"Terima kasih bonda, dah lama Kathy tidak sampai ke surau, Kathy rasa sungguh indah pertemuan yang diaturkan Allah, banyak rahmatNya yang Kathy dapat selepas pertemuan dengan Am" aku meluahkan kepada Bonda Teh semasa beriringan balik dari surau selepas solat subuh.
Ketenangan subuh mengimbau kembali kenangan bersama emak di kampung yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar semasa aku meniti ke usia remaja. Sesungguhnya aku bersyukur atas segala ajaran emak, wala
upun aku pernah terleka seketika, namun rahmat Allah menyedarkan aku.
"In shaa Allah, anak boleh mulakan kembali, tak susah jika berkehendak, sekarang dah mulakan, teruskan ya nak" nasihat bonda yang mesra membahasakan anak kepadaku.
"Bonda, siapa Am?"Terhenti langkah bonda bila aku spontan bertanyakan tentang Am.
"Maafkan Kathy jika soalan itu menganggu bonda"aku sedikit kaget bila bonda Teh berhenti melangkah.
Sambil tersenyum bonda Teh berpaling dan memegang kedua belah bahuku.
" Tak apa, bonda tak ada apa nak rahsiakan pada nak, panjang cerita Am, cuma waktu untuk bonda ceritanya tidak sesuai sekarang" terang bonda Teh dengan lembut.
"Dengar nasihat bonda, ya sayang"
"Buat bangsal di Pulau Daik,
menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau.""Anak fahamkan pantun bonda, macam tulah pandangan bonda pada Am" sambung bonda Teh sambil tersenyum.
Tidak ku sangka bonda Teh akan berpantun untuk menerangkan tentang Am. Aku cuba fahami maksudnya dan juga persoalan di sebalik maksud pantun itu.
Dalam kesamaran mentari menjengah pagi, kelihatan dua susuk tubuh seakan menari di hadapan rumah bonda Teh. Aku segera memaut lengan bonda Teh dengan sedikit perasaan seram memikirkan hal yang bukan bukan. Bonda Teh memahami perasaan aku lalu berkata "Anak tengok siapa tu, Am dengan Cik Pa tu, tahu apa yang dia orang buat, senaman silat untuk menggerakkan besi kersani dalam tubuh Am untuk menguatkan tulang kembali, tengok Am dah boleh berdiri, alhamdulillah, rawatan semalam diizinkanNya"
"Alhamdulillah bonda" dengan sedikit gugup aku bersyukur dan kagum akan usaha cik Pa diizinkan Allah. Besi kersani? Betapa ceteknya ilmu yang aku ada. Betapa luasnya ilmu Allah.
Aku lihat Am sedang berdiri gagah bagaikan tiada kesakitan seperti semalam dan penuh penumpuan dengan apa yang dilakukannya.
Am, siapa dirimu... Sekali lagi persoalan ini singgah di lubuk hati.
Nota-
Kisah Besi Kersani
Kisah besi kersani di dalam tubuh manusia menurut kajian ilmu batin di Minangkabau adalah sebagai berikut:
Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kukuh dan kuat, diambillah sedikit tiang arasy yang bernama basi karasani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Basi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika besi karasani ini ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada besi karasani. Besi yang ada di muka bumi bisa menjadi lunak, jika kekuatan besi karasani itu dibangkitkan oleh pengamalnya
Wallahuaklam
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...