[4]

9.1K 243 1
                                    

               "You're my happiness"

"Papa !" jerit Ayrin , sebelum berlari mendapatkan Mikael yang berada diluar pagar tadikanya . Happy betul dia !

"Princess ! " jerit Mikael kembali sambil memeluk Ayrin. Rindu dengan anak tunggalnya ini. Anaknya yang berusia 4 tahun itu didukung.

"I miss you, papa " ujar Ayrin rapat ditepi telinga Mikael.

"Papa , miss you too baby " kepala Ayrin diusap penuh kasih sayang. Kaki diatur ke kereta lalu diletakkan Ayrin sebelah kerusi pemandu.

"Are you hungry baby ? " tanya Mikael setelah masuk ke dalam kereta .

Ayrin tersengih manja sambil menganggukkan kepala.

"Okay, before kita balik rumah, kita pergi makan dulu. Papa tak larat nak masak hari ni , " kepala Ayrin diusapnya lagi . Sejak dia menjadi seorang 'papa', segala perkara yang dia tidak ambil peduli dulu, semua telah dia belajar. Menjadi papa diusia muda ni banyak cabaran tau. So, carilah saya ! Haha. Okey , joke.

"WEH ! Serius aku cakap , aku dah tak larat nak hadap mamat tu ! " kata Mia , kerusi ditarik dan terus didudukinya. Nafas dihembus kasar. Bengang dengan perangai Hakimi yang tak habis-habis kacau hidupnya. Agaknya mamat tu tak ada life kut , sibuk kacau life orang lain !

"Solution dia senang , kau kahwin je ! " balas Nasreen bersahaja. Setiap hari dia mendengar perkataan yang sama keluar dari mulut Mia. Dan setiap kali itulah dia menjawab dengan jawapan yang sama. Senang kan ?

"Kau ni, asyik jawapan same je kau bagi " Mia mencebir . Tak ada idea yang lagi bernas ke minah ni ?

"Kau pun same je, asyik soalan same je kau bagi. " bidas Nasreen kembali . Mia dijelingnya.

"Yelah-yelah. Aku tak ready lagi la nak kahwin . Awal lagi la plus aku ni muda lagi. Aku belum habis enjoy lagi " balas Mia , agak lemah . Takkan la nak kahwin, umur aku baru 22 bukan 25 lah . Aku belum puas enjoy ! Dan aku belum sedia nak ada komitmen dengan sesiapa .

"Tak ada solution lain , tak nak kasi si Hakimi tu kacau kau. Dia sendiri cakap kan. Dia akan kacau kau selagi kau bukan hak milik orang lain kan ? " nampaknya Hakimi tak pernah main-main apa yang dia cakap haritu.

Hakimi betul - betul kacau Mia . Nak suruh orang cinta dia , cara si mamat tu buat bukan orang makin cinta or suka tapi benci adalah ! Haih , Kimi kau ni harap je ada rupa , tapi akal sendiri pun tak reti nak guna . Macam mana lah , Mia ni nak dekat kau ? Bebel Nasreen didalam hati .

"Ye. Tapi takkan la sampai aku kena kahwin?" keluh Mia. Hakimi betul-betul serius dengannya. Tetapi aku tak ada perasaan kat dia. Eh,

Jap.

Jap.

'Kenapa pulak aku kena balas perasaan dia dekat aku? Simpang malaikat 44 pun belum tentu aku nak kat dia' gumam Mia sendiri. Dia menepuk dahi perlahan.

"Kau kenapa, tepuk-tepuk dahi bagai ni? Berangan nanti first night kau , masa kau nikah dengan Kimi nanti eh? " usik Nasreen lalu ketawa kecil. Kalau ketawa kuat-kuat, malu la. Bukan kat rumah tapi kafe ni. Nanti orang cakap , anak dara tak ada adab pulak , terus kena reject untuk buat menantu . Tak ke rugi tu ?

"Ish, tak payah nak mengarut ! Aku lapar, aku nak pergi tengok cake apa yang ada. Layan kau , esok pun belum tentu aku boleh makan " Mia berlalu pergi . Pipinya berona merah mendengar Nasreen cakap macam tu. Otak biru betul mak cik tu.

"HAI, Mia ! "

Duh , Bala mai dah!

'Kenapa, macam mana, mengapa, why, aku mesti jumpa kau dalam sehari Hakimi? ' gumam Mia perlahan .

"Amboi sombongnya, cik Mia kita ni " ujar Hakimi setelah Mia lama berdiam diri. Makin comel pulak Mia ni sekarang .

"Bila masa pula aku, kau punya? " Mia menjeling. Muak pulak dengar Kimi cakap macam tu !

"Bila ? Awak rasa bila ? Nanti kita kahwin kut . Kalau Mia nak , sekarang pun boleh , " ujar Hakimi , gatal . Seram juga lihat Mia menjelingnya tadi. Tapi ditahan sahaja, demi cintaku untuk Mia.

Pui !

"Tak payah ngada-ngada sangat. Hah, kau nak ape ni ? Tak boleh ke, bagi aku hidup tenang sehari tanpa kewujudan kau ? Makin serabut hidup aku lepas tengok muka kau ! Tolong lah faham ! " lancar Mia membidas. Haa, baru sikit. Kang, kasi keluar semua, buat tambah dosa aku je.

"Sampai hati Mia cakap macam tu kat Kimi, kan ? " kata Hakimi sedih. Direject macam tu je . Malang nasib kau Kimi. Tak apalah , nanti kita buat lagi .

"Tak payah nak berdrama sangat . Kalau kau memang saja nak buang masa aku, aku balik dulu " ucap Mia sebelum berlalu ke kereta. Terasa jauh pula aku parking kereta hari ini. Sabar Mia , sabar .

"Err " belum sempat nak membalas, Mia terus berjalan pergi. Tak apalah, esok ada lagi. Hehe .

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now