Teja Siri 19

365 9 0
                                    

Aku mengagumi dia, siapa dia? Pelbagai perkara menarik untuk aku cungkil berkaitan dia. Pelbagai persoalan tentang dia. Aku terlalu mentah untuk memahami segalanya.

"Am,.... Tadi Kathy jumpa dengan bonda Aisha di surau, dia kirim salam dengan Am, juga salam dari suaminya" sengaja aku tidak menyebut nama suami bonda Aisha untuk menduga nya.

"Bonda Aisha?" Am mengerutkan dahinya. "Oh, isteri ayahanda Hassan, apa dia cakap?"

Terkejut aku, sememangnya Am mengenali mereka.

"Errr... Cuci tangan"

"Alhamdulillah" sambil tersenyum Am memandang padaku.

"Lagi, apa dia cakap?"

"Tak ada apa" bohong ku kerana malu untuk memberitahu Am apa yang bonda Aisha nasihatkan aku tadi.

Segera aku mengalihkan perbualan kami agar Am tidak menyoal lagi aku tentang pertemuan aku dengan bonda Aisha.

"Am pasti ke boleh memandu ni?"

"Boleh, tak ada masalah, ini cedera sikit jadi, orang lelaki mesti kuat" sambil ketawa kecil Am menjelaskan.

Seketika aku melayani perasaan aku. Sehingga tanpa sedar aku terlelap sambil Am terus memandu.

"Kathy, bangun, kita dah sampai" Am mengejutkan aku yang tertidur, tanpa sedar aku terlentok tidur di bahu Am.

"Maaf Am, Kathy tak sengaja" termalu aku kerana hal tersebut. "Di mana kita ni Am?" bila melihat kami berada di hadapan sebuah rumah kayu.

"Kita singgah bermalam di sini, kita di Baling Kedah, ini rumah ayahanda dan bonda Am juga" terang Am

Ayahanda dan bonda Am juga?

Kedatangan kami di sambut oleh seorang wanita agak berumur dan diperkenalkan sebagai bonda Teh. Wanita ini begitu mesra dan gembira menyambut kedatangan ku. Aku merasa selesa dengan perkenalan baru aku ini.

"Ayahanda keluar sekejap, bila Am telefon tadi, dia masuk hutan belakang rumah cari barang untuk ubat kaki Am" terang bonda Teh.

Dia mempelawa kami naik ke rumah dan menunjukkan bilik untuk aku. Tidak lama kemudian seorang lelaki berusia pulang dan Am menyambut lelaki tersebut dengan pelukan walaupun dengan keadaan bertongkat. Aku yang mengintai dari celah pintu tertanya tanya siapa lelaki ini. Kemudian terdengar Am memanggil namaku.

"Kathy, keluar sekejap"

Dengan perasaan ingin tahu aku bergegas keluar dan diperkenalkan dengan lelaki tersebut sebagai ayahanda Jafar. Lelaki itu memandang aku dan berkata "Alhamdulillah Am, akhirnya"

Apa maksud beliau. Adakah mereka yang bergelar ayahanda dan bonda ini salah sangka akan hubungan kami berdua? Menyangkakan kami sepasang kekasih?

Belum sempat aku menjawab bonda Teh datang membawa hidangan minum petang. Setelah selesai menghidangkan bonda Teh mengajak aku ke dapur untuk minum di sana. Dengan sopan aku memberitahu aku hendak menunaikan solat asar dan dia tersenyum sambil menunjukkan arah bilik mandi untuk aku berwuduk.

Setelah solat aku ke dapur dan minum bersama dengan bonda Teh. Kemudian aku meminta izin untuk berehat di dangau luar rumah. Kesempatan ini aku ambil untuk menghubungi Za. Hairan dan terperanjat Za bila aku memberitahu di mana aku berada. Juga aku meminta untuk menyambung cuti aku sehingga hari Jumaat dan Za tidak keberatan membenarkan,dengan syarat aku sentiasa memberitahunya perkembangan perjalanan kami.

Lamunan aku selepas itu terganggu bila bonda Teh menyertai aku di dangau. Kami berbual dan hati aku ingin sekali bertanyakan tentang Am padanya, tetapi lidah ku kelu dan tiada ruang untuk aku bertanya kerana bonda Teh lebih banyak bercerita tentang hal lain.

Tiba tiba perbualan kami dikejutkan dengan suara Am mengerang kesakitan. Aku cuba bingkas untuk bangun tetapi dihalang oleh bonda Teh.

"Kathy, duduk sini dengan bonda, ayahanda sedang membetulkan tulang anakanda Am, jangan bimbang"

"Tapi bonda!"

"Jangan bimbang, kejap lagi in shaa Allah semua selesai"

Berulang kali suara Am menahan kesakitan kedengaran. Aku resah gelisah dan menitis air mata aku. Bonda Teh yang melihat keadaan aku tersenyum dan menarik lembut memeluk erat untuk menenangkan aku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





TejaWhere stories live. Discover now