Hidangan pada malam ini amat menyelerakan. Tom yam campur,somtam, udang dan sotong goreng tepung juga kari ikan hijau thai yang pertama kali ku jamah di samping pencuci mulut pulut mangga manis memang menepati citarasa ku. Aku terhibur dengan keletah Wawa yang minta disuapkan makanan untuknya. Kadangkala aku tertawa mendengar percakapan Wawa memberitahu sesuatu yang aku tidak fahami. Alangkah baiknya jika aku boleh bertutur bahasa siam. Am masih lagi berkumpul menikmati hidangan makanan bersama rakan rakannya di halaman rumah. Suami kak Imah, abang Rahim atau abang Im diperkenalkan kepadaku oleh Am selesai majlis bacaan Yasin. Kelakar dan baik orangnya. Majlis beransur berakhir dan para tetamu mula bergerak pulang. Dan aku turut membantu mengemaskan apa yang perlu.
"dik ti, kak dah sediakan bilik tidur tentu penat kan, Wawa nak tidur dengan kak Tejanya boleh kan?"
Aku sedikit terkejut bila kak Imah memberitahu aku demikian. Namun aku hanya mengangguk dan terus merangkul Wawa. Tidak perlu rasanya aku persoalkan lagi tentang Teja, aku pasti jawapannya pasti akan terjawab tidak lama lagi. Dan aku nekad untuk mengetahuinya sebelum semua ini berakhir.
Am, Teja mungkin seorang yang terlalu istimewa untukmu. Siapakah dia di hatimu? Di manakah dia? Aku pasti dia tidak berada bersama dalam majlis malam ini. Tapi kenapa? Ya, perasaan aku sedikit cemburu denganmu Teja. Sesungguhnya engkau amat bertuah mengenali seseorang yang begitu mengambil berat akan dirimu. Apakah aku...
"tok, tok, tok" kedengaran pintu bilik aku diketuk.
"Kathy dah tidur ke?" kedengaran suara Am. Dengan perlahan aku bangun sambil melepaskan pelukan Wawa yang seakan tidak mahu berenggang langsung denganku. Sebaik pintu bilik dibuka mataku bertentangan mata dengan Am. Kami cuma berpandangan seketika tanpa bersuara. Aku sendiri seakan rindu untuk menatap wajahnya. Ya aku rindu! Walaupun saban masa aku di sampingnya.
"Kathy cantik dengan jubah tadi, Am suka" Am memecah kesunyian. Aku tersipu malu dengan pujian Am. Sempat aku menyalin pakaian sebelum makan malam tadi demi permintaan Am.
"Wawa dah tidur ke?" sambung Am lagi.
Aku mengangguk kepala sambil terus menatap wajahnya.
"Am tidur di bilik sebelah, kalau ada apa Kathy kejutkan Am"
Sekali lagi aku hanya menganggukkan kepala. Kelu lidah ku di saat ini. Hanya dengan menatap wajah Am cukup membahagiakan aku.
Aku menatap wajah Wawa yang sedang tidur. Perasaan kasihan bila memikirkan apa yang bersarang di fikiran anak kecil ini. Aku dianggapnya sebagai Teja. Siapakah Teja di sisinya pula? Apakah pula kaitan kak Imah dan abang Im dengan Am? Berbagai persoalan timbul semenjak dari mula aku mengenali Am. Sehinggalah aku tertidur dengan pelbagai persoalan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.