[16]

9.9K 297 0
                                    

" Mikael Anaqi Bin Megat Arif " ujar tok kadi.

"Ye saya. " sahut Mikael. Berdebar. Nervous. Takut. Semua menjadi satu. Lagi lima saat, dia akan sah menjadi seorang suami.

"Aku nikahkan dikau dengan Mia Adreena Binti Mukhlis dengan mas kahwinnya 10dinar. "

"Aku terima nikahnya Mia Adreena Binti Mukhlis dengan mas kahwinnya 10dinar. " lancar Mikael menjawab.

"Sah? " soal tok kadi kepada wali-wali yang terdapat di situ.

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah " ucap tok kadi tersebut lalu membaca doa .

Alhamdulillah, dengan sekali nafas sahaja Mia Adreena sah menjadi isteri dan mama kepada anaknya, Ayrin Maisarah.

Setelah selesai Mikael membuat solat sunat syukur. Terus Mikael merapati isterinya.
Mia menggangkat muka untuk memandang suaminya.

"Mia? "

"Mika?" ujar mereka serentak. Terkejut.

"Salam cepat. Kejap lagi nak tukar baju pula. " kata Datin Aisyah kepada mereka. Kenal ke diorang ni?

Mikael menghulurkan tangannya. Mia agak teragak-agak untuk menyambut. Betul ke dia suami aku? Desis Mia .

"Mia " panggilan Mikael mengejutkannya. Memerah muka Mia. Kantoi berangan depan orang ramai. Tanpa was-was, terus tangan Mikael dikucupnya. Kesian encik suami. Mesti lenguhkan tangan dia?

"Mikael, kucup dahi Mia. Nak ambil gambar ni, buat kenangan. " arah Datin Aisyah.

'Ish, mama ni. Malulah Mia. " bisik Mia sendiri.

***

'Alhamdulillah, bersyukur sangat bukan perempuan lain jadi mama, Ayrin Maisarah'. Bisik Mikael. Buaian digerakkan perlahan.

Rupanya, dunia ni kecil je. Sungguh aku tak sangka, Mia adreena ni, orang yang sama dengan Mia yang memujuk Ay di tadika. '

"Thanks Mama, jodohkan Mia Adreena untuk Mikael Anaqi. " kata Mikael perlahan sambil memandang langit yang beransur senja.

"Mika. " panggil Mia perlahan. Sungguh dia, juga tak percaya yang Mikael, suaminya sekarang.

"Eh Mia, come. Duduk sini. " punggungnya dialihkan sedikit, memberi ruang kepada Mia untuk sama-sama duduk di situ.

"Tak payahla. Nak maghrib ni. Jum masuk dalam " ajak Mia. Tak elok duduk luar rumah semasa maghrib. Syaitan banyak.

"Oh. Okay. " pinggang Mia dipeluk dan terus masuk bersama-sama.

Mulanya, Mia agak rimas ketika majlis tadi kerana tangan Mikael tak lepas-lepas memeluk pinggangnya. Lama kelamaan, dia sudah terbiasa dengan kelakuan Mikael tersebut. Lagipun peluk je , bukan cuim or entahlah.

Datin Aisyah yang melihat kemesraan mereka, tersenyum senang. 'Pilihan aku, memang betul-betul sesuai untuk anak aku ' desis Datin Aisyah.

"Kejap lagi turun makan tau. " kata Datin Aisyah kepada mereka. Bukan dia tak tahu, anak dan menantunya belum makan tengah hari. Tetamu ramai sangat, sampai tak sempat makan.

"Okey ma. " jawab mereka serentak. Laju langkah mereka menuju bilik diatas.

****

"Errr.. Mika? "

"Ya? " jawab Mikael. Matanya yang fokus terhadap telefon tadi, dialih melihat Mia yang berdiri tegak sebelah katil king milik Mia.

"Saya tidur mana? " soal Mia, lurus. Eh, ni bilik dia ke bilik aku?

"Sini. " tangannya menepuk ruang luas disebelahnya. Macam-macam la Mia ni. Haih, ingat Mika ni macam suami yang dalan novel ke?

"Boleh ke? " soalnya lagi. Ragu-ragu. Takkan nak tidur sebelah Mikael? Alaaaa, boleh ke? Tak bahaya?

"Mestilah boleh. "

Mata Mikael merenung Mia yang masih ragu-ragu untuk tidur disebelahnya.

"Mia, saya tak kan sentuh awak selagi awak belum sedia. Saya bukan orang yang suka ambil kesempatan. Remember that okey? " kata Mikael lagi dengan nada lembut.

"Okey. " terus Mia melompat naik ke katil. Bergegar katil. Mulutnya tersengih apabila menyedari Mikael yang tak lepas-lepas merenungnya.

Banyak sisi Mia yang Mikael nampak melalui mata kasarnya. Mia yang penyayang, cantik, very sesuai untuk jadi mama, and childish!

'Haih, lepasni aku kena banyak lagi mengenali isteri aku sendiri. 'Kata Mikael didalam hati.

"Awak. " panggil Mia. Tanganya dihulur.

"Apa? " kenapa hulur tangan ni? Mikael blur buat seketika.

"Nak salam. Mana tahu esok Mia meninggal? "

"Err... Memang dah ready nak suruh Mika jadi duda hot ke? " huluran Mia disambut.

Mia menyalami Mikael. Terkedu Mia seketika, bukan selama ini dia duda hot ke? Kalau dia bukan duda, mana mama Ayrin?

"Hey, mengelamun pulak dia. " paha Mia ditepuk perlahan.

"Ada nak tanya apa-apa ke? Muka macam curious something je. " kata Mikael lagi. Jari jemari mereka, Mikael satukan.

"Errr. Esok la. Nak tidur letih. " terus Mia menarik selimut dan menutup matanya rapat. Takut Mikael anggapnya penyibuk kalau bertanya nanti! Better aku tidur!

______

668wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now