Mikael menghela nafas lega . Alhamdulillah, segalanya sudah berakhir . Tiada lagi orang ketiga atau keempat antara dirinya dengan Mia . Ilya bertemu dengannya kelmarin, meminta maaf kerana cuba merosakkan rumah tangganya . Aku memang dah lama maafkan, tak pernah dendam dengan Ilya . Mujur Ilya cepat sahaja menerima hidayah .
Dulu Ilya bukan macam tu, sebelum arwah Ilham meninggal . Sopan dan ayu sahaja . Dia tahu, dari dahulu lagi Ilya gilakannya . Cuma entah, dirinya tak tertarik untuk mengenali Ilya lebih dalam . Baginya Ilya hanya adik , tidak lebih dari itu .
Langit yang agak redup diperhatinya, mungkin sekejap lagi hujan akan turun . Seketika kedengaran riuh didalam rumah . Kenapa ? Laju kaki Mikael melangkah masuk .
"Ya allah Mika , Mika pergi mana tadi ? Merata - rata ibu cari Mika " ujar Puan Aqilah tercungap - cungap . Mungkin letih berlari .
"Mika ada je kat luar , kenapa ibu cari Mika ? Mia mana bu ? " soalnya hairan .
"Ni , isteri kamu . Pengsan tadi , ayah dah bawa naik atas . Tolong bawa Mia ke hospital, pucat sangat wajah dia ibu tengok . Muntah tak berhenti - henti . "
Mikael terkelu. Mia –– , Mia pengsan ? Laju kakinya mendaki tangga ke tingkat atas .
***
Kepala Mia diusapnya. Wajah pucat Mia dikerling . Tersengih - sengih sahaja dirinya daripada tadi memerhati Mia. Jarinya dilarikan ke sekitar wajah Mia .
Sayang , abang bahagia sangat , desisnya .
"Doc , how my wife ? " soal Mikael panik . Doktor tersebut hanya tersenyum - senyum . Dah kenapa ni ? Tak nampak ke aku risau gila sekarang ni ? Boleh pulak tersenyum - senyum macam tu . Ada jugak yang kena luku kepala lepasni .
"Keep calm . Your wife was fine and –– " kata - kata doktor tersebut dipintas Mikael . Tak menyabar betul !
"And what doc ? " loading betul doktor ni , tak faham ke yang aku punya risau tahap maksimum ni .
"Like i said before your wife is fine and the babies are fine too. Alhamdulilah. Just –– " kata - kata doktor dipintas lagi oleh Mikael.
"What ? Babies ? "
"Ya babies . Your wife is pregnant three month , Datuk Mikael Anaqi. " kenapa susah sangat faham si Datuk ni?
"Alhamdulillah . " Mikael memanjatkan syukur yang teramat . After all this finish , allah bagi hadiah yang tak ternilai kepada aku ! Air matanya mula mengalir deras . Tak tahu nak cakap macam mana, happy sangat ! Tak sangka ada dua insan bernyawa hadir didalam rahim isterinya.
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomanceFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...