Hampir enam bulan berlalu, kehidupanku di kampung berlalu bagaikan tidak terasa. Perniagaan yang diusahakan oleh ibu semakin maju. Rutin harian aku kini bertambah bila mana makin ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk belajar al Quran denganku. Kini dua sessi pengajian aku uruskan, tengahari dan selepas maghrib.Sesekali bila bersendirian, bayangan wajahnya pasti hadir. Sukar untuk aku melepaskan terus dia dari ingatan ku. Begitu juga abang Im, kak Imah dan Wawa. Apa khabar mereka sekarang? Kadangkala hatiku memberontak untuk mencari mereka. Namun, aku tak pasti apakah perlu aku berbuat demikian. Banyak perkara yang perlu kufikirkan untuk berseorangan ke sana.
Tidak ku duga, sepanjang tempoh kembali ke kampung, ada juga rombongan yang datang untuk merisik aku. Ada kenalan ibu juga dari pelanggan warung yang datang merisik, Alhamdulillah, ibuku mengerti akan perasaanku, semua mereka ditolak dengan baik. Aku tidak pasti apakah kerana aku terluka dengan Am atau aku belum bersedia untuk itu.
Panggilan dari Za pada satu hari menimbulkan persoalan.
"aku tak kenal dia, lelaki Cina, dia cakap ada hal cari engkau"
"ada kau tanya nama dia?" soal ku
"aku ingat ingat lupa, tak silap Taufik" jawab Za
"Taufik?"
Lelaki Cina, Taufik?
Adakah Taufik yang aku jumpa tempohari?
Apa yang di mahukannya? Adakah Am yang minta dia mencari aku?
"Apa yang kau cakap pada dia Za"
"Aku cakap dah lost contact ngan kau, aku tak berani nak pandai pandai, itu yang aku call engkau"
"Terima kasih Za, aku pun tak nak ingatkan balik cerita lama, terima kasih sahabat"
Sejak itu aku terganggu dengan berita yang disampaikan oleh Za.
Jika benar dia mencari aku, kenapa tidak menghubungi terus aku. Aku pasti nombor telefon bimbit aku ada pada dia. Adakah ada khabar baik atau buruk yang ingin disampaikan? Perlukah aku menghubungi Am? Perlukah?
Tidak!
Aku tidak patut menghubungi dia, enam bulan berlalu, tiada sebarang berita tentang dia, aku sendirian cuba membuang jauh segala kenangan bersama dia. Walaupun perkenalan kami cuma seketika, aku terluka dengan apa yang terjadi. Aku menangis setiap kali mengingati dia. Kini aku yang baru. Biarlah episod yang lama itu berkubur, aku tak sanggup lagi menangis.
Ya, aku Siti Khatijah... Aku tak akan menangis lagi. Biarlah Kathy turut berkubur bersama kenangan itu.
Kini aku Tijah....
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...