[18]

10.4K 293 0
                                    

Mia yang sedang melipat malas baju direnung. Amboi, kemain dia muncung.

"Dah kenapa dengan bibir tu Mia? " usik Mikael. Manja betul bini aku ni.

"Awak, kalau tak pindah tak boleh ke? " pujuk Mia. Mencuba nasib, manalah tahukan, Mikael ubah fikiran ke? Kalau boleh tak nak berpisah dengan mama.

"Kita kena pindah jugak. Jauh office Mika dengan rumah mama. " kepala Mia diusap . Siapa je tak tahan dengan pujukan gadis comel ni? Tetapi, apakah daya..

"Alaaaa. Boleh laaa. " ujar Mia lembut. Tak nak jauh-jauh dengan mama!

"Kalau macam tu, Mia tak payah ikut Mikael la. Nanti hujung minggu, Mika balik. " cadang Mikael. Tak apalah, berkorban sikit demi isteri.

"Errr... Tak payah la. Nanti siapa nak jaga makan pakai Mika dengan Ayrin? " serba salah pula Mia apabila Mikael mencadangkan seperti itu. Baik tak payah nikah kalau macam tu.

"Okey. Ikut Mika balik. Nanti kalau Mia rindu mama, kita balik sini ya? " tangannya lincah membantu Mia melipat kain. Sekali sekala tolong isteri ,tak apa kan?

"Awak. "

"Ya, apa Mia? " soal Mikael. Tiba-tiba je Mia ni, panggil-panggil.

"Terima kasih " ujar Mia perlahan.

"For? " soal Mikael pelik. Tiba - tiba je.

"Terima Mia in your life. " kata Mia ikhlas. Dia bersyukur sangat pilihan mamanya, tidak salah dan bukan macam dia fikir sebelum ni.

"My pleasure. Actually, Mikael pun nak say thanks because Mia sanggup terima Ayrin walaupun Mia still muda untuk lalui semua ni. "

"Macamla Mikael tua! " usik Mia.

"Still muda tau. Teruna lagi. " kata Mikael bersungguh. Dia still fresh lagi. Hehe.

"Teruna? " soal Mia. Pelik. Teruna tang mana anak sorang dah?

"Ye. Kenapa? " kata Mikael selamba. Jap. Kenapa aku cakap aku teruna? Nanti mesti Mia fikir pelik ni. Matilah.

"Ada nak explain apa-apa? " kening diangkat. Mia tertanya-tanya.

"Papa! " panggil Ayrin dari tingkat bawah.

Thanks god ! Ayrin memang penyelamat papa ! , ujar Mikael didalam hati.

"Saya turun dulu. Ayrin panggil. Kemas cepat-cepat tau. " kepala Mia digosok. Terus kakinya keluar dari bilik tersebut. Tenungan tajam Mia menakutkan !

Mia mendengus perlahan. Pandai dia larikan diri ! Ada ubi, ada batas, ada hari kita soal dia sampai jawab !

****

Matanya dari tadi hanya mampu melihat kereta yang berada di atas jalan. Nafas dihembus kasar. Nak masuk sejam dia duduk dalam kereta ni, still tak sampai - sampai jugak rumah dia ni. Mata dialih melihat ke kerusi bahagian penumpang.

Laaa, tidur rupanya budak ni. Patut la macam sunyi je. Kalau masa mula - mula masuk kereta tadi, bising dengan lagu dari ipad dia, baby shark doo doo.

Mata dialih pula melihat Mikael yang sedang fokus memandu. Dia ni, dari tadi senyap je. Aku ada buat salah ke? Biasanya mulut dia, tak habis - habis menyakat aku. Tak boleh jadi ni.

Tangan Mikael di atas riba ditenung. Sengihan nakal terbit. Haaaaa!

"Mia, don't start! " Mikael memberi amaran. Bukan dia tak perasan, Mia dari tadi, pusing ke kiri, pusing ke kanan. Pandang belakang. Cuma malas nak tegur.

"Alaaaa. Awak. Saya bosan la. " rengek Mia. Tau-tau je dia ni, kita nak usik dia. Dia ada mata ke kat tepi muka?

"Tidur. " arah Mikael. Mulut sahaja berkata. Matanya tetap fokus memandang ke hadapan. Kang jadi apa-apa, susah pulak.

"Awa....." kata - kata Mia dipotong.

"Sayangggggggg..  Tidur. " leret Mikael berkata.

Mia terkedu. Tahu pula nak duduk diam-diam.

Mia senyap. Terkejut Mikael memanggilnya sayang. Jantungnya berdebar. Ya, allah perasaan apa ni?

Kereta Mikael membelok masuk ke perumahan elit. Apabila sampai dihadapan rumahnya, punat kawalan jauh pagar rumahnya ditekan. Keretanya diparkir dibawah porch.

Mia terkedu buat kali kedua. Bapak kaya laki aku ni ! Kalah rumah mama.

Pintu kereta dibuka oleh Mikael. Lambat - lambat Mia turun. Mikael tersengih nakal. Senyap pulak makcik ni. Pintu dibahagian belakang dibuka, Ayrin diangkat masuk ke dalam rumah.

"Nah " hulur Mikael segugus kunci. Mia terkebil-kebil.

"Bukak la pintu tu sayang. Berat ni. " kata Mikael setelah melihat Mia masih terkebil-kebil.

Kunci ditangan Mikael diambil. Bikin malu keturunan je kau ni Mia.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Mikael. Cantiknya!

"Cantiknya rumah awak. " gumam Mia perlahan.

"Our house Mia. " ayat Mia dibetulkan. Mia tersengih.

"Awak design sediri ke? " tanya Mia. Ini mesti idea Mikael sendiri. Tengok tuan dia pun dah segak ,benda lain mesti sama segak  macam tuan dia.

"Adalah sikit - sikit. " rendah diri Mikael berkata. Tak nak riak. Memang rekaan didalam rumahnya, semua dari hasil otaknya yang geliga ni. Tapi, tak nak la riak.
"Ouwh. "

"Mia tengoklah dulu. Nak buat jelajah tour pun boleh. Saya pergi ambil beg-beg dulu. " sakat Mikael. Bukan tak faham dengan perempuan , suka sangat meneroka. Lagi-lagi benda yang dia tak pernah nampak.

"Okey. " Mia mengganguk perlahan. Misi jelajah rumah besar encik suami bermula !

_________

759wrds√

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now