Teja Siri 15

438 10 0
                                    

"Oh,terima kasih,bagaimana tahu nama saya Am?"

Dengan keadaan pening lalat,aku mula menceritakan dari mula hinggalah aku sampai di hadapannya sekarang.

"Keluarga Am ke ni?"soal aku mengenai lelaki di belakang Am.

"Ya,keluarga besar saya,yang di luar pun keluarga saya juga"merujuk pada beberapa orang lelaki lain yang keluar semasa doktor merawat masa aku tidak sedarkan diri tadi.

"Keluarga?melayu,cina dan india pun ada.Apa maksud Am ni"bisik hati ku.Ahhh... lantaklah janji aku sekarang berada di hadapan Am.

"Tunggu di luar"sambil mengisyaratkan tangan kirinya pada lelaki itu.

"Baik abang"ujar lelaki tersebut.

Hening seketika,aku sendiri kelu lidah untuk berkata kata.

"Pernah ke haadyai?"Am memecah kesunyian.

Aku hanya menggelengkan kepala.Belum sempat aku menjawab suasana di luar kedengaran suara ramai bercakap.

"Assalammualaikum..."Satu suara menegur dan bersalaman dengan Am.Seorang lelaki berserban dan berjubah,dan di belakangnya kelihatan ramai anak anak kecil juga berpakaian sama.Aku sendiri cuba menutup rambut dengan sapu tangan yang sentiasa aku bawa dalam poket seluar dan merasakan malu dan tidak selesa.

"Tak pa dik,nanti satu hari ini shaa Allah adik akan berhijab,ni sapa yang sakit ni"ujar lelaki itu sambil berseloroh.Dan aku hampir ketawa dengan situasi ini.

Aku memerhatikan seorang demi seorang adik adik kecil ini bersalaman dan mencium tangan Am,walaupun dalam keadaan berbalut.Terlihat wajah kesedihan di setiap wajah adik adik ini.Ada juga yang memeluk Am.

Siapa mereka?Pelbagai soalan mula kembali menyerang pemikiran aku.Lelaki lelaki di luar sana,kini sekumpulan adik adik kecil pula menziarahi Am.

TejaWhere stories live. Discover now