Ramainya malam ni, aku berbisik sendirian. Aku perasan dari sebalik tirai yang memisahkan saf lelaki dan perempuan ramai jemaah lelaki dari kebiasaan. Begitu juga dengan jemaah perempuan, ada yang memakai purdah yang hanya menampakkan biji mata mereka sahaja.
"Tijah, Za, mari sini dekat mak saf depan ni" panggil ibu bila melihat aku tercari cari tempat untuk menunaikan solat. Bagaikan tersedia dua ruang kosong untuk aku dan Za di sebelah ibu di barisan hadapan saf perempuan di tengah betul berhadapan dengan tirai.
Kemudian imam surau Haji Ali terus mengimamkan solat maghrib.
Begitu merdu dan syahdu bacaan imam Ali seperti kelaziman beliau mengimamkan solat subuh, maghrib dan Isyak. Aku begitu tenang setiap kali dapat berjemaah. Selesai solat seperti yang ibu katakan kelas bacaan Al Quran dijalankan. Ustaz yang mengendalikan kelas pada malam itu menerangkan pada malam ini beliau hendak mendengar bacaan dari setiap jemaah yang hadir. Berbeza dengan pembelajaran yang diajarkan oleh ustazah sebelum ini,di mana beliau akan membaca sesuatu surah dan kami mengikutinya. Surah Al baqarah menjadi pilihan ustaz itu. Aku pasti hanya jemaah lelaki sahaja yang akan membacanya manakala kami jemaah perempuan akan mendengar sahaja sambil melihat Al Quran.
Tidak lama kemudian terdengar bacaan permulaan surah Al Baqarah.
Bismillahir Rahmaanir -Ra-hiim
"ALIF - LAAM- MIIIM"
Alunan suara yang kedengaran amat merdu dengan bacaan mengikut hukum dan tajwid yang tepat. Aku begitu terpesona sekali dan mengagumi dengan bacaan itu. Aku menghayati setiap patah perkataan yang lancar dilafazkan seakan dibacakan secara hafalan. Begitu lancar sekali. Bacaan berganti bila ustaz menyuruh jemaah yang membaca pada awalnya dihentikan dan disambung oleh jemaah lelaki yang lain. Begitulah seterusnya berganti ganti mereka meneruskan bacaan. Za yang berada di sebelah ku juga khusyuk mendengar. Sungguh indah suasana malam itu bila aku melihat Za beberapa menyapu air matanya yang mengalir mendengar alunan keindahan masyaf agung ini.
Tumpuan ku pada bacaan terleka seketika bila kenangan bersama Am melintas di kotak fikiran ku. Aku teringat kembali setiap detik semasa aku memperdengarkan bacaan ayat kursi pada Am. Teguran Am tentang bacaan ku masih segar dalam ingatan ku. Perasaan ku menjadi begitu sayu. Aku cuba menahan air mata ku dari mengalir keluar, namun gagal. Aku hanyut tenggelam dalam perasaanku seketika.
Sehinggalah sampai ke ayat 254 surah Al Baqarah, suara ustaz memberhentikan bacaan kerana telah masuk waktu untuk solat Isyak mengejutkan aku.
Selesai solat Isyak dan doa oleh Imam Ali, aku pun bersedia untuk bangun pulang, tapi kulihat jemaah wanita yang lain masih lagi dalam keadaan duduk. Begitu juga dengan ibu dan Za.
Tiba tiba terdengar suara ustaz berkata dan aku perasan seorang jemaah lelaki yang berada di sebalik tirai di hadapan ku berpaling dan mengadap betul ke arah ku.
"jangan bergerak lagi, tadi kita berhenti di ayat 254,selepas itu ayat 255 adalah bacaan ayat kursi, jadi penutup majlis malam ni, minta seorang wakil perempuan untuk membacanya"
Saat itu juga aku perasan ibuku, Za dan semua jemaah perempuan yang lain terus memandang ke arah ku. Aku menjadi gelabah dan menggelengkan kepala ku untuk menolak. Ibuku kemudian memandang sambil tersenyum padaku dan berkata "Anak mak baca ya sayang, ayat kursi pendek sahaja, lagipun anak mak boleh kan?"
Permintaan ibu amat berat, namun aku tidak mampu untuk menolak. Perlahan aku memandang wajah ibu. Tubuh ibu ku peluk erat kemudiannya, seakan meminta kekuatan ibu untuk aku membacanya.
Aku menarik nafas dalam sedalamnya, dan dengan sedikit gementar aku memulakan bacaan ku. Dengan suara jelas gementar aku melafazkan Bismillah...
Saat aku memulakan bacaan ayat kursi, sekali lagi detik sewaktu bersama Am mengganggu kelancaran bacaan ku. Ternyata aku tidak mampu meneruskan bacaan.
Ibu yang mengetahui apa yang berlegar di fikiranku kemudian memeluk tubuh ku.
"Anak mak, teruskan ya sayang"
Perlahan aku menganggukkan kepala ku, dan memulakan kembali bacaan ku.
Bismillahir Rahmaanir -Ra-hiim
Allohu laaa ilaaha illaa huw, al-hayyul-qoyyuum, laa ta'khuzuhuu sinatuw wa laa na'uum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man zallazii yasyfa'u 'indahuuu illaa bi'iznih, ya'lamu maa baina aidiihim wa maa kholfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai'im min 'ilmihiii illaa bimaa syaaa', wasi'a kursiyyuhus-samaawaati wal-ardh, wa laa ya'uuduhuu hifzhuhumaa, wa huwal-'aliyyul-'azhiim
Alhamdulillah, aku dapat habiskan bacaan ayat kursi, sepertimana yang telah aku pelajari dari Am. Alhamdulillah..
Hening seketika usai aku menamatkan bacaan. Aku sendiri ternanti jika ada teguran dari ustaz berkenaan bacaan ku. Tiba tiba..
"Siti Khatijah"
Tidak itu bukan suara ustaz. Suara itu dari lelaki yang berada di hadapan ku.
"Siti Khatijah" sekali lagi dia bersuara.
Namaku, bagaimana dia tahu namaku? Perasaan ku begitu berdebar. Nafasku semakin kencang. Aku menoleh padaku ibu. Dia hanya tersenyum sambil menggenggam erat tanganku.
"Siti Khatijah"
Suara itu.........
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...