Teja Siri Akhir

411 21 11
                                    


"Dik Ti"

Ku kenal suara wanita yang tiba tiba memelukku dari belakang, walaupun wajahnya berpurdah.

"Kak Imah?" aku pasti itu dia.

"Ya dik Ti, kakak ni"

"Mak ni kak Imah yang Tijah ceritakan sebelum ini" aku memperkenalkannya pada ibuku.

Ibuku hanya tersenyum melihat ku.

"Mak dah jumpa dia petang tadi , ada lagi yang lain di sini"

"Yang lain, mak dah jumpa ?" soal ku kehairanan dengan jawapan ibu.

"Semua dik Ti kenal sebelum ini, ada di sini, itu Bonda Aisha, Bonda Teh pun ada, ingat dengan ustazah Hajar? dia pun ada juga, Wawa ada di luar sedang bermain dengan budak kampung, ayahanda semua ada di depan" terang Kak Imah sambil menunjukkan mereka yang berada bersama jemaah perempuan yang lain.

Aku terkaku dan terperanjat dengan kehadiran mereka.

"Apa semua ni kak?" bergetar suaraku menahan perasaan dengan apa yang berlaku.

Seorang demi seorang mereka datang memelukku. Aku hanya mampu menangis, menangis gembira dapat bertemu mereka kembali.

"Siti Khatijah" kali ini suara lelaki itu kedengaran bergetar seakan menahan sebak menegur ku lagi dari sebalik tirai.

Aku memandang wajah kak Imah penuh kehairanan sambil menudingkan jari ku ke arah lelaki itu.

Kak Imah menganggukkan kepalanya dengan tersenyum padaku sambil mengesat air matanya.

Perasaanku berbelah bagi di saat ini. Am kini berada di sebalik tirai.

Lelaki yang pernah aku menaruh perasaan dan harapan terhadapnya. Enam bulan berlalu tanpa sebarang berita. Enam bulan yang aku berusaha untuk melupakan segala kenangan bersamanya. Tidak, dia tidak melukakan aku dengan cintanya. Tapi, aku terluka kerana sikapnya. Dan, kenapa semua mereka berkumpul malam ini? Kini dia berada di sini. Tapi untuk apa? Apa yang dikehendakinya dariku?

"Mak... Za... Apa semua ini mak?" aku meluahkan rasa hati ku yang tidak keruan pada mereka. Ibuku masih lagi tersenyum dengan air matanya yang masih bergenang,begitu juga dengan Za.

Melihat ibu ku tidak berkata, spontan aku bangun. Aku tak pasti apa yang perlu aku lakukan. Aku... Tidak dapat berfikir. Aku buntu! Semua jemaah perempuan yang ada memandang padaku. Aku menoleh pada dia. Pada Am. Aku melihat dia juga turut berdiri.

"Siti Khatijah, maafkan Am"

Terpinga aku bila mendengar dia bersuara.

"Maafkan Am, Am amat menyesal dengan apa yang terjadi"

Aku menjadi amat malu dengan tindakan Am. Ramai memenuhi surau malam ini. Perlukah dia bertindak sebegini?

Melihatkan keadaan ku, ibu bangun memelukku dan berbisik kepadaku.

"Tijah, dengar dulu apa yang dia nak cakap"

"Am bersalah, Am betul kehilangan sesuatu sejak hari itu, Am sombong, Am terlalu mengikut perasaan, kata kata Kathy tempohari menyedarkan Am"

Sunyi menyelubungi surau saat berbicara. Setiap jemaah ku rasakan ternanti Am bersuara. Aku masih lagi terkebil kebil tersentak dengan situasi ini.

"Am kehilangan awak Kathy"

"Betul kata Kathy, dia telah lama pergi, dia tiada lagi, Am yang tidak sedar akan hakikat bahawa dia telah tiada, Am membiarkan ego Am untuk melepaskan dia pergi"

TejaWhere stories live. Discover now