[6]

8.8K 248 0
                                    

'Aku kena juga cakap dekat mama! . Aku tak nak Hakimi makin berani untuk buat apa-apa kat aku. Ahh! Langkah bendul pun tak apelah.' tekad Mia di dalam hati . Asalkan hidupnya tidak dikacau oleh Hakimi .

"Mama " panggil Mia setelah melihat kelibat Datin Aisyah yang baru keluar dari dapur.

"Yes honey, kenapa? Ada nak cakap apa-apa dengan mama ke? " Datin Aisyah mengatur langkah ke sofa yang diduduki oleh anaknya. Dia duduk disebelah Mia.

" Err.. Actually, Mia dah fikir masak-masak ma, dah lama sebenarnya. Dari bulan lepas. " kata Mia sambil memandang ibunya. Serius. Ya, dari bulan lepas otaknya asyik memikirkan perkara yang sama.

" Fikir apa Mia? " pelik Datin Aisyah. Apakah yang anaknya fikir sehingga memakan masa yang lama?

"Mia nak kahwin " ujar Mia dengan serius. Lantaklah mama nak fikir apa. Asalkan dia dapat lari dari mamat gila tu.

"Haa? "

"Biar betul?, tapi kenapa tiba-tiba ni? " kata Datin Aisyah lagi. Gurau ke, lawak hambar yang anaknya cuba lakukan ini? Sungguh tak percaya.

"Yes ma, i not kidding, joke,prank or lawak hambar yang macam dekat instagram tu. I really serius, and i really meant that. " Ya, Mia tahu, mesti agak susah untuk mamanya percaya dengan apa yang dikatakan olehnya.

Yelahkan, kalau orang lain, mesti nak kebebasan and habiskan masa dengan kawan-kawan bila jadi dewasa, tetapi tidak sama dengan Mia, Mia berhasrat nak kahwin diusia muda. Bukan paksaan dari mama, tapi kehendaknya sendiri.

"Mama tak percaya dengan Mia cakap sebenarnya. I know you well, honey. Cuba cakap, apa yang membuatkan Mia, sampai nak kahwin bagai ni? " Kata Datin Aisyah sambil memandang tepat muka Mia. Agaknya Mia , mengigau ni.

"Or, Mia nak kahwin sebab lelaki yang selalu kacau Mia tu, huh? " katanya lagi setelah melihat anaknya berdiam diri. Beberapa hari lepas, ada juga Mia mengadu kepadanya yang ada mamat gila asyik mengacaunya. Tak mungkin sebab itu?

Dan dia juga telah menyuruh penyiasat peribadinya, untuk mengenal pasti ,siapa yang kacau anaknya itu. Hakimi yang dimaksudkan oleh Mia. Hakimi juga boleh dikatakan dalam kalangan tak guna juga.

"A'ah, memang sebab dia mama" Mia berterus terang. Malas nak tipu, nanti mama akan siasat juga. Membazirkan duit mama je.

"No, mama tak izinkan " dia masih waras untuk memberi keizinan kepada anaknya untuk kahwin dengan Hakimi.

"Mama, Mia nak kahwin jugak! "

" Mia nak kahwin dengan lelaki tak guna tu ke? In your dream! " lantang suara Datin Aisyah. Sesuka hati je anaknya nak kahwin dengan lelaki yang tiada prinsip hidup itu.

" No! Mama ingat Mia gila ke nak kahwin dengan mamat yang tak berguna tu? " Jawab Mia kembali. Mama mesti ingat,aku ni terdesak sangat , sampai nak kahwin dengan mamat tu? Ergh buang masa!

" Okay now tell me, Mia nak kahwin dengan siapa? "

" Mia tak ada calon tapi Mia tetap nak kahwin. " Ya , memang aku tak ada calon, tapi aku perlu juga kahwin sebab mamat tu tak habis habis kacau aku. Satu je cara dia, and inilah caranya...kahwin!

"Pelik la mama dengan Mia ni, nak kahwin tapi tak ada calon? " Bingung sebentar Datin Aisyah dengan anak perempuannya ini, nak kahwin tapi tiada bakal suaminya.

" Arghh, Mia tak kesah semua tu, yang Mia tahu Mia tetap nak kahwin! "

"Oooo,Mia tetap juga nak kahwin . Okay biar mama yang carikan calon untuk Mia, nampak macam tak menyabar je nak kahwin. Tapi Mia kena terima seadanya bakal suami Mia nanti boleh? " Datin Aisyah cuba menguji anaknya.

" okay,Mia tak nak ambik tahu pasal tu yang Mia tahu hujung tahun ni, Mia nak kahwin! " urgh,malas nak ambil tahu, biar mama yang uruskan semua itu. Yang aku tahu, hujung tahun ini aku mesti kahwin jugak!

"BAH!! " Sergah Nasreen.

"Eh esok aku kahwin! " latah Mia. Dada diurut perlahan ,terkejut punya pasal. Ish minah ni, tak boleh ke tegur elok-elok?

Nasreen ketawa terbahak-bahak. Tiada lagi tanda-tanda ingin berhenti ketawa. Apa yang lucu sangat pun, Mia tak tahu.

"Waalaikumussalam " kata Mia. Sebal. Nasib kawan. Kalau bukan kawan, agaknya dah arwah si Nasreen ni.

"Weh, haha. Aku ada bagi salam ke tadi? " balas Nasreen lalu menyambung kembali ketawanya tadi. Lucu betul tengok muka Mia yang terkejut tadi, dan yang paling dia tak sangka ,Mia ni suka melatah juga orangnya.

Mia menjentik perlahan dahi Nasreen. Sakit hati kita ni tau. Tak tahu pula, yang Nasreen ajaknya keluar semata-mata ingin ketawakan dia. Mata menjeling tajam kepada Nasreen.

"Oke. Oke. Aku stop.. " kata Nasreen setelah lama ketawa.

"Tapi tak boleh move on tengok muka kau tadi " katanya lagi sambil ketawa kecil.

"Kalau macam ni la, baik aku balik je. Tidur lagi bagus. Daripada mengadap muka kau yang dari tadi sibuk ketawakan aku. " ujar Mia bengang.

"Ye ye. Sorry. Yang kau sensitive sangat ni kenapa? Mengandung? Period? Huh? " usik Nasreen. Memang cari nahas betul, si Nasreen ni.

Pakkk...

"Aduh, sakitla weh. " kata Nasreen sambil mengosok kepala yang diketuk oleh Mia. Bibir dicebirkan.

"Padan muka kau. Cakap mengarut lagi. " Mia menayangkan muka tidak bersalah. Peduli apa aku, hati aku ni lagi sakit tau.

"Alaaa, sorry baby. Oke.. Oke. Tak buat dah" Nasreen membuat muka sepuluh sen. Habislah kalau si Mia ni merajuk. Makan masa seminggu nak pujuk dia ni. Nanti kalau Mia merajuk ,siapa yang akan teman aku?

"Dah la. Pergi mampus dengan sorry kau. Lain kali kalau nak jumpa, buat cara nak jumpa. Ni buat aku sakit hati pulak. " marah Mia. Dia pun tak tahu kenapa, dia mudah sangat naik angin sejak kebelakangan ini.

Mungkin sebab masalahnya yang bertambah. Yelah, haritu Hakimi buat hal, ni sibuk nak uruskan hal nikah aku pula. Si minah ni, sibuk nak sakitkan hati aku. Mana tak anginnya aku? Keluh Mia.

"Weh, sorry la. Tak nak la diam macam ni. Aku rasa bersalah ni. Miaaaaaa, aku sayang kau, tak nak gaduh dengan kau. " kata Nasreen setelah lama Mia berdiam diri. Kolam air matanya rasa ingin tumpah, namun ditahankan sahaja.

"Jangan laa buat drama kat sini. Aku bukan sengaja marah kau, aku serabut la. Kau faham-faham je la masalah aku yang baru ni. " ujar Mia sambil menghulurkan tisu kepada Nasreen. Manja betul minah ni, sikit-sikit drama air mata.

"Thanks Mia, kau buat aku terharu la pula. " balas Nasreen tersengih.

"Terharu kenapa? " tanya Mia pelik. Tiba-tiba nak terharu pulak.

"Kau bagi tisu tadi. Macam angan-angan aku, tapi prince charming la . Tapi tak apalah, kau bagi pun dah buat aku merasa that feel bila prince charming bagi kita tisu masa kita nangis. " jawab Nasreen sambil tersengih lagi.

"Ada-ada je kau " malas mahu melayan. Ingatkan dah insaf tadi, tapi tak pun.

_______

1075wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now