Special Chapter Raya (1)

9.9K 270 2
                                    

Walaupun belum rayatapi saya buat awal - awalTakut tak sempat sebab saya nak habiskan CLB secepatnya

Tahun depan nak rest, fokus espiyem .

Apepun,  happy reading guys! 

   ******

Bahu suaminya, ditepuk perlahan . Merlissa anak keempat kami , dikerling . Lena sungguh si kecik ni tidur . Yelah , dah kenyang . Habis je dia memasak makanan untuk mereka bersahur , Merlissa bangun untuk menyusu .

Lega juga kerana , dia sempat habiskan berpantang sebelum bulan puasa . Pandai sungguh anak mama ni keluar . Cukup 40 hari dia berpantang , sehari lepas habis . Dah puasa . Kalau tak , jenuh ganti puasa .

"Abang , bangun sahur . Hari ni dah last sahur , bangunlah " perlahan suara Mia mengejut Mikael yang masih tidur . Risau Merlissa berjaga , meragam pulak nanti .

"Hm ," malas Mikael menyahut . Pinggang Mia ditarik , untuk baring kembali . Tak sedar anak sedang pulas tidur disebelah sana .

"Bangunlah bang . Dah lambat ni , tak pasal - pasal azan kejap lagi . " bisik Mia , lembut . Jarinya dilarikan disekitar wajah Mikael . Tetap handsome walaupun anak dah empat .

"5 minutes ," gumam Mikael . Pinggang Mia dipeluknya erat .

"Okey , 5 minutes . Sayang nak pergi kejutkan Ayrin and twins kejap . Sayang siap kejutkan diorang , abang tak turun lagi . Esok beraya di rumah mama dulu . Titik ," Mia menepuk perlahan pipi suaminya . Kena ugut , baru jalan si suami ni .

"Hei , no way ! ," laju Mikael membantah . Matanya tercelik luas .

Mia menolak tangan Mikael yang masih memeluknya . Layan si papa empat orang anak ni , agaknya tak bersahur dia .

"No way , tak no way . Abang pergi kejut diorang . Sayang tunggu dekat bawah . Give you 5 minutes only !," Mia segera bangun , dah terus laju berjalan keluar. 

"Sayang ! ," tempikan Mikael , meletuskan tawa Mia . Bengang lah tu . Itulah , sekarang kita yang bagi dia 5 minutes balik. Haha .

Tepat 5 minutes yang diberikan , suami dan anak - anaknya mula mengambil tempat di meja makan . Twinsnya dah terletok tidur dimeja . Bukan main lena lagi . Si papa dia , tersenguk - senguk . Haih , nasib anak daranya tidak menurun papa dia . Rajin menolongnya menyediakan makanan .

Bibik - bibik semuanya diberi cuti awal sempena raya . Cuti bergaji . Mulia sungguh hati si suami . Rayyan dan raykal tahun ini dah genap 4 tahun , so papa dia bertegas nak ajar berpuasa dari kecil,  itupun separuh hari sahaja.  Nakal tak usah cakap , jenuh mengemas rumah sejak bibik - bibik cuti .

"Dah makan , lepas solat subuh . Baru boleh sambung tidur . " tegas Mia mengarah si twins . Papa dia , senyap je . Makan pun tutup mata , yelah semalam balik pukul 1 pagi . Mana tak ngantuknya. 

"Dah kenyang ," serentak twins itu menolak pinggan ke depan . Mia memandang . Sikit sungguh makan , kejap lagi mulalah . 'Mama lapar'. 'Mama tak larat'. 'Mama dah nak nazak ni' . Banyak lagilah .

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now