Sepanjang berjalan diatas jambatan yang dihias cantik itu, Mikael memimpin erat jemari Mia. Kamera Canon yang tergantung dilehernya diambil . Mikael mengambil beberapa gambar ketika Mia ralit memandang pemandangan disitu. Terbit sengihan ketika melihat kembali gambar yang diambil olehnya. Tak pernah tak cantik ! Mybe kali ini kerana orang dalam gambar memang cantik .
"Abang ada simpan gambar awek eh ?" soal Mia . Sudah sepuluh minit dia memerhati Mikael yang tersengih - sengih memandang kameranya . Cemburu pula kita tau !
"Ada . " selamba Mikael membalas . Dia tergelak kecil . Mia cemburu !
"Suka hati awak la ! " Mia membawa diri ke kerusi yang berada tidak jauh dari mereka . Mikael tidak dihiraukan .
"Sayang nak pergi mana ?" soal Mikael . Cepat - cepat dia mematikan kameranya . Kakinya mengikuti Mia dari belakang . Mia merajuk .
"Nak pergi jauh dari awak !" balas Mia geram . Dah ada awek, sibuk je ikut kita .
"Dah tak sayang abang ke ? " lengan Mia dicapainya . Dia memberhentikan langkah mereka. Mia yang sedang mencebirkan bibir dipandangnya . Macam itik !
"Mengata saya la tu " serkap Mia . Lengan Mikael ditolaknya . Bibir dimuncungkan lagi .
"Haip,tak baik tuduh suami ." pelukan dilengan Mia , dieratkan . Comel betul, isteri siapa ni ?
"Ma....."
Cup !
Mikael mengucup bibir Mia . Manis . Rasa strawberry .
"Awak ! " jerit Mia perlahan . Suka betul ambil kesempatan dia ni sekarang !
"Abang ingatkan sayang muncung macam tu suruh abang cium " ujar Mikael selamba . Kamera Canonnya dibuka kembali. Gambar Mia yang sedang marah diambilnya. Kalau boleh semua reaksi muka Mia nak diambil . Masa marah, merajuk , mengada, manja , m...
"Boleh lagikan berangan plus ambil gambar Mia masa marah ?" soal Mia. Mikael yang tersengih - sengih dipandang geram .
"Sayang jum , duduk sana " Mikael mengalih topik .
"Saya memang nak duduk situ pun , awak yang halang saya tadi " ujar Mia bengang. Laju punggungnya dilabuhkan diatas kerusi tersebut . Rasa tenang je bila tengok sungai ni .
"Sayang nak tahu something tak ?"
"Tak nak !" laju Mia membalas . Masih dalam rajuk .
"Betul ni ?" sakat Mikael .
"Cakap je la ."
"Tadi kata tak nak. " usik Mikael.
"Suka hati awak la " Mikael yang berada disebelahnya dihiraukan .
"Okey - okey . Sayang ni period ke ? Rasanya tak sebab semalam ki..." mulut Mikael ditekup oleh Mia .
"Abang !"
Mikael tergelak . Ya allah , comel betul bini aku ni !
"Okey - okey , abang serius "
"Hmm " balas Mia malas .
Jari jemari Mia ditautkan bersama jari jemarinya . Badannya dialih berhadapan dengan Mia.
"Sayang , abang betul - betul rasa bertuah sangat sebab dapat memiliki Mia, bukan sekadar jasadnya sahaja tetapi hati . Terima kasih sebab sayang tak pernah mengeluh , merungut menjadi seorang ibu dan isteri kepada abang dan Ayrin. Sayang betul - betul nyawa abang sekarang. Abang tak pandai menjadi lelaki yang selalu bercakap manis setiap hari, tapi bila abang luahkan. I really meant that. Abang tak pasti bila abang rasa macam ni. Mula - mula abang ada juga nafikan. Tapi abang tak boleh tolak takdir dan rasa yang macam ni sebab allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Abang betul - betul cintakan sayang. Abang akan luahkan sesuatu bermakna apabila saat - saat tersebut buat abang rasa happy, feel more love in you and ya abang rasa bersyukur sebab abang cintakan isteri abang sendiri. I love you, sayang " dahi Mia dikucup lama oleh Mikael. Ya allah, kau kuatkanlah ikatan kami.
Laju Mia mendakap erat Mikael. Sungguh dia terharu . Air mata yang mengalir , dilapnya . Rasanya seperti dia bermimpi . Lelaki yang dia minati ketika pertama kali dia bertemu mencintai dirinya . Ya allah, terima kasih . Seperti harinya selepas ini akan lebih bermakna.
"Welcome abang. Mia tak boleh nak balas setiap perasaan abang. Terlalu bermakna dalam hidup Mia. Thanks for everything . I love you too abang. " balas Mia dalam sendu. Pelukan dieratkan . Mikael miliknya seorang .
"Hey , kenapa nangis ?" soal Mikael . Wajah Mia didongaknya. Air mata Mia dilap . Titisan air mata Mia terlalu bermakna buat dirinya . Kameranya dibuka kembali.
"Sayang, senyum "
Mia tersenyum sedikit. Layankan sahaja, Mikael yang suka mengambil gambar .
Klik !
Mikael tersenyum . Gambar Mia di dalam kameranya ditenungnya . Nice !
"Sayang , jom balik . Mesti sayang penat seharian berjalan hari ini " ujar Mikael . Pinggang Mia dipeluknya . Bahagianya !
"Okey jom "
****
"Tok ma " seru Ayrin . Datin Aisyah yang sedang memasak direnungnya.
"Iya, sayang. Ayrin lapar ya? " tanya Datin Aisyah. Tangannya lincah memasukkan garam dan gula ke dalam kuali.
"Ayrin tak lapar tok ma . Ayrin rindu mama dan papa " kepala ditongkatkan diatas meja. Sunyi pula tiada mama dan papa di sisi .
"Esok , mama dan papa Ay balik kan ? So, Ay sabar ya ?" pujuk Datin Aisyah . Api ditutup apabila masakan sudah masak . Ayrin yang melentokkan kepala di atas meja dihampirinya .
"Okey. Tapi kenapa bila Ay Skype papa , dia tak angkat pun ? " ipadnya ditekan - tekan. Mikael yang mengajarnya menggunakan Skype , oleh kerana Mikael banyak urusan diluar negara . Jadi untuk melepaskan rindu , mereka hanya ber 'skype' .
"Papa busy Ayrin . Nanti kita cuba Skype papa lagi ya ? Sekarang Ay ada misi lebih penting. " Datin Aisyah mengelus lembut rambut Ayrin .
"Apa ?"
"Rasa resepi baru tok ma ! "
"Boleh , boleh " balas Ayrin ceria . Ipad ditutupnya .
"Tok ma pergi ambil dulu ya ." Datin Aisyah mencedok masakannya .
"Malam nanti kita Skype papa ya tok ma " ujar Ayrin .
"Okey little boss "
________________
Keep vote and comment for next update.
820wrds√
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomanceFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...