Pagi-pagi lagi rumah aku riuh. Dan aku juga terpaksa bangun awal. Riuh? Hakimi pagi-pagi lagi buat hal . Dia datang cari aku dekat rumah. Aku pun tak tahu dari mana dia dapat alamat rumah aku. Melampau betul jantan gila tu.
Alasan dia, dia datang rumah aku sebab aku block whatsapp dia semalam. Huh, memang betul-betul psycho la mamat tu. Makin tak tahan pulak aku dengan perangai dia. Makin menjadi-jadi sejak aku nak nikah ni. Dia ni memang muka tembok ke? Dia tak tahu ke yang aku kahwin ni sebab dia?
Aku meraup muka aku beberapa kali. Makin menambahkan masalah aku betul Hakimi ni. Mengamuk mama pagi tadi. Nasib baik ada papa yang tolong pulihkan keadaan. Kalau tak ada papa agaknya mesti Hakimi kena ketuk dengan kuali kesayangan mama.
"Tak usah kusutkan lagi kepala Mia dengan jantan tu. Tak ada gunanya. " tegur Datin Aisyah. Belakang badan Mia diusap perlahan. Dia faham yang anaknya kusut memikirkan masalah yang datang.
"Tak adalah ma. Tak penting pun fikir pasal mamat sengal tu. Buang masa " dalih Mia. Tau-tau je mama ni. Boleh jadi pak nujum ni.
"Okey la kalau macam tu. Release tension ya. Prepare, minggu depan nak jadi isteri dan mama orang dah. " ucap Datin Aisyah. Opss, terlepas pulak, cakap yang Mikael ada anak!
"Hah? Mak orang? Duda ke lelaki yang mak cari tu? " balas Mia. Terkejut. Tunang aku ada anak? Duda?
"Nope, dia bukan duda Mia. Tak apa. Alih-alih mama dah terlepas cakap. Mia tanya Mikael sendiri nanti. " ujar Datin Aisyah. Bahu anaknya ditepuk-tepuk perlahan. Terus kaki melangkah naik ke tingkat atas rumahnya. Lebih baik, dia lari sebelum Mia tanya macam-macam.
"Err, ma.. " Mia terkedu . Ya allah, kejutan apa ni? Cukuplah Ayrin anggap dirinya mama, tapi tunang aku pun ada anak? Sesuai sangat ke aku ni jadi mama diusia muda ni? Mata hanya mampu mengekori langkah mama yang naik ke tingkat atas. Cis, mama dah awal-awal lagi larikan diri!
Agak-agak, ada lagi tak yang aku tak tahu pasal tunang aku sendiri. Tu la kau Mia, tak ambil tahu sangat, sekali tahu pasal tunang terus terkejut, bisik hati Mia.
***
Kaki longlai melangkah masuk ke Pavillion. Nak release tension la konon! Ni kali terakhir aku keluar sebagai anak dara. Lepasni, keluar dengan title 'Puan Mia'. Dengan pakej ada anak pulak tu! .
Tak ada mood langsung nak shopping! Partner? Semua ada class . Cuma aku je yang tunggu nak graduate ijazah lepas kenduri kahwin aku nanti.
Gedebuk!
"Aduh, tu la kau Mia, jalan tak tentu hala. Kan dah langgar orang. " rungut aku perlahan. Habuk yang terkena baju ditepuk perlahan.
"Mia? "
Eh , macam kenal je suara ni. Kepala didongak untuk melihat orang yang aku langgar. Gulp. Dia?
"Mia? " panggilnya sekali lagi.
"Er, ya? " balas aku perlahan. Muka memerah . Kantoi, tenung muka bapak orang !
"Ada sakit kat mana-mana tak? " tanyanya. Risau.
"Er okey je Mikael. " Mia tersengih-sengih.
"Oh okey. " malu pula Mikael apabila melihat Mia tersengih-sengih. Jantung bukan main lagi berdebar.
"Err, sorry saya langgar awak. Awak dari mana? " tanya Mia. Ramah.
"Oh sokey. Baru lepas jumpa client. "
"Tak apalah. Saya pergi dulu. " Mia meminta diri untuk menyambung kembali perjalanan tak tentu halanya.
"Mia pula dari mana? " entah kenapa, Mikael tidak ingin memberhentikan perbualan singkatnya dengan Mia.
"Dari rumah. Saja jalan-jalan. "
"Err, ni abang Mikael kan? Lelaki bisnes yang berjaya tu?" tanya seorang gadis. Comel, desis Mia.
"Ya, kenapa? " jawab Mikael.
"Nak bergambar boleh? " tanya gadis tersebut lagi.
"Err, boleh. " terus lengan Mikael dipegangnya. Telefonnya dihulurkan kepada Mia.
"Tolong ambilkan gambar kak. "
"Ok. " Mia mengambil beberapa gambar. Sepadan, desis Mia. Hatinya sakit melihat kemesraan gadis tersebut dengan Mikael. Ish, kau ada tunang Mia, bisik Mia sendiri.
"Thanks kak, jumpa lagi Abang Mikael. Jum korang. " usai berterima kasih, terus gadis tersebut mengajak kawannya pergi.
"Saya pergi dulu ya. " kaki Mia menyambung berjalan tak tentu hala.
"Err... " belum habis Mikael bercakap terus Mia berlalu pergi. Pelik dengan perubahan sikap Mia. Entah. Period kot.
_______
657wrds√
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
Любовные романыFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...