Teja Siri 23

341 21 5
                                    

Dan Am terus membiarkan aku berteka teki. Hanya senyum terukir bila aku mendesak untuk memberitahu apa yang lelaki itu katakan selanjutnya. Perasaan geram aku bertambah bila dia terus membisu.

"Am apa yang dicakapkan, bagi tau la pada Kathy" desak ku lagi. Terus Am membisu dan hanya tersenyum,menambahkan lagi geram aku.Suasana terus hening selepas itu. Betul aku geram dengan sikap Am.

"Kathy" tegur Am bila melihat aku membisu. "Ahh malas nak layan Am ni" desah aku di dalam hati.

"Kenapa? Marah Am ke?" tegur Am lagi. "Ok la, dia tanya Kathy Teja ke?"

Bagaikan peluang terbuka luas aku terus bertanya "Siapa dia Teja, bonda Aisha dan bonda Teh juga menyebut nama Teja, siapa dia Am? Ini surat Am, kenapa Am conteng tulisan Teja ni" lasambil menunjukkan surat itu pada Am

Aku yang selama ini menanti dengan sabar untuk bertanyakan tentang Teja terus hilang perasaan geram aku.

Kemudian Am dengan tenang menjawab "Tujuan Am ke sini berkaitan dengan dia, Am janji Kathy akan tahu segalanya bila kita sampai di sana nanti, buat masa sekarang Kathy sabar dulu"

"Tapi Am" belum sempat aku menyambung Am memberitahu kami telah sampai ke tempat yang hendak di tuju. Kelihatan di hadapan kami papan tanda bertulis selamat datang ke madrasah xxxxxx di bawah tulisan Thailand. Kelam kabut aku mencari tudung yang dihadiahkan bonda Teh sebelum ini dan menutupi rambutku.

Kedatangan kami disambut mesra oleh beberapa orang lelaki berjubah dan berserban. Aku tertanya tanya merekakah yang menziarahi Am tempoh hari. Aku hanya memerhatikan Am berbual dengan mereka. Tidak lama kemudian beberapa orang wanita bertudung labuh turut menyertai mereka. Aku yang asyik memerhatikan mereka tiba tiba terkejut mendengar suara memberi salam.

"Adik, mari turun pelawa seorang wanita"

Aku terpinga pinga terus turun dan wanita itu menarik tangan aku menurutinya ke sebuah dewan. Sempat aku menoleh pada Am yang hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Aku seakan terkejut bila melihat ada ramai anak anak kecil lelaki dan perempuan kemas dan cantik berserban dan berjubah bagi lelaki dan bertudung labuh bagi yang perempuan.

Wanita itu memperkenalkan dirinya kak Hajar ustazah di madrasah itu, sementara anak anak kecil ini adalah pelajar di situ dan kebanyakan adalah anak yatim. Tersentuh hatiku dengan penjelasan kak Hajar Tiba tiba tanganku ditarik oleh seorang anak kecil perempuan. Aku terus duduk sambil dikelilingi anak anak yang lain. Mereka terus bercakap dengan ceria sesama sendiri dalam bahasa thai. Aku terhibur sendiri dengan situasi itu sambil tertanya apa yang mereka cakapkan.

Tiba tiba seorang daripada mereka berkata "Kakak cantik" dan mereka terus ketawa, dan aku turut tertawa bersama mereka mendengar dialek thai yang dituturkan. Dan aku benar gembira dengan anak anak kecil ini. Aku tidak merasa kekok untuk bergaul dan bergurau dengan mereka walaupun kekangan bahasa,sambil diperhatikan oleh kak Hajar.

Sebaik Am melangkah masuk ke dewan, kelihatan wajah anak anak ini begitu gembira seakan mengenali Am. Kedengaran mereka seakan bersorak dan menjerit memanggil abang kepada Am. Berebut mereka bersalaman  dengan Am dan Am melayan mereka dengan wajah gembira.

"Adik, nah kain telekung,tak uzur boleh solat kan, ambil wuduk belakang tu, zohor dah masuk ni, nanti kita jemaah bersama " sambil memberikan kain telekung kak Hajar menunjukkan padaku tempat berwuduk. Tidak lama kemudian kedengaran azan dilaungkan.

Aku bersama kak Hajar, rakannya dan anak anak kecil itu sama sama berjemaah menunaikan solat zohor kemudiannya. Selesai solat kedengaran satu suara membaca doa. Dari celahan kain yang memisahkan saf lelaki dan perempuan yang begitu syahdu dan amat mengasyikkan. Aku dapat melihat Am yang membaca doa tersebut dan mengimamkan solat kami tadi.

Satu perasaan menyerap sanubari ku. Perasaan cemburu, mengapa dia? Bukan aku? ya aku cemburu pada dia. Ya aku cemburu pada.....

Teja!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Teja!

Harap selepas membacanya anda dapat vote cerita ini jika ianya menarik , terima kasih.

TejaWhere stories live. Discover now