[24]

10.8K 342 3
                                    

Mia yang lena beralaskan lengan aku, ditenung. Pinggang aku macam tak nak lepas je budak ni. Aku mengusap lembut lengan Mia. Jatuh cintakah aku dengan gadis ini? Aku sendiri masih belum ada jawapannya. Bibir dia buat aku tak tahan , seksi betul. Sabar Mikael, sabar.

Rambut Mia yang menutupi wajahnya, aku selitkan ditepi telinga. Laju bibir aku mendarat didahinya. Tenang sahaja yang aku rasa.

"Sayang, wake up.  " lembut aku menyedarkan Mia dari tidurnya. Pipinya aku usap lembut. Macam pipi Ayrin masa baby, lembut je.

"Sayang, Wake up. Kita ada flight pagi ni sayang. " jari aku bermain disekitar wajahnya. Mia menjauhkan wajahnya dari aku. Marah barangkali orang kacau dia punya tidur.

"Better sayang bangun sebelum abang buat something " nakal Mikael mengusik. Susah betul nak sedar Mia ni kalau tidur. Nampaknya masih lena makcik ni. Aku mendekatkan jarak wajah aku dengan Mia. Hembusan nafas Mia dapat aku rasai. Tinggal tunggu nak bertindak je ni.

Laju Mia bangun terduduk. Mikael tergelak kecil.  Melepas aku ! Nak morning kiss pun tak boleh ke?

Wajah Mikael direnung oleh Mia. Suka betul usik - usik orang Mikael ni !

"Morning little sweety ." ujar Mikael,dengan tersenyum manis . Badannya disandarkan dikepala katil. Mia yang sedang memerhatinya , dipandang . Marah - marah pun comel makcik comel kat depan ni .

"Abang ni .." Mia menumbuk dada Mikael perlahan . Tak nak kasar - kasar , kesian cik suami nanti.

"Apa sayang ? " tangan Mia aku capai sebelum Mia menariknya .

"Suka usik Mia tau ." ujar Mia , nada tidak puas hati .

"Kalau tak usik little sweety ni ,nak usik siapa lagi ? Bakal madu Mia ? Macam tu ? " tanya Mikael , gatal. Sengaja menanya soalan yang paling perempuan benci .

"Ada hati nak pasang dua eh !" serkap Mia . Suka betul main madu - madu dia ni . Kita ni sensitive tau kalau bab - bab tu .

"Ishh, tak . Nak jaga makcik comel kat depan ni pun dah tak larat ,mahu pasang satu lagi ? Mintak jauh okey ! " selamba Mikael menuturkan ayatnya. Cincin kahwin dijari manis Mia, dipusing - pusing . Sesuai betul dengan jari Mia .

"Betul ni ? "

"Betul sayang. "

"Eh wait , awak panggil saya apa tadi ? Makcik ?" soal Mia ,tidak puas hati . Suka suki je panggil kita makcik . Kita masih muda okey !

"Betul la tu.  Cuma Mia tertinggal .. "

"Tertinggal apa ? "

"Comel " Mikael gelak .

"Awak ! " rengek Mia. Makin geram kita .

"Pergi mandi . Pukul 9 ada flight . " arah Mikael dengan ketawa yang masih bersisa . Layan makcik comel ni,esok pun belum tentu habis !

"Apa kena mengena dengan Mia pulak ? "

"Our flight sayang ."

"Kita nak pergi mana? " tanya Mia . Pelik betul . Tiba - tiba je .

"Honeymoon ." lembut Mikael membalas .

"Buat apa pergi honeymoon? " soalnya lagi . Masih blur .

"Buat anak !" laju Mikael mengucup bibir Mia dan terus berlalu masuk ke tandas. Slow betul bini aku ni .

Tergamam Mia sendiri . Honeymoon? Buat anak ? Maksudnya ? Eh jap . Jangan cakap yang aku ...

"Mia cepat siapkan baju abang . Abang dah tak sabar ni ." tempik Mikael dari tandas lalu tergelak besar.

"Ish , bikin malu aku je mamat selamba ni " gumam Mia perlahan !

                               ******
"Mama, papa ay nak ikut.. " rengek Ayrin dalam dukungan Mikael. Leher Mikael dipeluk erat . Aku hanya diam dan menolak bagasi aku masuk ke dalam airport. Kesian betul anak mama, tak boleh ikut.

Mikael ralit melayan kerenah Ayrin . Last Ayrin buat hal, masa kat tadika . Masa tu, Mia yang tolong pujukkan. Kali ni buat hal lagi,nak ikut aku dan Mia ke honeymoon. Kalau bawak budak ni sekali,bukan honeymoon namanya. Aku mengeluh.

Ayrin, aku turunkan dari dukungan. Laju kaki Ayrin merapati Mia yang berada dibelakang. Kaki Mia dipeluk dan kembali merengek. Mia menghulurkan bagasinya kepada Mikael.

Ayrin didukungnya. Air mata dilap. Habis basah shawlnya . Jam aku lihat sekilas. Ada lagi 20 minit sebelum berlepas. Macam mana aku nak tinggal Ayrin, kalau macam ni dia punya ragam? Mesti aku akan rindukan budak kecik ni.

"Sayang , mama dan papa pergi sekejap je. Nanti lepas tiga hari mama dan papa balik okey? " pujuk Mia. Dahi Ayrin diciumnya sekilas.

"Kenapa Ay tak boleh ikut? " tanya Ayrin dalam sedu. Wajahnya disorokkan didada Mia. Belakang badan Mia dipeluk erat.

"Mama bukan..... "

"Eh, Mia ? " Tegur seseorang, laju Mia menoleh . Jangan cakap yang milik suara tersebut ialah...

Hakimi ?

Apa dia buat kat sini ? Mikael ralit berbual - bual dengan client yang menelefonnya aku pandang sekilas. Harap - harap, Mikael tak perasan.

"Mama ..." rengek Ayrin . Soalannya belum dijawab oleh Mia.

"Wow ." Hakimi menepuk  tangan beberapa kali.

"Kau nak apa? " tanya aku kasar. Ayrin yang dalam dukungan aku, aku peluk erat.

"Tak sangka aku , kau ni perempuan yang macam ni. " sinis Hakimi berkata.

"Apa maksud kau? "

"Perempuan jalang "  Hakimi menghina. Tak sangka perempuan yang aku sayang, aku gila - gilakan rupa - rupanya dah ada anak. Entah - entah anak luar nikah!

"Kau jangan melampau Hakimi " suara aku naik seoktaf . Tiba - tiba jumpa, hina aku pulak . Aku tak faham betul la dengan mamat pscyho ni .

"Sayang, kenapa ni ? " tanya Mikael . Lelaki yang berada dihadapan Mia, ditenung tajam. Siapa mamat ni ? Kenapa Mia marah sangat dengan mamat ni ?

"Wah , wah, wah . Tak sangka aku perempuan macam kau sanggup gadai maruah demi jutawan ni " sindir Hakimi. Cemburunya mula menguasai. Patutla  kau reject aku Mia, rupa - rupanya kau nak suami yang kaya - raya. Licik betul.

"Behave your words Hakimi ." Mia memberi amaran . Marahnya makin menjadi - jadi.

"Lagipun kau lupa apa janji kau dulu? " sambung Mia. Mia tersenyum sinis. Tak sedar diri betul. Aku kahwin ni semua sebab mamat gila ni.

"Janji apa? " soal Hakimi . Suaranya tidak sesinis tadi.

"Kau tak akan kacau life aku kalau aku kahwin . So ya , sekarang aku dah kahwin. Kau kena ingat aku kahwin ni pun semua sebab KAU ! " perkataan 'kau ' ditekan oleh Mia .

"Mia . Jom . Kita nak berlepas dah ni ." ujar Mikael setelah lama memerhati . Hatinya kuat ingin mengetahui hubungan Mia dengan lelaki yang berada dihadapannya sekarang ini . Macam ada something wrong .

"Tolong sedar diri sikit. " Mia memeluk lengan Mikael sebelum mereka melangkah ke kerusi di bahagian menunggu. Ayrin tertidur didalam dakapannya. Macam mana reaksi Ayrin bila dia bangun nanti aku dan Mikael tak ada kat sini?

"Mama,  papa. Mia dan Mikael pergi dulu. Tolong tengok - tengokkan Ayrin ya? " ujar Mikael . Ayrin yang tertidur dalam dukungan Mia diambil dan diserahkan kepada papa. Kesian bini aku , mesti lenguhkan tangan dia ? Si Ayrin ni bukan ringan , boleh tahan berat jugak .

"Iya . Nanti mama dan papa jaga cucu kitaorang ni . Jangan risau . Bawak balik cucu baru tau . Jangan lupa ." balas Datin Aisyah . Wajah Mia merona merah. Mikael dan Mia menyalami kedua - dua ibubapa mereka sebelum memasuki balai pelepasan . Wajah Ayrin dicium bertalu - talu oleh Mia . Kesian anak mama . Nanti mama beli coklat ya .

"Tak apa, kalau rindu Ayrin. Cium je abang . Sama je kan ?" ujar Mikael ketika memasuki balai pelepasan . Perut Mikael dicubit lembut oleh Mia . Suka tau usik orang . Mikael ketawa .

____________

Keep vote and comment.

1102wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now