Laungan azan maghrib berkumandang kala kami tiba ke destinasi. Kelihatan dua buah rumah kayu tradisional melayu dibina dalam sebuah kawasan yang dipagari sekelilingnya. Dalam kesamaran senja berlabuh, suasana menjadi begitu indah dengan aliran air sungai yang mengalir di belakang kediaman tersebut yang terletak berhampiran dengan kaki bukit. Saat itu juga kelihatan ramai orang yang siap sedia untuk bersolat maghrib di halaman kedua rumah itu.
"Kathy,kita dah sampai, inilah rumah Am, yang sebelah kiri tu rumah abang Rahim dan isterinya kak Imah, jom kita masuk cepat, solat jemaah sekali"
Tergopoh gapah aku menyarung kain telekung sambil turun dari kenderaan kami.
Kedatangan aku bersama Am menjadi perhatian semua yang berada di situ. Aku menjadi begitu kekok bila perasan ada sekumpulan wanita berbisik sesama mereka sambil melihat aku. Hampir tidak terdaya aku untuk melangkah dalam keadaan situasi yang berlaku.
Tiba tiba seorang anak kecil bertelekung berlari ke arah aku sambil menjerit "kak Teja!". Berulang kali dia menjerit sehinggalah dia terus memeluk kakiku sambil menangis . Aku panik dan terkejut dengan tindakan anak kecil itu. Suasana menjadi hening dengan apa yang berlaku. Am ku lihat hanya menundukkan wajahnya di saat aku mengharapkan jawapannya.
Dalam keadaan itu muncul seorang wanita menghampiri ku dan menarik tangan ku mengikutinya. Semua mata memandang padaku yang mengikutinya sambil tangan ku memimpin tangan si kecil tadi sekali."adik, ambil wuduk, nanti kita jemaah sama sama" kata wanita itu bila kami tiba di pancuran air di belakang sebuah rumah yang berada di situ, sambil memujuk anak kecil itu supaya melepaskan pelukannya dariku.
Solat maghrib berjemaah malam itu berlalu dengan pantas dan aku gagal untuk solat dengan khusyuk. Selesai salam, mataku liar memandang jemaah wanita yang lain dengan perasaan serba salah. Perasaan malu juga mula menguasai diriku. Doa yang dibacakan juga hampir tidak dipedulikan olehku. Aku hanya mampu menundukkan wajah.
Suasana lepas itu tiba tiba berubah bila seorang demi seorang wanita yang sama solat berjemaah tadi mula mengelilingi ku sambil tersenyum dan mula bersalaman dan memeluk ku. Aku sekali lagi panik dengan apa yang berlaku. Ada yang mencium pipi ku dan kemudian memeluk erat kemudiannya. Ada yang menyatakan sesuatu dalam bahasa siam yang tidak aku fahami namun aku dapat mengagak berkaitan dengan nama Teja. Anak kecil itu kelihatan gembira di samping ku sambil mulutnya tidak berhenti bercakap siam setiap kali aku bersalaman dengan wanita wanita itu.
"adik, saya kak Imah, adik nama apa? Ini Wawa anak kak"
Aku memperkenalkan diriku dan dia mengajak aku ke anjung rumah kerana majlis akan bermula. Anak kak Imah, Wawa masih lagi memeluk erat tangan ku. Surah Yasin diserahkan padaku oleh kak Imah.
Kemudian bacaan surah Yasin berkumandang bersama kegelapan malam diikuti doa oleh imam. Tika ini aku berasa amat tenang sekali. Tiada lagi perasaan yang sebelum ini menghantuiku bila tiba tadi.
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...