Mohon sahabat dapat vote cerita ini jika menarik, terima kasih.
Tajuk : Teja
"Za ... Aku nak ikut,teringin sangat nak konvoi ni,ke Haadyai lagi tu",rayuanku pada teman sepejabat.Zaleha atau senang ku panggil Za, satunya kawan baik aku di syarikat pembinaan yang tuan punya syarikat sekali pun tidak pernah aku lihat sepanjang tiga tahun bertugas di sini.
Sepanjang minggu ini,itu sahaja permintaan rayuan ku pada Za.Alasannya "engkau nak bonceng dengan siapa?sanggup naik dengan orang yang tak kau kenal?silap silap kena tidur sebilik nanti".
Tidur sebilik???aduh ... lambaian Haadyai seakan tidak dapat aku lepaskan,bonceng dengan mamat yang tidak aku kenal satu hal,tidur sebilik???tak sanggup ....biarlah,Za dengan boyfriend dia Aiman,merpati sejoli yang ke hulu ke hilir dengan kawasaki ninja tak habis bayar lagi tu,kadang kadang cemburu aku,dah la single sejak terputus hubungan dengan budak despatch pejabat ni yang hilang berhenti kerja begitu saja.duit hutang aku pun lesap.malangnya nasib ... gumam aku sendirian."Woiii Kathy"sergah Za masa aku berkemas nak balik,hampir melatah aku terkejut.pantas lengan Za aku tampar kerana terkejut.dan kedengaran ketawa Za melihat aku panik.
"Ha nasib kau,esok Aiman bagitau ada motor kosong,nak join tak?tapi aku tak kenal mamat tu,Aiman cakap naik ja,nanti kau tidur sebilik dengan aku,passport kau hidup lagi kan?".
Sepontan jawapan aku "ye ke,bestnya,tercapai gak angan aku Za,terima kasih Za"
"Okey,jangan lewat pagi esok,tunggu di klcc,jam 8 bertolak,isi borang cuti nanti balik aku sain"kata Za sambil keluar dari pejabat.dari luar terdengar jeritan Za"helmet jangan lupa".Bersambung ...
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...