Teja Siri 11

580 9 0
                                    


Gementar,takut,kebimbangan,kebingungan!

"Uncle,stop,itu kawan saya,ya kawan saya uncle"

Sebaik melihat gambar motosikal di handphone tertera nombor pendaftaran motosikal Am,aku rasakan jantung aku terhenti.W##5670."Allah"aku menjerit,satu kalimah yang telah lama aku lupakan sejak berhijrah ke kuala lumpur.

Ya!aku lupakan siapa aku sejak mengenali kota ini.Aku yang dahulu,tidak lekang bertudung dan berpakaian sepatutnya seperti seorang muslimah.Ya,aku yang dahulu disanjung di kampung sebagai contoh seorang gadis bersopan dan idaman untuk dijadikan calon menantu.Tapi kini itu semua tiada lagi semenjak aku hanyut dengan kota ini.

Allah!Allah!Allah!

Saat aku tergesa gesa mencari Am,aku terpandang motosikal Am di bawah lori.Hancur dan percikan darah memenuhi
kawasan tersebut.Hampir terjatuh aku bila melihat.Sambil menangis tanpa sedar aku seakan menjerit "Mana Am?Am!Am!Am di mana?Kathy cari Am ni"

Tiba tiba seorang wanita datang menghampiri aku yang menangis kebingungan.

"Adik kawan budak motor tu ke?ambulans dah bawa dia ke hospital ####,ini handphone dia,akak cuba bukak,tapi phone ni ada password,nah adik ambik,cuba contact keluarga dia"ujar wanita tersebut.

Tanpa sempat mengucap terima kasih,aku berlari ke teksi kembali.

"Uncle,hospital #### cepat"

"Cepat sikit uncle,please uncle"berulang kali aku perkataan itu aku ucapkan sambil menangis.

Aku mula menyalahkan diri aku atas apa yang terjadi.

Kenapa aku beriya iya hendak pergi konvoi?Kerana keselamatan aku mungkin,Am sanggup membawa aku ke Banting untuk membeli helmet dan sarung tangan.Jika kami tidak ke Banting kemalangan ini pasti tidak berlaku.Baru aku faham mengapa Am menggelengkan kepalanya bila melihat cara aku berpakaian.Mungkin kerana aku tidak jadi mengikutnya,Am menunggang laju tidak seperti sewaktu membonceng bersamanya?Ini semua salah aku!

"Adik,suda sampai emergency,tak pa,tak payah bayar,uncle tolong saja ini kali,adik pigi tengok kawan adik cepat"

Tanpa menghiraukan sekeliling,sambil menangis aku berlari ke kaunter kecemasan.

"Cik,di mana kawan saya yang accident motor,nama dia Am"dengan cemas aku bertanya pada jururawat yang berada di kaunter.

"Nama penuh patient cik?"
"Am,oh saya tak tahu saya baru kenal dia,accident area Bukit Jalil"

"Bersabar ya cik,duduk dulu,dia ada di dalam,masih tidak sedarkan diri,doktor sedang berusaha,cik hubungi keluarga dia ya"

"Ya Allah,ampunkan aku,ampunkan aku,selamatkanlah Am Ya Allah"

Bersambung

TejaWhere stories live. Discover now