku " kata Mia sambil bangun.

"Aku balik dulu, bye. Sorry tak boleh teman kau lama-lama . Serabut ." katanya lagi ,lalu keluar.

Nasreen mengangguk perlahan. Tak ambil hati pun. Lagipun dia faham. Mesti Mia tak dapat terima lagi,apa yang Hakimi buat kat dia. Laptop dikeluarkan dari beg lalu membuat assighmentnya yang belum siap .

______

625wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now