[38]

10K 309 2
                                    

Tudung bawal yang terletak elok dikepala dibetulkan untuk kali ke berapa entah. Nervous . Harini first day kerja . Wajah hanya di make up simple . Wajah aku tilik buat kali terakhir mungkin ? Sebab lepasni kena masuk office takkan nak tilik jugakkan?

Mikael melingkarkan tangannya dipinggang Mia dari belakang .

"Hei, kenapa ni ? " soal Mikael , hairan . Daripada tadi dirinya memerhati tingkah laku Mia yang serba tak kena. Sekarang ni termenung depan cermin pulak .

Mia membalikkan tubuhnya menghadap Mikael. Tubuh suaminya dipeluk erat .

"Mia , nervous la abang. Dah lama tak kerja . Rasa macam tak ada pengalaman pulak ." wajah disembamkan ke dada Mikael . Rasa selamat dan tenang je .

"Boss dia baik lah sayang , tambahan hensem pulak tu " kepala Mia diusapnya .

Mia mengangkat kening . Kenapa Mikael naik angin sangat sampai puji bakal boss aku ni ? Biasanya asyik dengki je kalau aku cakap orang lain lagi hensem .

"Dah jom , nanti lambat sayang kena denda dengan boss baru . " tangan Mia ditariknya untuk sama - sama turun ke bawah .

****

"Ingat pesanan abang. Jaga diri, jaga hati , jaga mata ----" kata - kata Mikael disambung Mia .

"Jaga semua untuk abang , am i right ? Abang ni, yang ni dah masuk ke puluh kali abang cakap . Dari semalam lagi . " sambung Mia . Mikael tersengih . Over protective sangat eh? Eh , biarlah . Isteri kita .

"Yelah - yelah . Pergi naik cepat , kang lambat pulak . " ujarnya . Tangannya disalam Mia . Dahi Mia dikucup sekilas .

"Okey . Abang, take care ya . Jangan lupa ambil Mia nanti lunch sebab harini Mia ---"

"Okey - okey . Nanti lunch , cakap sayang mengidam apa . Abang dah lambat ni . " hujung hidung Mia ditariknya . Banyak cakap betul.

"Hehe, bye abang. " fail dan beg tangannya diambil . Pintu Bmw i8 dibuka .

"Bye " setelah melihat Mia masuk dengan selamat , laju kakinya menekan pedal minyak ke parking vvip .

Tudung dibetulkan sekali lagi . Jawatan yang dilekatkan dipintu dibacanya sekilas .

CEO MA Holding .

Bilik tersebut ditutupi dengan kaca berwarna hitam . Memang tak nampak langsung orangnya didalam . Fuh, ni yang makin berdebar ni . Setelah dirinya bersedia , pintu tersebut diketuk . Seketika laungan kedengaran .

"Masuk ! " amboi , garangnya bunyi . Pintu ditolak perlahan .

Terkaku, terkedu , terkejut , ter semua lah .

"Abang ? " ujarnya . Pintu ditutup . Macam mana ----

"Welcome to MA holding,Miss Mia Adreena . " mata dikenyitkan . Bibirnya tersengih nakal.

"Err --- " tak tahu sekarang ni nak rasa apa . Bahagia ? Yelahkan kerja satu syarikat dengan Mikael . Geram ? Ye jugak sebab dia tak cakap pun yang dia CEO tu !

"Patutlah Mia rasa macam pernah dengar syarikat ni , rupanya syarikat abang . But bukan ke haritu bilik abang cuma tutup dengan kaca putih , but why now hitam ? "

Ketawa Mikael meletus . Amboi perasan rupanya bilik aku dah lain , marah betul ni .
Mia merenungnya . Apa yang lawak ?. Sekarang aku tak rasa macam nak kerja , rasa nak lenyek - lenyek je suami aku sendiri . Geram betul .

"Okey - okey , abang serius . Sebab kan lepasni sayang kena eh bukan kena tapi always ulang alik bilik abang, so sayang kena faham yang abang ni ---"

"Abang stop talking and think dirty boleh tak ? " Mia memberi amaran . Menggatal je memanjang . Ayrin , papa Ayrin memang macam ni ke sebelum nikah ?

Mikael ketawa kecil . Makin garang makin seksi isteri aku ni .

"Abang nak terangkan nanti sayang tak faham . Apalah sayang ni . " interkom ditekan . Farhana diarah masuk .

"Ya, boss? " soal Farhana apabila masuk . Isteri Mikael dilayangkan sengihan . Mula - mula macam tak kenal , bila nampak Mikael macam mesra and kedudukan mereka rapat sangat , dia pasti perempuan tersebut isteri tuannya.

Mikael bangun dari kerusinya , pinggang Mia ditariknya untuk berjalan bersama.

"Ikut saya kenalkan our staff baru bahagian lawyer ,merangkap isteri saya , after saya kenalkan , tolong tunjukkan bilik dia ya ? " tegas sahaja suara Mikael , hilang terus aura menggatal tadi . Mia sedikit terharu kerana Mikael tidak lupa tentang statusnya .
"Okey boss . " Farhana mengikut langkah pasangan tersebut dari belakang . Sweet betul boss ni, tak lepas - lepas peluk isteri dia . Dengan staff, bukan main garang lagi .

****
Beberapa orang yang lalu berselisih dengannya pasti menunduk hormat . Rasa macam raja pula . Hormat betul dia dekat suami aku . Janggal pulak rasa bila semua staff buat macam tu .

Matanya tertacap kepada kereta mewah suaminya . Laju kakinya menghampiri . Badan dibolosi ke dalam kereta . Mikael sedang ralit memandang telefon, membaca maklumat yang dihantar oleh clientnya melalui email . Tak sedar ke laki aku ni ? Idea nakal mula keluar .

Mikael dirapati . Bibir lelaki itu diciumnya sekilas . Mikael terpana , perempuan mana pulak berani cium bibir aku ni? Laju wajahnya menoleh .

"Sayang ? Sejak bila jadi nakal ni ? " skrin telefonnya dimatikan . Mia dirapatinya . Kereta dilock terlebih dahulu .

"Err --- , abang yang ajar sayang " kekok dirinya membahaskan dirinya sayang . Wajah diselambakan . Mikael ni kenapa ? Makin lama makin dekat. Kena buat sesuatu ni sebelum Mikael jadi ulat bulu .

"Abang , you touch me , malam ni sayang tak nak layan abang. Tidur sorang - sorang " ujarnya sambil berpeluk tubuh . Salah dirinya juga kerana menggatal tadi .

"Tahu takut , lain kali jangan goda abang. Remember that . Goda dekat rumah je . Kalau dekat sini , masa ni jugak abang terkam sayang, abang tak kesah "

Entah kenapa Mikael ni selalu sangat jadi ulat bulu , malah satu badan . Mungkin musim dia kut ? Mia hanya menjeling , kesah apa kita . Cium pun kata goda , pelik betul .

×××

Vote and comment guys.

Baru sy update laju² okey!

Jodoh Pilihan Mama ! ✔Where stories live. Discover now