Teja Siri 32

270 13 1
                                    

Rentetan peristiwa kematian bapanya membawanya ke negara ini. Perkahwinan ibu dan bapanya yang sebelum ini mendapat tentangan keluarga bapanya bertambah buruk sejak kematian bapanya,kerana ibunya bukan warganegara.Perebutan hak penjagaan satunya anak arwah, Am
antara ibu dan keluarga mertuanya berlaku apabila arwah ada meninggalkan sebuah syarikat dinamakan atas nama Am. Akibat tekanan dari keluarga arwah, ibunya terpaksa melepaskan syarikat tersebut begitu sahaja dan melarikan Am ke negara asal ibunya di sini.

Langit tidak selalu cerah, begitu juga dengan kehidupan mereka dua beranak di sini. Harapan untuk membina hidup baru tidak kesampaian apabila orang suruhan keluarga mertuanya tetap memburu mereka untuk mendapatkan Am yang sebelum ini tidak dipedulikan sejak kelahirannya. Seakan pelarian di negara sendiri, tiada tempat untuk mengadu, ibunya berusaha keras untuk menyembunyikan dirinya dan Am yang membawa mereka ke sebuah sekolah pondok di daerah pattani. Atas ehsan pengetua sekolah pondok itu, mereka diberikan perlindungan dan bantuan dari tempat tersebut.

Takdir penentu segalanya tika bersembunyi di situ, satunya cucu kesayangan pengetua di situ yang sebaya dengan umur Am telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Selepas itu Am dijadikan cucu angkatnya dan dicurahkan sepenuhnya kasih sayang oleh pengetua dan keluarganya. Layanan yang diberikan kepada Am dan ibunya amat baik sekali dan mereka selamat di situ sehinggalah ibunya terpaksa melarikan diri sekali lagi apabila orang suruhan mertuanya terserempak dengannya di pasar pada satu hari. Sehelai sepinggang ibunya pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal pada satunya zuriatnya . Usaha mencari ibunya yang dilakukan oleh pengetua dan penghuni sekolah pondok itu gagal apabila ibunya tidak dapat dikesan lagi. Bermacam andaian timbul semenjak kehilangan beliau dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.

Tekun aku mendengar cerita kak Imah apabila aku meminta beliau menceritakan siapa dia Am,semasa kami mandi dan berkelah di sungai berdekatan. Tidak ku sangka perjalanan hidup Am sebelum ini berbeza dengan apa yang dilaluinya sekarang.

Kesempatan bersendirian dengan kak Imah dan Wawa memberi peluang kepadaku untuk mencari jawapan yang berlegar di fikiranku. Ketiadaan Am dan abang Im yang keluar ke bandar berdekatan dan seterusnya menunaikan solat Jumaat tidak akan ku persiakan. Aku yang dahagakan segalanya berkaitan Am dan Teja tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut dari kak Imah!

TejaWhere stories live. Discover now