"Astaghfirullah..."
Kenapa dia hadir lagi dalam mimpiku? Apakah yang cuba disampaikan olehnya?
"adik, cantik dan padan gelang tangan ni, akak suka kalau adik terus memakai gelang ini" dalam mimpiku Teja hadir memakaikan gelang tangan yang dipakaikan oleh kak Imah tempohari. Aku hanya mampu melihat dia, tidak mampu untuk mengucapkan sepatah perkataan walaupun ada yang hendak ku katakan. Kemudian dia terus bangun berlalu pergi.
Teja, apakah semua ini, kenapa mesti kau hadir lagi?
Lamunan ku tersentak bila telefon bimbit ku berbunyi.
"Kathy, opssss sorry, Tijah aku on the way ke rumah kau ni, aku dah ada depan warung kau, tapi aku lupa jalan ke rumah kau Tijah"
"Laa, kenapa kau tak beritahu awal nak datang, kau terus ja masuk jalan kampung, nanti aku tunggu tepi jalan"
Apa mimpi Za ni, kalau nak datang kenapa tak beritahu awal, bebel ku sambil menunggu dia.
"Alaaaaa, rindunya aku pada kau Za, terima kasih sudi datang, nak panggil aku makan kenduri ke?"
"Makan kenduri, errrr, ya makan kenduri, nanti kau taulah kenduri sapa, aku ka engkau dulu"
"Kau ni tak habis dengan gurauan kau Za, berapa hari kau cuti?"
"Kenapa, kau nak suruh aku balik dah ke?"
"Taklah, aku suka kau datang"
Kedatangan Za amat menggembirakan aku. Sedikit pun dia tidak bertanya tentang Am, atau menceritakan apa apa yang berkaitan dengan Am. Ibuku juga sangat meraikan kedatangannya.
Selesai solat zohor yang diimamkan oleh ibuku, aku minta izin untuk memulakan kelas pengajian Al Quran.
"Ha, elok, aku pun ada hal dengan mak kau"
"Hal apa pula Za, macam macam la kau ni" kataku sambil berlalu ke ruang tamu.
Saat aku mengajar, sesekali aku menjeling melihat Za dan ibuku berbual. Aku perhatikan bagaikan ada sesuatu yang di bualkan mereka. Wajah ibuku seakan mendengar dengan tekun apa yang diceritakan Za. Perasaanku gelisah dan resah ingin mengetahui apa yang rancak di bualkan mereka berdua. Ibuku sesekali menganggukkan kepala seakan ada benda penting Za ceritakan. Belum sempat aku habis mengajar, kulihat ibu berlalu keluar. Aku yang tertanya dengan apa yang berlaku terus menamatkan awal kelas dari kebiasaan.
"Za, mak aku pergi mana, apa yang kau bualkan dengan mak aku tadi" soal ku mengharapkan penjelasan Za.
"Tak ada, betul, mak kau nak ke kedai kejap, beli errrr, lauk sardin untuk makan malam nanti"
"Kau biar betul Za..."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku , Za memotong cakap ku.
"Tak ada la Tijah, nah ni aku ada bawa baju untuk kau, cantik tak?"kalut dia mengeluarkan sehelai jubah berwarna putih dari begnya.
" Nah, ni tudung sekali, satu set warna dia, kau cuba pakai "
" Apa mimpi kau ni Za, siap hadiahkan jubah dengan tudung, satu warna lagi"
"Dah jangan banyak cakap, pergi salin aku nak tengok" arah Za.
"Yelah, kejap aku salin"
"Jubah dan tudung putih, dah macam pengantin pula satu sut ni" aku menatap di cermin selesai memakainya.
"Ha, cantikkan, sesuai dengan kau, tak sia sia aku bawa ke sini untuk kau"
"Terima kasih Za, aku suka, tapi tulah kalau aku pakai satu warna putih macam ni, nanti orang ingat aku pengantin pula"
"Ha, elok sangat la tu" ujar Za, dan kami ketawa bersama.
Tidak lama kami berbual ibuku balik dan menyertai perbualan kami.
"Tijah, petang ni kelas di surau di tunda selepas maghrib, nanti kita sama sama berjemaah di surau ye Tijah, Za" sambil tersenyum ibuku mengajak kami ke surau malam ni.
"Kenapa tunda mak?"
"Errrr.. Ha ada ustaz baru datang mengajar malam ni" terang ibuku seakan teragak agak menjawab. Aku dapat merasakan bagaikan ibuku dan Za ada menyembunyikan sesuatu dariku. Ahhh.. Mungkin perasaanku agaknya.
Dan bila hampir menjelang waktu solat maghrib kami pun mula bersiap untuk ke surau. Aku hairan bila melihat ibuku memakai pakaian yang lain dari kebiasaan bila ke surau.
"Mak, tak pernah tengok pakaian mak ni, macam baru je," tegur ku bila melihat ibu memakai jubah sedangkan sebelum ini ibu lebih selesa berbaju kurung. Za pun aku lihat manis sekali bila turut berjubah.
"Kau ingat aku bawa untuk kau saja ke, untuk mak kau pun adalah, ni aku pun ada, kau tu pakai pakaian yang aku berikan tadi juga" belum sempat ibu menjawab Za dah menyampuk pertanyaan ku.
Sepanjang perjalanan ke surau menaiki kereta Za, aku terfikir dan perasan sesuatu bila melihat di surau ada ramai orang dari kebiasaan. Kelihatan juga beberapa buah kenderaan yang sebelum ini tidak pernah ku lihat. Bila kami sampai dan turun dari kereta, semua mata memandang padaku.
"Mak, kenapa semua orang tengok Tijah"
"Tak ada apalah, dah cepat, bilal dah laung azan tu" sambil melangkah ibuku menarik tangan ku.
"Baik mak".........
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...