"In shaa Allah, kita tengok pagi besok keadaan dia, cik Pa dah usahakan tadi" ayahanda Jafar membahasakan dirinya pada ku,yang masih bergenang air mata bila melihat keadaan Am yang terbaring tidak sedarkan diri.
Aku lihat ada lelehan air mata dari kelopak matanya mengalir di pipi. Dengan lembut aku menyapu dengan tapak tangan aku. Mungkin kerana menahan kesakitan ketika rawatan cik Pa.
Sepanjang malam aku ditemani bonda Teh menjaga Am. Sesekali Am kelihatan mengerang kesakitan. Sesekali juga aku dapat mendengar Am seakan bercakap dalam tidurnya. Aku cuba mengamati perkataan yang keluar dari mulutnya. Tetapi sukar untuk aku fahami.
"Eja, ja" itu yang berulang kali aku dengar.
Tiap kali air mata Am mengalir pasti aku akan menyapunya. Sehinggalah aku tertidur di sisi Am.
Aku dikejutkan oleh igauan Am yang agak kuat, lantas aku cuba mengejutkan Am.
"Am, Am, sedar tak?Kathy di sini Am" tiba tiba Am membukakan matanya dan terus menggenggam tanganku sambil berkata "Teja!"
Aku agak kesakitan bila Am menggenggam tanganku dengan agak kuat. "Am, sakit"
Am kelihatan terkejut dan melepaskan pegangannya.
"Maafkan Am, Am tak sengaja"
Bonda Teh yang juga tidur berhampiran Am lantas bangun dan mengusap lengan ku.
"Sakit nak, Am mengigau agaknya" bonda Teh memujuk ku sambil tersenyum. Aku menganggukkan kepala sambil melihat Am masih menahan kesakitan. Dengan cepat aku mengambil ubat penahan sakit dan memberikan pada Am. Kemudian Am kembali tertidur.
"Cik Pa sedang mengurut Am dari dalam bilik, perasan tak petang tadi batang serai dan batang lalang, itu yang cik Pa sedang urut sekarang , sebab tu Am sakit, rawatan tradisional ni ada bermacam cara, in shaa Allah cik Pa sedang berusaha, kita tengok macam mana pagi esok, dah mari tidur dengan bonda " bisik bonda Teh padaku bila melihat aku resah bila melihat Am. Bagi aku, ini sesuatu yang baru, tidak sangka ada rawatan sebegini. Baru aku fahami mengapa Am kelihatan menahan kesakitan.
Aku berbaring di sisi bonda dan dia menyelimutkan aku sambil berkata "Tidur nak"
Tiba tiba aku teringat perkataan yang diucapkan Am, Teja? Apakah maksudnya? Kenapa Am menyebutnya? "Bonda, Teja tu apa? Bonda?" aku cuba bertanya pada bonda Teh, tetapi aku lihat dia sudah terlena.
Teja? Teja? Teja? Dan aku hanyut terlena....

YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...