"You're my happiness"
Nasreen yang sibuk memandang telefon , dirapatinya. Semput juga , yelah berlari dari kafe lepas ingat aku ada janji nak jumpa dengan si bff ni.
"Reen, aku betul - betul minta maaf , aku lupa . Khusyuk sangat maki hamun mamat tiga suku tu ,"
"Ye. Aku faham. Lagipun penyakit nyanyuk kau memang tak ada ubat. Nak - nak pulak bila jumpa si Kimi ,"
Mia tersengih . Faham - faham je si bff ni . Makin sayang pulak rasa ! "Sorry eh ,"
"No problem , but kalau lain kali kau buat macam ni , aku merajuk dengan kau sepuluh minit ,"
"Sepuluh minit je ? Aku okey je , kalau sepuluh minit . Jangan sepuluh tahu sudah," usik Mia , sebelum tergelak kecil .
"Aku tak main - main Mia , lepasni kau lambat lagi , aku nak kau belanja aku Boat Noodle . Aku tak kira ," Nasreen membuat muka seakan - akan tegas .
Mia ketawa besar . Tadi cakap nak merajuk sepuluh minit , sekarang nak Boat Noodle pulak . Perempuan gais !
"Mia ! "
Aku pusing kepala untuk melihat gerangan yang memanggilku kini, macam pernah dengar je suara ni.
"Er ye? " Fuh! Dia ni lagi, apa malang sangat nasib aku hari ini. Wahai Hakimi, kenapa kau wujud hah?
" Teman saya pergi lunch boleh? " Duh mamat ni, aku ingat apa lah yang urgent sangat sampai panggil aku, panggil sebab ni je?
"Sorry aku tak boleh. "
"Ples Mia "
"Kau ni memang jenis tak faham bahasa ke ? Aku cakap tak nak , tak naklah . Yang kau nak paksa apesal ? " tempelak Mia sebelum beredar pergi .
"Oitt, teringat kat Kimi eh ? " usik Nasreen apabila melihat Mia jauh termenung . Mia menjeling . Tak ada masa !
KERETA dikunci sebelum kaki Mia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Awalnya anak mama balik hari ni, tak ada class dah ke? " tanya Datin Aisyah selepas melihat kelibat Mia melangkah masuk ke dalam rumah .
"Dah mama , actually class habis awal sebenarnya tadi cuma Mia balik lambat sikit sebab study dengan Nasreen " kata aku sambil berlunjur di atas sofa, lengan aku letakkan di dahi, mataku tutup sebentar untuk menghilangkan rasa letih.
"Ohh, kalau macam tu, Mia pergilah naik ke bilik. Rehat kat bilik eah sayang . Nanti sakit badan tidur atas sofa ni. " Datin Aisyah mengusap kepala anaknya. Letih sungguh anaknya ini.
"Okey ma, nanti makan malam Mia turun eh, sayang mama " Mia bangun seraya mencium pipi gebu Datin Aisyah.
"Mama sayang Mia Adreena juga "
BARU sahaja ingin melelapkan mata, notification yang berbunyi membuatkan aku membuka kembali mata. Telefon di atas meja sisi katil dicapai. Aplikasi Whatsapp ditekan.
2 massage from Mamat Sengal!
Apa yang mamat ni nak malam malam ni?
Mamat Sengal! :
Mia, sory ganggu awak malam malam buta ni. Actually ,tadi sy dah ajak awak keluar tapi awak tolakkn so, esok boleh tak jumpa? Saya nak cakap benda dengan awak.Mamat sengal! :
I hope you agree. 😞Ish, mamat ni, suka melalut malam malam ni. Geram betul aku. Nak pergi ke tak eh? Pergilah mana tahu yang dia nak cakap yang dia takkan kacau aku lagi kan?
To mamat sengal! :
K .Ting..
1 message from Mamat Sengal!
Mati mati aku ingat dia dah tidur,lantak lah esok je la aku bluetick . Lebih baik aku tidur! Lepastu mana la tahu kan mimpi pasal putera yang handsome - handsome ke? Dahi ku tepuk perlahan , 'apa yang kau mengarut ni Mia? '
Setelah lama mencuba untuk melelapkan mata, tetapi hasilnya tetap sama. Tak boleh tidur! Mungkin kesan aku tidur petang tadi. Tubuhnya disandarkan di kepala katil. Matanya tertacap pada Macbook Airnya .
Dah lama tak buka . Macbook diambil , dan dibukanya . Banyak email yang dia dapat . Nak baca rasa malas pulak . Akaun facebooknya , diaktifkan . Banyak betul yang chat . Sama macam email .
Newsfeed dibacanya. Entah , dirinya bosan so , baca ajelah perkara yang membuang masa sehingga dirinya tertidur tanpa menutup Macbook .
Goodnight , world
_____
SORRY HAMBAR.
My first try 😣
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Mama ! ✔
RomanceFirst Romance by Keerul Sarah . Pertemuan yang tidak disangka - sangka oleh mereka membawa mereka ke alam perkahwinan. Paksa? Bagi Mia Adreena tidak sama sekali. Mikael Anaqi hanya menurut kerana terhutang budi terhadap kedua ibu - bapa Mia. Anak M...