[21]

11.1K 340 0
                                    

Jari jemari Mikael digenggam erat. Nervous. First time jadi tumpuan orang ramai. Pintu besar dewan terbuka. Karpet merah ditengah - tengah dewan akan dilalui olehnya sebentar lagi. Nasreen menjadi pengapit aku hari ini. Itu pun atas kemahuan aku. Pada mulanya, Nasreen menolak sekeras - kerasnya. Katanya malu. Dia pun tak sangka yang aku kahwin dengan jutawan muda Malaysia.

"Ready? " pertanyaan Mikael mematikan lamunan aku. Aku senyum sedikit. Kepala diangguk perlahan. Jari jemari Mikael yang aku genggam dibalas oleh Mikael. Dia mungkin dah biasa rasa macam ni. Nampak cool je muka dia.

"Rileks okey. I will always stay by your side. " katanya dengan tersenyum manis. Ok, aku mengaku. Laki aku memang hensem. Aku membalas senyumannya. Nafas ditarik perlahan.

Jari jemari aku ditarik untuk menyamakan kedudukan kami. Aku hanya menurut. Mikael dah warning awal - awal yang aku tak boleh tunduk bila masuk dewan. Aku membalas senyuman para tetamu yang hadir.

Ramai orang - orang yang ternama , semua dari client Mikael. Flash kamera tak henti - henti berkelip mengambil detik - detik bahagia kami. Bahagiakah aku? Ya, selama aku jadi isteri Mikael, aku bahagia sangat.

Mata aku tujukan ke atas pentas yang digelapkan. Apabila kami sampai ditangga pertama untuk naik, satu persatu lampu di atas pentas dibuka. Aku terkedu. Ya, allah cantiknya ! Tak lepas aku melihat pelamin yang bertemakan warna royal blue tersebut.

"Sayang, okey tak? " Mikael tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. First time tengok.

"Very beautiful and nice Mikael !" ujar aku . Boleh dia tanya okey ke tak? Terlebih okey tahu tak !

"Everything for my lovely wife " kata Mikael, belakang tapak tangan aku diciumnya. Romantiknya awak !

"Shall we? "

Aku mengangguk. Kerusi yang dihias di atas pelamin agak besar. Dah aku terkedu lagi sekali yang Ayrin juga turut bersanding bersama. Patutla besar semacam . Rupanya Ayrin turut duduk disitu. Ayrin, Mikael dudukkan ditengah - tengah.

"Hai, mama! " badan aku Ayrin peluk. Rindu punya pasal sebab semalaman aku tak dapat jumpa Ayrin.

"Hi, princess mama !" pelukan Ayrin aku balas.

***

Banyak gambar yang kami ambil hari ini. Aku? Nak tercabut mulut asyik kena senyum je. Sepasang tangan yang melingkari pinggang aku, aku biarkan. Bau dari pemilik tangan pun, aku kenal sangat. Satu hari dia asyik peluk pinggang aku je, mulanya segan juga. Bila lama - lama, aku jadi terbiasa.

"Hi, sayang. " sapa Mikael. Aku pun tak faham kenapa Mikael pelik sangat hari ini. Tak macam selalu. Dia selalu panggil aku sayang masa mengusik aku je. Tapi hari ini tak, sepanjang masa majlis panggil sayang je.

"Penat eh? " bisiknya rapat ditelinga aku. Naik bulu roma aku.

"Sikit " jawab aku pendek. Tangan Mikael yang berada dipinggang aku, aku usap lembut.

"Let me massage you. " bahu aku diurutnya lembut.

"Awak, stop it. Geli la. " tangan Mikael aku ambil. Badan aku pusing menghadapnya.

"Jangan goda saya, sayang. " bisik Mikael , nakal.

"Tak ada masa nak goda, okey. " Mikael, aku jeling. Tak ada manja - manja, tajam punya.

"Amboi, sayang buat saya rasa macam nak terkam sayang sekarang tau. " sengih Mikael, kerang busuk.

"Kenapa awak tak cakap yang awak ni, Dato' Mikael Anaqi, hm? " usikan gatalnya aku hiraukan. Soalan yang dari tadi aku ingin bertanya, aku soal. Mulanya pada majlis tadi, aku juga terkejut kerana aku mendapar title 'Datin', sama macam mama. Aku rasa, macam diri aku ni dah tua tau tak ! .

"Sayang yang tak pernah tanya. " jawabnya selamba.

"Macam mana saya nak tanya kalau saya sendiri tak tahu yang awak ni jutawan muda Malaysia? " aku memerli Mikael. Perutnya aku cubit.

"Yelah - yelah. Sorry. Datin Mia Adreena. " Mikael ketawa. Suka kenakan aku ya !

"Jangan panggil macam tu. Sound like old. " aku mencebirkan bibir.

"Okey - okey. Better sayang simpan bibir sayang before i stole it again. " usik Mikael lagi.

"Eee, suka main - main ya ! By the way, Ayrin mana ? " aku mengalihkan topik . Si Mikael ni, pantang ada peluang. Asyik nak menyakat aku je kerja part time dia.

"Dia tidur dengan mama. She said ,nak kasi space untuk kita kasi adik dekat dia ."

Menyesal tanya ! Kan, aku dah cakap . Menggatal , menyakat , mengusik , memang kerja part time dia bila duduk berdua dengan aku .

"Eee benci la awak ni ."

"Benci tandanya cinta . Haha ." Mikael gelak besar. Suka betul dia kan ?

"Actually.. "

"Actually apa sayang ?" kata - kata aku dipotong Mikael. Ei ,makin geram pulak aku ! Mikael tahan ketawa , melihat muka aku bengang dengan dia. Takut punya pasal.

"Awak !" jerit aku geram.

"Sorry - sorry. Okey tak kacau dah. Habiskan ayat sayang tadi. "

"Saya tak percaya yang lelaki pilihan mama ialah awak. Saya betul - betul tak percaya ! "

"Saya juga. Tapi tak apa. Kita sama - sama mula semula ya hubungan kita. The mother choice always right. Ayrin really love you, don't leave my princess ya ? " serius Mikael berkata. Jari jemari Mia dikucupnya.

"Inshallah. Saya takkan tinggalkan Ayrin. Dia nyawa saya sekarang. " ikhlas aku membalas kata - katanya. Ya, aku tak boleh bila Ayrin tak ada dengan aku. Rasa macam diri aku tak lengkap.

"Thank you very much sayang. " dahi aku Mikael kucup. Rasa selamat dan dihargai bila dia buat macam tu.

"My pleasure, awak. " aku tersenyum manis.

"Apa awak - awak? " suara Mikael tegaskan.

"Awak, awaklah. "

"No more awak lepasni. " Mikael membuat muka bekunya. Benci betul tengok.

"Kenapa pulak? "

"Call me abang. If tersasur panggil awak. Sayang akan didenda. Remember that !" tegas Mikael mengarah. Suka betul arah - arah dia ni.

Mikael bangun , tuala diambil .

"Awak eh abang nak pergi mana ?" naif aku bertanya .

"Mandi. Nak join ?" usik Mikael ,nakal.

Aku tepuk dahi. Macam mana boleh tanya macam tu?

"Tak nak !" laju aku menjawab. Gerun pulak tengok muka miang Mikael.

Mikael tergelak kecil. Mia ,you make my day beautiful .

_____

Keep vote for next update.

913wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now