"Tadi abang ada curi dengar perbualan dia orang,dengar nak ke balai polis dulu untuk buat laporan,kemudian baru nak ke hospital,tak silap abang hospital swasta ######,cuba adik cari di sana"seakan memahami perasaan aku,abang itu memberitahu sesuatu yang aku harapkan.
Ya Allah,sesungguhnya engkau mempermudahkan urusan ku walaupun aku lalai dan melupakan mu.
Teringat ilmu yang disampaikan oleh ibuku dahulu.
"Khatijah,kita orang islam kena selalu bersyukur,ibadat yang diperintahkan jangan sesekali ditinggalkan,rezeki murah,kau tengok orang yang tak buat ibadat Allah bagi rezeki juga,duit,harta Allah bagi juga tapi itu namanya istirdaj,kau tahukan istirdaj?"Ya mak,orang tahu,apa itu istirdaj mak dengar ni Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
"Alhamdulillah,pandai anak mak"
Ya Allah ... ampuni aku,sesungguhnya engkaulah maha pengasih padaku.
Bercucuran air mata aku semasa menunggang skuter aku ke hospital swasta ###### yang diberitahu oleh abang tadi.
Berbagai perasaan meresahkan jiwa dan perasaan aku.Juga berbagai persoalan tentang Am berlegar di fikiran.Sehingga aku tidak sedar bila tiba di perkarangan hospital tersebut.
Aku segera ke kaunter pertanyaan.
"Cik saya mencari kawan saya,nama dia Am,itu sahaja yang saya tahu,ada orang cakap dia dipindahkan ke hospital ni pagi tadi,tak silap saya dia patah kaki dan pergelangan tangan,saya baru kenal dia,boleh tak cik bantu saya"panjang lebar aku menerangkan pada kerani yang bertugas di situ.
"Sekejap ye cik saya nak semak"jururawat itu menjawab sambil tersenyum.
"Ada dua kes baru masuk tadi,dua dua kes yang sama,seorang nama dia Amzari darus dan seorang lagi Armie ridzan,bilik yang sama tingkat tiga wad kemboja dan katil bersebelahan"terang beliau."Boleh cik pergi lihat yang mana satu kawan cik"
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...