Aplikasi Whatsapp ditekan, contact Mikael dicariya . Nafas ditarik dan dihembus perlahan . Apalah kau ni Mia, nak mintak izin keluar dengan Nasreen pun nervous ke? Lantaklah .
Abang :
Abang , Mia nak mintak izin keluar beli barang kejap boleh ? 🙏
Send.
Telefon bimbitnya diletakkan diatas meja kopi . Tidak sampai 5 minit, deringan dari telefonnya kedengaran. Pemanggil dilihatnya sekilas. Dah agak !
Abang calling. .
Panggilan dari Mikael diangkat .
"Assalamualaikum , sayang "
"Waalaikumussalam, abang "
"Sayang nak keluar dengan siapa ni? "
"Nasreen " jarinya digigit lembut . Harap - harap boleh !
"Betul ni ? "
"Betul "
"Okey but ––"
"Apa ? "
"Balik awal "
"No problem , sir !"
Mikael tergelak kecil . Ada - ada je Mia ni .
"Ingat, balik awal. Kalau lambat , ini kali terakhir sayang dapat keluar . Lain kali kena keluar dengan abang je " ugut Mikael . Kalau Mia pergi lama - lama , nanti rindu ! Mengada betul sekarang eh ? Sukahatilah .
"Aip - aip sir ! " balas Mia lalu ketawa kecil.
"Datin Mia Adreena , Dato Mikael Anaqi kena sambung kerja balik . Nak balik awal , jumpa isteri tercinta dekat rumah " ujar Mikael nakal .
Mia tersengih malu . Tercinta ? Walaupun Mikael tiada dihadapannya , tetapi Mikael seakan - akan berada dihadapannya kini !
"Err –––" kelu lidah Mia untuk membalas . Nak balas apa ? Takkan nak cakap Datin Mia Adreena juga tak sabar jumpa suami tersayang dan tercinta ? Uish , buat tambah malu je !
"Abang tahu sayang blushingkan ? Its okey , nanti abang balik abang cium pipi sayang ya " usik Mikael .
"Gatal betul Dato ni " balas Mia , tak boleh bayang jika –––
No ! Buat apa nak bayang ? Erghh , kau dah kenapa Mia ?
"Okey la abang , Mia nak siap - siap untuk keluar ni , abang continue kerja ya "
"Okey sayang . " talian dimatikan . Fuh , jantung ni tak habis - habis berdebar ! Tunggu nak meletup je.
*****
Mata diliarkan ke kedai - kedai pakaian. Tak ada yang menarik hati pun . Tercebir - cebir bibir sebab tiada satu pun dapat menjadi pilihannya setelah 1 jam berjalan di dalam Sogo Mall . Matanya memandang Nasreen yang senyap disebelahnya . Bukan setakat senyap , tersengih - sengih pulak tu tengok telefon ."Hoi " bahu Nasreen ditepuknya . Minah ni, kalau aku tahu tujuan dia keluar dengan aku sebab nak mengadap telefon je baik tak payah ajak keluar . Search nak masak untuk makan malam ni lagi bagus !
"Kau ni , nak bagi aku heart attack ke apa ? " Nasreen mengurut dadanya . Wajah bengang Mia dipandang . Okey, kita tahu apa salah kita .
"Aaa memang , memang nak kasi kau heart attack pon . Biar ––– " badannya dilanggar .
"Aduh , siapa pulak berani langgar aku time - time nak membebel ni ? Tak kena timing betul " bebel Mia, shawl dan bajunya dibetulkan . Wajah diangkat memandang orang yang langgar time - ti–––
"Kau ? " soal Mia . Seakan tak percaya . Dunia seakan berhenti . Nasreen terkaku .
"Mia . "
____________
Short update. Nak continue?
Vote banyak² .
Tolong pesan dekat silent readers sekali ya.
Kalau banyak, esok saya update 🙏😂
That all.
Tq
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomansaFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...