Teja Siri 39

249 12 0
                                    

I

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam ..., ya nak cari siapa?"

"Cari mak saya"

"Siapa nak?"

"Mak saya la, Hajah Mariam"

"Hajah Mariam... Ya Allah Tijah anak mak" jerit ibuku terkejut dengan kepulangan ku secara tiba tiba, apatah lagi aku berpakaian jubah dan bertudung labuh.

II

"Engkau pasti dengan keputusan kau?"

"Ya Za, aku pasti, aku yakin dengan apa yang aku buat"ujarku tersenyum.

Itulah keputusan aku, ya aku akan meninggalkan kota ini. Aku akan meletakkan jawatanku. Biarlah aku membawa segala kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui. Aku tak sanggup lagi meneruskan kehidupan di sini setelah apa yang berlaku. Segalanya aku tinggalkan, aku ingin melupakan segalanya. Walaupun Za meminta aku memikirkan kembali keputusanku, aku tetap tidak berganjak. Dia juga banyak menasihati dan meminta agar aku bersabar bila aku menceritakan segala yang telah terjadi.

Perjalanan menaiki bas melalui lebuhraya ini, mengusik perasaanku, bila mengingatkan perjalanan ku tempohari bersama Am. Aku terbawa melayang akan kenangan sepanjang bersamanya, walaupun aku cuba melupakan segalanya.

Namun setiap kali aku cuba melupakan, makin kuat perasaan resah dan gelisah menghimpit jiwaku. Air mataku tanpa sedar mengalir bila mengenangkan saat pahit dan manis aku lalui bersama Am. Perasaanku mendesak untuk menghukum akan perbuatanmu yang tidak sepatutnya berlaku. Tetapi, naluriku mengatakan sebaliknya. Mungkin aku sepatutnya tidak mengambil tahu tentang Teja. Masih terdengar di telinga ku apa yang diucapkanmu.

"ahhh, itu aku tak peduli, dia tak berhak untuk melihat semua ini, aku bawa dia ke sini bukan untuk mengambil tahu hal aku"

Aku yang salah, memang aku tiada hak, tapi sepanjang aku mengenali mu , nama Teja sentiasa berulang ulang di sekeliling ku. Seakan memaksa aku untuk membongkar siapa dia. Aku sendiri tidak mengerti.

Biarlah aku memulakan semula kehidupan ku. Aku tekad untuk melupakanmu , cukuplah kenangan yang aku lalui bersamamu, akan aku tinggalkan jauh di kota. Aku akan buang jauh segala memori indah bersamamu, aku yakin, Dia maha mengetahui, pertemuan dan perpisahan antara kita tentu ada hikmah yang tersembunyi dalam aturanNya.

III

Alhamdulillah, ibuku amat gembira dengan keputusanku untuk kembali ke kampung dan tinggal bersamanya. Kisah aku dengan Am ku ceritakan padanya. Sememangnya antara aku dan ibuku, susah untuk aku merahsiakan sesuatu. Nalurinya amat mengenali siapa aku. Baik waktu aku gembira atau berduka, pasti ibuku dapat merasakannya. Ibu memberi nasihat agar aku lebih bersabar dan menganggap ia sebagai satu dugaan dari Allah, dan redha dengan apa yang berlaku.

Alhamdulillah, kini rutin kehidupan ku berubah. Awal pagi selepas bersama ibuku solat subuh berjemaah di surau, aku membantu ibuku berniaga di warung peninggalan arwah abah. Tidak terbayang olehku bagaimana keringat ibuku mengusahakan warung ini sendirian semasa aku merantau ke kota. Begitu banyak pelanggan yang datang menikmati sarapan pagi. Aku sangat gembira dapat membantu ibuku.

Selepas solat zohor, kini aku mengambil alih tugas ibuku mengajar anak anak kampungku mengaji Al Quran. Sesekali kenangan sewaktu Am menegur bacaanku membaca ayat kursi menjelma mengusik perasaanku.

Aku juga dapat memperbaiki bacaan Al Quran, bila mengikut ibuku ke surau selepas solat asar dengan mengikuti kelas bacaan Al Quran yang disediakan di situ khas untuk kaum wanita. Seorang ustazah disediakan untuk mengajar kami. Begitu juga waktu malam bila ada ceramah agama diadakan, aku pasti hadir dengan ibuku.

Sesungguhnya aku yakin inilah hikmah terselindung yang diberikan oleh Allah kepada ku di atas apa yang telah berlaku.

Biarpun aku cuba sedaya upaya untuk melupakan Am, tetapi kadang kadang aku seakan merinduinya. Aku tidak pasti mengapa aku masih mengingati dia? Mungkin aku pernah menyimpan perasaan pada dia. Mungkin sepanjang perkenalan kami, dia berjaya mengetuk hati dan perasaanku.

Am, apa khabarmu sekarang? Bagaimana dengan hubunganmu sekarang dengan abang Im dan keluarga? Aku di sini, walaupun sedaya upaya cuba untuk melupakanmu, tetap mendoakan kesejahteraanmu. Aku cuba bertanya khabarmu melalui abang Im atau kak Imah, tetapi setiap kali aku cuba menghubungi mereka, panggilanku pasti gagal. Aku tidak pasti sama ada nombor yang kak Imah berikan tempohari silap aku salin, kerana mereka tergesa gesa beredar selepas menghantar ku ke lapangan terbang.

Aku pernah mencuba untuk menghubungimu, tetapi aku hanya mampu menatap nombor telefonmu di skrin telefonku. . Aku... Tiada kekuatan untuk melakukannya.

Am... Apakah kau masih mengingati ku...







TejaWhere stories live. Discover now