Aku memandu tenang biarpun pelbagai soalan berlegar di fikiranku. Sesekali aku memandang pada laluan GPS yang telah ditetapkan oleh kak Hajar. Am di belakang tempat duduk penumpang kelihatan masih lagi mamai kesan dari ubat yang dimakan olehnya.
"itu gambar Am dengan sahabat sahabat baiknya,nanti Kathy akan bertemu mereka kerana akak pasti setiap kali dia kembali ke sini, dia akan menziarahi mereka" terang kak Hajar sambil tersenyum bila melihat aku asyik merenung gambar Am.
Aku perasan sebahagian barangan yang dibeli oleh Am sebelum ini, berkurangan mungkin Am telah berikan untuk kegunaan mereka di sini,bila kami hendak beredar.
Walaupun berada di negara asing, aku selesa berada di sini. Layanan dan kemesraan yang aku terima serta tempat yang Am bawa aku ziarahi banyak mengikis perasaan wasangka aku terhadap Am. Aku yakin ketika ini, ada sesuatu yang baik terlindung dalam aturanNya akan pertemuan dan kembara ku ini.aku sesekali menjeling cermin pandang belakang menatap wajah Am.
Am, siapa dia?aku dapat merasakan aku mengambil berat akan dirinya. Aku merasakan satu perasaan yang istimewa bila berada di sisinya. Perasaan yang hadir pada saat ini, amat meresahkan aku. Aku..
"anda telah tiba ke destinasi anda, tempat yang anda tuju, berada di sebelah kanan anda"
"Kuil? Betul ke GPS ni"
Segera aku teringat pada gambar tadi. Perasaan aku kembali melonjak. Aku sendiri tidak faham perasaan apa yang melanda diriku. Perjalanan hampir tiga jam tidak aku rasakan.
"Errrr, Am kita dah sampai" betul ke di sini? "
Am yang kelihatan kembali segar bingkas duduk dan memberitahu agar aku terus menuju ke kawasan hadapan kuil itu. Sekali lagi kedatangan kami disambut mesra oleh penghuni di sini. Am kemudian dibantu oleh beberapa orang sami Buddha ke sebuah dewan dan aku menuruti sambil melihat kawasan dalam rumah ibadat mereka. Sekali lagi Am berbual dalam bahasa Thailand. Kemudian mereka meninggalkan kami berdua seketika.
"lama dah ke Am kenal mereka?" aku cuba mencungkil cerita dari Am.
Am memandang padaku.
"mereka kawan lama Am, dah lama,kebanyakannya la, nanti Am kenalkan seorang kawan baik Am, dia ketua sami di sini"
"Kathy hairan apa kena Am dengan negara ni, fasih bertutur bahasa Thailand, ada ramai kenalan di sini, Am asal dari sini ke"? Soal ku lagi.
Am ketawa kecil bila mendengar soalan aku.
"Kathy, Am sebenarnya tidak ingin mengingati yang lepas, banyak yang ingin Am lupakan, banyak sejarah hitam Am di sini, satu lagi di sini negara Thailand, bahasanya bahasa Thai atau siam ye"
"Maafkan Kathy Am, banyak persoalan Kathy terhadap Am walaupun kita baru sahaja berkenalan, dari hospital, sehingga ke sini, banyak kejutan yang Kathy jumpa berkenaan Am"
"in shaa Allah, Kathy akan tahu segalanya, jangan Kathy terkejut sudah" ujar Am sambil ketawa kecil lagi.
Perbualan kami terhenti bila seorang lelaki sami berusia diiringi oleh sami yang lain muncul. Am kelihatan tunduk hormat pada lelaki itu.Mungkin dia ketua sami yang dimaksudkan oleh Am sebagai kawan baiknya.
"kenalkan ini cacawan, sekarang Endin cacawan kawan baik Am"
"Endin cacawan"
Besar harapan saya bagi yang telah membaca karya saya ini, jika menarik dan menepati bacaan anda, harap dapat memberi sokongan dengan vote dan share.
Terima kasih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...