Teja Siri 38

256 15 0
                                    

I

"kenapa Am?"

"aku dah pesan, jangan sesekali masuk ke bilik ini"

Tergamam aku dengan kak Imah bila tiba tiba Am menjerit. Suasana yang sebelum ini sayu dengan kisah yang disampaikan oleh kak Imah, bertukar bila mana Am muncul. Aku amat terkejut dengan sikap Am.

"sabar dik Am" kak Imah cuba memujuk.

"tidak, aku dah pesan, berkali kali aku dah cakap" jerit Am lagi.

Wawa yang muncul kemudiannya, menangis melihat kelakuan Am. Aku pasti dia tidak pernah melihat lagi Am sebegitu. Aku pantas memeluknya ke pangkuan ku. Aku sendiri menggigil ketakutan dengan Am.

"akak cuma hendak tunjukkan pada dik Ti gambar Teja, akak minta maaf dik"

"ahhh, itu aku tak peduli, dia tak berhak untuk melihat semua ini, aku bawa dia ke sini bukan untuk mengambil tahu hal aku" keras dan lantang suara Am memarahi kak Imah. Tertunduk kak Imah dengan kata kata Am. Aku terasa begitu marah bila Am berkasar dengan kak Imah.

Suasana yang bising itu menarik perhatian abang Im yang baru meletakkan kenderaan.

"kenapa ni Am?" tegur abang Im.

"abang, ajar sikit isteri abang ni, hormati sikit hak orang lain" kasar Am menjawab.

"Am..." tegur abang Im lembut cuba meredakan keadaan.

"abang beritahu isteri abang di mana dia tinggal selama ini.."

"cukup Am... Sabar" tegur abang Im lembut lagi, tapi aku pasti dia cuba sedaya mengawal dirinya dari bertindak menjadikan keadaan lebih keruh.

"engkau pun sama, isteri engkau ni dah melampau"

"AMMMMMM..." Jerit abang Im kuat dan ikuti bunyi..... PANGG!

"Abang Im" ... Jerit ku bila melihat
dia menampar Am.

Am yang terkejut dengan tindakan abang Im, berpaling dan bersedia untuk membalas perbuatan abang Im. Aku yang dari tadi tidak mampu untuk berkata kata dan hanya melihat apa yang berlaku bertindak menarik tangan Am. Saat itu juga rantai tangan yang dipakaikan oleh kak Imah tercabut dari pergelangan tanganku.

Am yang melihat rantai tangan itu jatuh di kakinya, perlahan memungutnya. Aku melihat tangannya menggigil, matanya kemudian tepat memandang wajah ku.

"pergi, keluar, semua kamu keluar, jangan kembali lagi, aku tak mahu lagi lihat kamu semua, berambus semua" jerit Am bagaikan kerasukan.

Perlahan tanganku ditarik oleh kak Imah supaya mengikutinya. Aku terkeliru dengan apa yang terjadi. Pada masa yang sama aku melihat abang Im memasuki rumah yang ditumpanginya selama ini mengambil beberapa barangan dia dan keluarganya.

Mereka dihalau keluar? Begitu mudah sekali, kerana kesalahan yang kecil bagiku,hukuman yang tidak setimpal diterima mereka, kerana aku!

Aku melangkah ke arah Am,aku sendiri tidak mengerti apa yang patut aku lakukan. Apa yang patut aku katakan. Ketakutan yang aku rasai sebelum ini, hilang dengan perbuatan Am.

"awak kejam Am, tergamak awak buat semua ini" menggigil aku menahan kemarahan yang muncul bila melihat semua ini berlaku.

"saya yang bersalah, saya yang minta kak Imah menceritakan segala tentang Teja awak itu,kenapa mereka mesti dihukum, siapa awak? Sebab tuan mereka? Awak tahu tak betapa saya kagum dengan cerita awak, betapa saya cemburu dengan arwah"

Am kelihatan terkejut bila aku mendengar aku bersuara.

"awak tahu tak, awak ego, awak hipokrit, konon awak berilmu, tapi qada dan qadar Allah awak tak mahu terima, sedarlah Teja dah tak ada, dia dah meninggal"

Kak Imah yang melihat aku berbuat demikian cuba menghalang aku dari terus bercakap.

"maaf kak,dia ni tak pernah orang tegur dia, sebab itu dia buat apa yang dia suka, walaupun benda yang dia buat tu salah, dengar sini, saya mengagumi dengan sikap gentlemen awak, awak melayan saya dengan baik sepanjang perkenalan kita, saya anggap, bukan saya berharap untuk menyintai dan memiliki awak, saya berharap untuk menggantikan Teja, awak tahu tak! "

Kak Imah memandang wajah ku dengan terkejut bila aku bercakap begitu. Wajah Am juga kelihatan terkejut.

Aku sendiri terkejut bila terlepas cakap menyintai Am. Kak Imah perlahan memeluk ku, dan menarik aku pergi.

II

" dik Ti jaga diri elok elok, bila dah  sampai sana nanti telefon akak ya" itulah terakhir pertemuan aku dengan kak Imah, abang Im dan Wawa selepas kami dihalau keluar
oleh Am. Mereka sekeluarga akan kembali ke kampung abang Im yang terletak tidak jauh dari kota Bangkok menaiki bas. Aku kemudian bersendirian selepas memasuki dewan berlepas, setelah selesai urusan tiket dan imigresen.

Hanya airmata mengiringi perpisahan kami.

Abang Im beberapa kali meminta aku melupakan segala apa yang telah terjadi. Aku sendiri meminta maaf dengan apa yang berlaku. Aku menyalahkan diriku dengan apa yang berlaku, dan abang Im dan keluarga terpaksa hadapi sekarang ini kerana aku.

Tetapi mereka sedikit tidak menyalahkan aku, dan memuji tindakan aku menegur Am.

Wawa menangis dan memeluk erat aku seakan tidak mahu berpisah denganku. Aku meminta kak Imah memberitahunya aku akan kembali menemuinya kemudian nanti.

Perjalanan ini memberi banyak pengalaman dan pengajaran bagiku. Dan aku terus menangis sepanjang penerbangan ku ke KLIA, membawa bersama kelukaan dan kenangan bersama ku.







TejaWhere stories live. Discover now