"Assalamu-alaikum-warahmatullah"
"Assalamu-alaikum-warahmatullah"Lafaz salam ku usai menunaikan solat Isyak. Ya,solat, syukur alhamdulillah, sejadah ini kembali aku sujud kepadaNya setelah sekian lama aku tinggalkan. Dan solat istikharah berulang kali aku tunaikan mohon petunjuk dariNya sehinggalah aku sendiri tanpa sedar bila masa aku tertidur diiringi doa keampunan dan mohon petunjuk daripadaNya bersama air mata keinsafan.
"Am tunggu"
Bergegas aku turun dari teksi yang aku naiki, bila nampak Am sedang dibantu oleh seorang lelaki Cina menaiki sebuah kenderaan mpv.
Mimpi itu, ya mimpi itu memberi aku kekuatan untuk bersama Am. Petunjuk dari mimpi itu tidak mungkin salah. Aku yakin itu aturanNya untuk aku.
"Kathy akan pandu Am ke sana"
Terukir senyuman Am bila aku menjelaskan kepadanya.
"Taufik, Kathy akan bawa abang, engkau baliklah, sampaikan salam abang pada yang lain " kata Am pada lelaki Cina tersebut.
"U jaga baik sama abang kita, nah ini ala luit sama itu kledit kad lalam ini sampul sulat , u guna, ini ada ubat untuk abang, pain killer pun ala, kasi sama abang" terang Taufik pada aku selepas itu sebelum bersalaman dengan Am dan berlalu pergi.
Seketika kami berdua berpandangan tanpa bersuara.
"Kathy kalau dah ready, boleh bergerak sekarang" tegur Am bila melihat aku membatukan diri.
Terkedu aku seketika bila berada di kokpit mpv ini. Segalanya asing bagi ku. Berbeza dengan kenderaan yang pernah aku pandu sebelum ini. Masa ujian memandu hanya kereta perodua viva yang aku pandu. Sesekali menggunakan kenderaan Za untuk keluar membeli makanan. Mampukah aku memandu kenderaan mpv ini yang jauh lebih besar dari Myvi Za?
"kenapa Kathy? Yakin pada diri, Am percaya dan yakin pada Kathy, cuba pandu" bagaikan mengerti kegelisahan aku Am meyakinkan aku.
Dengan lafaz Bismillah aku mula memandu, alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Aku mula merasa selesa dan bila memasuki lebuhraya aku mula lupakan Am di seat penumpang dan mula menikmati pemanduan yang mengagumkan dari kenderaan ini.
"Am ok ke di belakang tu? Am? Am?" segera aku menjeling ke cermin pandang belakang bila pertanyaan aku tidak bersahut. Kelihatan Am diam tertidur mungkin kesan dari ubat yang dimakan olehnya sebelum bergerak.
Dan aku terus memandu membelah kesibukan lebuhraya menuju ke utara.
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...