[8]

8.8K 269 0
                                    

Wajah Datin Aisyah dicari di dalam restoran yang dijanjikan oleh mereka untuk berjumpa. Mikael juga tak pasti kenapa tiba-tiba sahaja Datin Aisyah ingin bertemu dengannya.

"Sorry aunty, Mikael lambat sikit. Ayrin buat hal tadi. " terus sahaja Mikael duduk di kerusi dihadapan Datin Aisyah. Datin Aisyah banyak menolongnya dalam hal syarikat yang dibangunkan olehnya.

"Tak apa. Aunty pun baru sampai ." Datin Aisyah tersenyum.

"Kita order dulu ya. " Mikael memanggil waiter .

Selepas selesai memesan makanan dan minuman, terus sahaja Mikael bertanya.

"Kenapa aunty tiba-tiba nak jumpa Mika ni? Ada nak Mika tolong aunty apa-apa mybe?"

"Actually, aunty memang nak Mika tolong aunty. Tapi aunty memang berharap sangat Mika setuju sebab aunty berkenan dengan Mika. " ujar Datin Aisyah. Ya,dia memang berharap sangat yang Mikael menjadi menantunya. Tak tahu pula yang anaknya kini , memberi peluang yang besar untuk Mikael menjadi menantunya.

Sudah lama dia kenal dengan Mikael. Dialah yang selalu membantu Mikael dalam hal bisnes yang dibangunkan oleh Mikael kini. Dia juga tak sangka yang Mikael kini menjadi jutawan diusia muda. Single pula tu.

"Hah? Berharap? Berkenan? Tak faham la aunty " Mikael menggaru kepala yang tidak gatal? Takkan aunty ada hati dengannya? Ish, tak tak! Habis Dato Mukhlis nak letak kat mana? Pelik. Pelik.

"Mikael sudi tak kalau aunty nak Mika jadi menantu aunty? " Datin Aisyah berkata serius . Calon menantu pilihannya ialah Mikael.

"Mika er..... " terbantut kata-kata Mikael kerana waiter datang ke mejanya untuk menghantar pesanan yang dipesan tadi.

"Tak apa. Kita makan dulu. Kejap lagi Mika cakap ya. " ujar Datin Aisyah , tersenyum manis.

Mikael rasa seakan-akan sesak nafas tatkala Datin Aisyah berkata yang dia ingin, Mikael menjadi menantunya. Tapi.. Biar betul?

AKU yang baru sahaja ingin hidup dengan aman, dikacau oleh si Hakimi. Aku menjeling tajam Hakimi. Apa yang dia nak lagi pun aku tak tahu.

"Hai, Mia! " sapa Hakimi ketika dia melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Mia.

"Apa yang kau nak? Aku benci la tengok muka kau. Kau ni eiii .." Mia bengang. Tak reti malu ke mamat ni? Lepas dia buat aku macam tu minggu lepas, berani lagi tunjuk muka. Sakit hati betulla.

"Kasarnya. Tak apa. I suka. " kata Hakimi dengan nada gatal.

"Suka hati kau la. Dasar lelaki tak guna! " tengking Mia seraya bangun dan terus berlalu pergi. Memang betul-betul tak guna!

"Oh, kau makin garang dengan aku ya, Mia. Aku dah cakap, selagi kau bukan hak siapa-siapa ,aku akan terus kejar kau. " bisik Hakimi. Dia agak malu sebenarnya sebab Mia menengkingnya ditempat awam, ramai juga student pandang ke arahnya tadi.

Mia masuk ke dalam kereta dengan geram. Sakitnya hati aku! Stereng kereta di pegang kuat. Geram sangat-sangat!

Tiba-tiba ada notification dari iphonenya berbunyi.

Mia membuka aplikasi Whatsappnya.

2 messages from Mikael.

Apa yang Mikael nak?.

Hubungan aku dengan Mikael agak rapat kebelakangan ini kerana Ayrin betul-betul sangka yang aku mamanya. Kena selalu la jumpa dengan budak tu. Lagipun aku dah mula sayang Ayrin macam anak aku sendiri.

Mikael :
Mia, awak ada class ke sekarang?

Mikael :
Reply chat saya bila awak habis class ya.


Mikael mesti ingat aku ada class. Aku tersenyum sendiri. Laju jariku membalas chatnya.

Me:
Class baru je habis. Kenapa ya?

Aku letak kembali telefon di tempat duduk sebelah pemandu. Malas nak tunggu dia balas. Rasa geram tadi telah hilang ketika Mikael menghantar chat kepadanya.

Aku tak tahu kenapa, setiap kali jumpa dengan dia, berdebar sakan. Takkan aku dah jatuh cinta dengan dia? Tak! tak! Dia laki orang la. Aku bukan jenis suka rampas hak orang lain.

Tapi kenapa Ayrin anggap aku mamanya? Dia tak ada mama ke? Pelik. Nak tanya Mikael ,nanti apa pula dia cakap. Tak nak la. Tak suka busybody.

Notification masuk lagi.

3 messages from Mikael.

Mikael :
Ayrin kata, dia rindu mama dia.

Mikael :
Dia nak jumpa mama dia.

Mikael :
You free tak? Kalau tak free, malam nanti kita dinner boleh? Ayrin miss you.

Anak je rindu? Papa dia tak rindu aku ke? Eh, berangan je kau tahu Mia .

Me:
Jumpa nanti dinner ya? Sy tak free sekarang .

Tipu sunat tak apa mama cakap. Haha . Lagipun aku tak ada mood nak jumpa siapa-siapa. Kesian Ayrin nanti kalau aku tak layan dia. Better aku jumpa malam nanti.

_____

695wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now